Bab 7

57 1 0
                                    

  Sepanjang perjalanan Bella dan Almi hanya berdiam diri cuma suara DJ radio yang memecahkan suasana sunyi itu.

  "Al, kenapa you tinggalkan kawan you macam tu je?" jelas Bella tidak puas hati dengan tunangnya kerana meninggalkan kawannya begitu sahaja.

  "You mean Jessie?"

  "Yes Al. I mean her. I don't see anyone else just three of us. But how can you leave her at that restaurant? What if ada orang jahat kat situ?"

  "Yang you kisah tentang dia kenapa? Dia burukkan you depan I, takkan I nak diam je. You tunang I, Bella. She's just my friend." tenang Almi menjawab.

  Sebolehnya dia tidak mahu bertekak dengan Bella. Dia juga tidak mahu hubungan mereka menjadi dingin disebabkan Jessie.

  "Suka hati youlah Al. Betul ke Jessie tu just kawan you? Siap pegang tangan lagi?" sinis Bella menyatakan hal itu kepada Almi.

  "That's the truth. Jessie tu cuma kawan I je. Tak lebih pun. Kenapa you tanya?"

  "Tak ada apa-apa. I cuma tanya je. So kita pergi beli barang hantaran je. You ada apa-apa nak tambah lagi ke?" Bella meminta kepastian. Mana tahu tunangnya mahu menambah beberapa lagi.

  "Act, I nak beli something nak tambah. You pilihlah dulu barang yang you nak. I nak cari something yang I nak bagi pihak you nanti." Almi mencadangkan agar mudah urusan mereka.

  "Okay." Bella bersetuju dan memilih barang yang hendak diberi kepada Almi semasa majlis akad nikah mereka nanti.

Akhirnya, Bella menjumpai apa yang dimahukannya. Dia membeli sebuah Macbook jenama Apple yang mewah dan keluaran yang paling terbaru serta terhad dan belum dipasarkan di kedai.

Setelah sejam, mereka keluar dan menuju ke pejabat Bella. Setibanya mereka, Edwin sudah menunggu di pintu masuk bangunan itu. Bella terkesima akan wajah bosnya itu. Dia segera keluar dari kereta dan mengambil barang yang dibelinya tadi.

  "Bella masuk office saya sekarang." pendek arahan Edwin namun agak menggerunkan bagi Bella dan semua staff di situ.

  Bella segera menaiki lif dan menuju ke tingkat 8 dan melangkah ke pejabat Edwin.

   "Awak tahu tak sekarang pukul berapa?! Awak ingat company ni awak punya ke hah?! You are a new staff here! Jangan ikut suka hati awak je nak masuk pukul berapa faham?!" kemarahan Edwin sudah sampai kepuncaknya. Mana tidaknya baru 2 hari bekerja, PAnya itu sudah berani masuk lewat.

  "Maaf bos... saya tak sedar. Saya janji saya tak akan masuk lewat."

  "If I see you was late to come to work even for 10 fucking minutes, just you wait Bella Aimin. Understand?"

  "Yes bos. Saya faham. I will come to work on time, I promise."

  "Good. Now go back to work." pintas Edwin mendatar. Inilah yang menjadi kepatangannya jika orang lewat dari masa yang ditetapkannya, lebih-lebih lagi staff yang merangkap PA barunya seperti Bella.

  Bella terus melangkah keluar dan menuju ke biliknya. Dia hairan mengapa bosnya sedingin itu. Malas hendak mengusutkan fikirannya, Bella membelek fail-fail di atas mejanya dan juga jadual bosnya jika terdapat perkara penting.

  Tepat jam 6.30 petang pejabat mulai lengang dan sunyi kerana hampir kesemua staff dan kerani termasuk penyambut tetamu sudah pulang. Bella menjenguk ke arah bilik bosnya namun bilik itu sudah gelap.

  Bella segera mengemas mejanya dan mengunci pejabat lalu bergerak pulang. Setibanya di rumah, dia terus masuk tanpa memberi salam kerana dia tahu papa, mama dan abangnya sudah tidur.

  'Kau tunggu nasib kau Bella Aimin. Jangan ingat kau boleh rampas Almi dari aku.' bisik Jessie lalu memandu pergi.

I Love You My BossWhere stories live. Discover now