01

16 5 0
                                    

"Pada tahun 2020, Bandar Metro telah pun dikejutkan tentang penubuhan INFRA iaitu sebuah badan kerajaan atau lebih dikenali sebagai pusat sains dan teknologi. Pada mulanya, mereka membantu negara untuk mencari penawar bagi menghapuskan virus yang merbahaya tetapi semuanya berubah apabila aku dan rakan seperjuangan tiba di sebuah rumah agam milik mereka. Aku Jessy Valor dan ini cerita aku."

Balai polis Bandar Metro sentiasa sibuk walaupun di awal pagi, ada saja laporan yang perlu dibuat oleh pegawai. Jessy yang baru sampai, berjalan lenggang-lenggok terus ke mejanya.

"Jessy, inspektor Adam nak jumpa kau dekat bilik mesyuarat." Kata salah seorang pegawai wanita di situ.

"Ok." Jessy terus bangun sambil mengeluh kecil terus menuju ke bilik mesyuarat. Dia memang tak suka masuk bilik mesyuarat.

Di situ, terdapat dua lagi pegawai bersama inspektor Adam iaitu pegawai Syamir dan Ali. Jessy terus duduk di bangku untuk mendengarkan hal apakah yang mahu dibicarakan oleh inspektor Adam.

"Pada tanggal 010320, Pasukan Delta telah pun menjalankan tugasan mereka di rumah agam Infra..." Belum sempat ayatnya dihabiskan si Syamir telah mencelah.

"Bukan ke rumah tu dekat pinggir bandar? Lagipun itukan sempadan infra jadi kenapa pegawai kita bertugas dekat situ?" Berbakul-bakul soalan dilontarkan oleh Syamir.

"Betul tu, kawasan Infra adalah kawasan larangan bagi pihak polis dan askar Bandar Metro." Tambah pula lagi dengan sokongan dari Ali.

*PAPP!*

Semua terkejut termasuklah dengan inspektor Adam sekali apabila Jessy tiba-tiba saja menepuk meja lalu berdiri merenung Syamir dan Ali dengan renungan mautnya itu.

"Korang berdua ni jangan menyampuk boleh tak? Kita sebagai pegawai polis tak perlu nak mempertikaikan hal yang remeh-temeh macam tu walaupun kawasan Infra adalah kawasan larangan tetapi dengan keizinan dari Infra kita boleh masuk. Korang tak tahu ke?" Jessy dah mula naik darah dengan kerenah dua polis lelaki di depannya ini. Maka, kedua-duanya pun terdiam kaku.

"Sambung semula, tuan." Jessy memandang semula ke arah inspektor Adam.

"Apa pun, kita unit Alfa telah diarahkan untuk mencari anggota Delta tersebut. Kita akan bergerak tepat pada 0130 nanti." Jelas inspektor Adam.

"Roger!" Semua berdiri tegak seraya memberi tabik hormat.

BIOINFRA (BM)Where stories live. Discover now