Adam menuju ke makmal bawah tanah milik Infra, dia bertemu dengan seorang saintis lelaki tua dalam lingkungan 50-an. Dia berdiri di depan sel kaca berisi air.
"Semuanya telah berjalan dengan lancar, prof." Adam tersenyum sinis seraya menyerahkan beg bimbit berisi vaksin bagi ZA-Virus tersebut kepada salah seorang pengawal di situ.
Saintis itu hanya mendiamkan dirinya seketika lalu berpaling memandang Adam.
"Dalam tempoh 72 jam, semua rancangan aku akan berjaya. Tak, bukan rancangan aku tapi rancangan Infra!" Saintis itu ketawa berdekah-dekah seraya memandang seekor mahluk berbadan sasa dan mempunyai banyak mata di badannya. Mahluk itu masih di dalam sel tersebut. Mahluk itu tidak lain dan tidak bukan ialah 'BIFRA 002'. Adam hanya kaku, bibirnya terukir satu senyuman sinis.
Disebalik pintu makmal itu, ada seorang saintis perempuan mencuri-curi dengar perbualan mereka tadi. Wajahnya jelas kelihatan resah dan takut. Dia mengerling ke arah beg bimbit yang digenggam erat di tangan, dia berlari membawa beg bimbit itu keluar dari makmal tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIOINFRA (BM)
Fiksi Ilmiah[Winner in Sciene Fiction Stylish Cover GorgeousAwards2019] [Winner in Cover Choose GorgeousAwards2019] Semuanya bermula apabila satu pasukan pegawai polis Bandar Metro yang hilang secara misteri semasa menjalankan tugasan mereka di Rumah Agam Infra...