07

5 1 0
                                    

Mereka menoleh memandang Adam yang tersenyum sinis dari tingkat dua. Dia memegang sebuah beg bimbit bersamanya.

"Inspektor Adam, kita kena keluar dari sini!" Berkerut dahi Ali bercakap dengannya.

"Aku yang akan keluar dari sini bukan korang semua" Adam menunding jari ke arah mereka.

"Apa maksud tuan?" Jessy mengangkat sebelah keningnya lalu dia terpandang badges di baju Adam.

"I-itukan badges INFRA! Jadi kau ni tali barut INFRA" Jessy seakan tak percaya dengan semua ini.

"Kau yang umpan kami ke sini sebab itu arahan dari INFRA, bukan?" Syamir turut menahan amarahnya.

"Betul, betul dan betul. Selamat meninggal, semua" Adam berlalu pergi dengan senyuman.

*WARGH!*

Tiba-tiba ada akar-akar yang menjalar keluar dari makmal itu. Akar itu berjaya melilit badan Jessy dan mengangkat dia ke udara. Lantai rumah itu pecah dan mengeluarkan sekuntum bunga Raflesia yang hidup dan mempunyai mulut berduri di tengah antara kelopaknya.

"Arrgh!" Jessy menjerit ketakutan. Dia terkapai-kapai di udara.

"Jessy!" Syamir menembak mahluk itu berkali-kali dibantu oleh Ali.

Mahluk itu mengeluarkan bunyi yang nyaring hingga mampu membingitkan telinga mereka. Salah satu akar itu berjaya melibas Ali hingga melambung ke tepi. Mereka boleh dengar bunyi kipas helikopter berdekatan.

"Syamir, bawa Ali keluar dari sini!" Jessy merasakan bahawa tiada harapan untuk dia hidup.

"Tapi..." Belum sempat Syamir menghabiskan ayatnya Jessy telah mencelah.

"Pergi sajalah! Semuanya akan ok. Korang mesti bocorkan rahsia INFRA." Jessy terhuyang-hayang di udara. Belitan itu sedikit menyakitkan.

Dengan berat hati, Syamir memapah Ali keluar dari rumah agam tersebut dan memberi isyarat kepada helikopter penyelamat.

Jessy mendengus melihat mahluk itu.

"Sekarang antara kau dan aku" Jessy menggunakan tangannya untuk mengambil pisau yang diselitkan pada hips poach. Jessy terus memotong akar tersebut dengan sekali libasan.

*ARGH!*

Mahluk itu mengerang kesakitan. Jessy terjatuh terus ke lantai, terasa senak sedikit pada perutnya.

"Jessy!" Syamir melontarkan sebiji bom Granade ke arah Jessy yang terlantar.

Termengah-mengah Jessy berdiri menghadap ke arah mahluk itu dengan pandangan amarahnya. Picu ditarik lalu dilontarkan terus masuk ke dalam mulut mahluk tersebut. Jessy terus berlari menuju ke pintu keluar dan bom itu meletup. Letupan itu menyebabkan Jessy melambung ke luar manakala mahluk itu dan rumah tersebut dijilat api yang marak.

Syamir menerpa ke arah Jessy yang terlentang, dia menggoyang-goyangkan tubuh Jessy hingga tersedar.

"Kita mesti pergi dari sini!" Syamir memapah Jessy terus ke tangga helikopter. Sebaik sahaja semua sudah selesai, tiba-tiba ada sebatang akar yang menjalar terus melilit ekor helikopter tersebut menyebabkan Ali terjatuh tepat ke arah mulut mahluk itu.

"Ali!" Jessy menjerit berbaur dengan kesedihan. Dia mengambil Metrozooka yang sedia ada di dalam helikopter tersebut. Sasaran sudah ditetapkan.

"Pergilah kau ke neraka" Picu dipulas lalu peluru pepandu terus berdesup ke arah mahluk itu.

*BOOM!*

Letupan yang besar dan kuat pun terhasil, mereka kembali tenang dan beredar dari kawasan. Jessy termenung memikirkan apa yang telah dia lalui.

Matahari terbit melabuhkan tirai malam. Mereka sudah mempunyai masa untuk bernafas dengan tenang.

"Kau ok?" Syamir merenung Jessy yang bermuram dari tadi.

"Selepas apa yang aku dah lalui sepanjang malam? Ya, aku ok" Jessy tersenyum kecil lalu kembali menjenguk ke luar.

END

BIOINFRA (BM)Where stories live. Discover now