Operasi pencarian mula dijalankan dengan dianggotai oleh tiga pegawai polis yang berkebolehan iaitu Jessy Valor, Syamir Rikki dan Ali Bakar. Mereka bertiga diketuai oleh Inspektor Adam untuk mencari Pasukan Delta yang hilang tersebut.
Konflik mula terjadi apabila mereka dapati ada beberapa mayat yang hidup dan memakan daging manusia turut menjadi penunggu di dalam rumah itu. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula beberapa ekor mutant yang liar dan ganas menanti kehadiran mereka."Selepas apa yang aku dah lalui sepanjang malam? Ya, aku ok." Jessy Valor.
"Kenapa pulak kita kena bertugas dekat sempadan Infra?" Syamir Rikki.
Satu demi satu misteri mula terbongkar sehingga Jessy Valor mula mengetahui siapakah dalang disebalik semua ini dan ternyata kehadiran mereka memang sudah dirancangkan oleh seseorang.
Siapakah dalangnya? Segalanya akan terbongkar di dalam cerpen BIOINFRA.

YOU ARE READING
BIOINFRA (BM)
Science Fiction[Winner in Sciene Fiction Stylish Cover GorgeousAwards2019] [Winner in Cover Choose GorgeousAwards2019] Semuanya bermula apabila satu pasukan pegawai polis Bandar Metro yang hilang secara misteri semasa menjalankan tugasan mereka di Rumah Agam Infra...