Jessy dapati terdapat koridor juga di ruangan ini, dia berjalan dengan penuh waspada. Dia memasuki sebuah bilik bacaan yang agak besar. Di dalam bilik itu penuh dengan ratusan buku. Dia terperasan satu kabinet yang mempunyai banyak jenis fail aneh.
"Mungkin ada sedikit maklumat" Jessy mengambil salah satu fail tersebut lalu melihatnya.
INFRA PROJEK
PROF. DENDRA BUHAIRIBIOINFRA:
BIFRA001
Sejenis mutant berbentuk harimau yang telah disuntik dengan parasit ZA-VIRUS yang akan membuatnya menjadi lebih agresif dan tidak mudah untuk dibunuh.BIFRA002
Sejenis mutant bertubuh manusia namun mempunyai ketinggian yang berbeza. Kekuatan fizikal yang tidak ada pada manusia dan merupakan mutant pertama yang berjaya menguasai ZA-VIRUS sepenuhnya. Mempunyai titik lemah di dadanya.BIFRA003
Sejenis bunga Raflesia yang diberi ZA-VIRUS lalu tumbuh dan membesar sepantas kilat. Hidup dan memakan daging untuk terus hidup. Mempunyai titik lemah terhadap letupan.TIKUS MAKMAL:
Anggota Polis Bandar MetroJessy mengerutkan dahinya seraya mencampakkan fail itu ke lantai. Dia buntu. Pelbagai spekulasi bermain di dalam benak fikirannya.
"Apa semua ni? Kami ni uji kaji? INFRA?" Jessy menarik nafas dalam lalu melepaskannya. Dia kembali tenang lalu mengerling ke kiri.
Dia ternampak tongkat berbatu kristal yang sama seperti dalam gambar tugu tadi.
Tongkat itu dimasukkan ke dalam genggaman tugu itu, maka terbuka sebuah pintu rahsia yang terletak di tengah antara dua tangga untuk ke tingkat atas. Jessy mengeluh berat lalu melangkah masuk ke dalam tanpa rasa ragu.
Sebaik saja Jessy melangkah masuk ke dalam lalu pintu rahsia itu tertutup semula.
"Hey!" Jessy menolak-nolak pintu itu namun tidak boleh dibuka. Dia mengerling ke kanan lalu ternampak Card Scanning.
"Aku perlukan ID CARD untuk keluar" Jessy berpaling semula menghadap koridor makmal yang serba malap itu.
Dia berjalan hingga ke hujung koridor dan menemui satu pintu. Sebaik saja dia memasuki ruangan itu seseorang telah menetak kepalanya dari belakang menyebabkan dia rebah ke lantai. Pandangan menjadi kabur dan semakin gelap. Jessy pengsan.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIOINFRA (BM)
Fiksi Ilmiah[Winner in Sciene Fiction Stylish Cover GorgeousAwards2019] [Winner in Cover Choose GorgeousAwards2019] Semuanya bermula apabila satu pasukan pegawai polis Bandar Metro yang hilang secara misteri semasa menjalankan tugasan mereka di Rumah Agam Infra...