Bab 5

43 1 0
                                    

SEMINGGU berikutnya, Bella sudah mula bekerja sebagai PA CEO syarikat Mornio Holdings yang baharu. Dia berasa teramat gementar dan cuba menenangkan dirinya dan memulakan perjalanannya menuju ke syarikat itu.

"Assalamualaikum. Nama saya Nur Bella Aimin, PA baru CEO syarikat ni. Boleh saya jumpa dengan CEO?" tanya Bella sopan kepada penyambut tetamu syarikat tersebut. Penyambut tetamu itu menggangguk sementara menghubungi Edwin.

"Bos.. PA baru bos dah sampai. Nak saya suruh dia masuk ke?"

"Baik Encik Edwin. Cik Bella sila ikut sini ya,"balas penyambut tetamu itu mesra sambil menunjukkan arah kepada Bella untuk ke tingkat pejabat Edwin.

"Baik cik terima kasih ye."

Setelah itu, Bella berjalan ke lif dan menuju ke pejabat CEO itu, Edwin di tingkat 8 iaitu tingkat teratas sekali.

'Asal office CEO ni tinggi sangat? Haihh menyusahkan aku jelah macam ni. Office papa aku pun tak tinggi sangat. Berapa tingkat lah agaknya ye? Wow... ada 15 tingkat?! Gila tinggi?!' Keluh Bella sendirian sebelum pintu lif terbuka dan dia melangkah terus ke pejabat CEO itu dan mengetuk pintu, kedengaran suara garau memberi kebenaran untuk masuk lalu Bella terus membuka pintu pejabat itu untuk memperkenalkan dirinya.

"Assalamualaikum encik. Nama saya Nur Bella Aimin. Encik ke CEO syarikat ni?" soal Bella sopan. Dia memandang lelaki itu tidak percaya.

'Ni ke CEO tu? Oh my god mudanya! Aishh ape kau merepek Bella! Kau ada tunang! Ingat tu!' bisik hatinya bangga namun segera memarahi dirinya dalam hati kerana mula terpesona dengan kekacakan lelaki muda di hadapannya sehingga dia hampir terlupa bahawa dia mempunyai tunang.

"Waalaikumussalam. Yes... I'm Edwin Qaimy, Mornio Holdings CEO. Are my new PA that my dad bite?" duga Edwin agak berlagak.

"Umm... ye saya. Dato' Liam ambil saya kerja sebagai PA baru bos secara tiba-tiba."

"Okay cik Bella. So what's your major or your past experience? Pernah ke awak kerja kat syarikat lain sebelum ni?"

"Assistant manager bos." balas Bella perlahan. Dia tahu dia tidak diterima.

"Awak diterima dan awak boleh mula kerja sekarang,"Edwin memberi kata putus. Bella menggangguk lalu keluar dari pejabatnya.

'Mak aih. Tinggi melangit betul tingkat CEO ni. Seriouslah lelaki tadi tu anak Dato' Liam? Mudanya!!" Agak-agak berapa ye umur Encik Edwin tu? Ahh.. malaslah nak fikir." monolog Bella lagi dan menuju ke mejanya.

Dia tidak berapa tahu kerja-kerja PA itu. Menyesal pula tidak bertanya tadi. Bella termenung dan cuba untuk memulakan tugasnya dengan membelek jadual bosnya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi dan tertera nama Almi di skrin telefon Samsung Galaxynya. 'Masa ni jugak lah kau nak call aku?! Tak tahu ke aku busy?' bebel Bella padahal dia hanya membelek jadual bosnya itu.

"Assalamualaikum Bella. You tengah buat ke sekarang ni?"

"Waalaikumussalam. Mana you tahu J mula kerja hari ni? Mesti papa I yang bagitahu you kan Almi?" selamba sahaja Bella sekadar menduga. Siapa lagi yang memberitahu tunangnya kalau bukan papanya. Sudah masak benar dia dengan papanya itu.

"Ye. Jadi macam mana fist day you?"  soal Almi masih cuba bertenang apabila mendengar nada malas suara Bella. Dia tahu Bella marah kepadanya.

"Biasa je. Nanti I call you balik. I nak kerja ni. Bukan macam you... konon outstation tapi you tak pergi pun kan Almi? Esok I nak you ikut I jugak pergi beli barang majlis perkahwinan kita
I tak nak dengar ape-ape alasan pun!" tenang Bella memberitahu tunangnya sebelum meletakkan telefonnya.

'Heh... apa masalah Almi ni? Tetiba rajin sangat nak call aku. Padahal setiap kali aku ajak beli barang-barang hantaran tu ada je alasan. Ah.. lantaklah..' rengus Bella sebelum mula mencatat sesuatu.

Sedang khusyuk mencatat, Bella tidak menyedari bahawa jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Bella mengemas mejanya dan menuju ke lif dan turun di lobi. Tiba-tiba, bahunya ditepuk dan Bella segera menoleh.

"Almi? You buat apa kat sini? Bukan selalunya you dah balik ke?" Bella hairan melihat tunangnya di situ. 'Pelik. Macam mana dia tahu pukul berapa aku habis kerja? Stalker ke apa tunang aku ni?' desisnya.

"Hi Bella. Sorry I tak bagitahu you dulu I nak jumpa you. You okay tak ni?" soal Almi prihatin. Jelas wajah Bella yang sedikit kemerahan. Dia menunggu Bella menjawab soalannya itu.

"I okay je, kenapa? I nampak sakit ke? And one more thing Almi, macam mana you tahu I kerja kat sini sedangkan I belum bagitahu you?" desak Bella lagi. Dia benar-benar hairan dengan tunangnya itu.

"Actually, I tanya parents you and diorang cakap you kerja kat syarikat kawan papa you, so I datanglah." jelas Almi sambil merenung ke arahnya.

"Oh, tak apalah. You ni ada plan ke nak siapkan wedding kita?" tanya Bella.

Almi menggangguk dan berlalu pergi.

'Seriously? Apasal pelik sangat perangai dia ni?' Bella menggeleng dan memandu pulang.

I Love You My BossWhere stories live. Discover now