Jessy termengah-mengah berdiri semula lalu dia terdengar bunyi seperti ada orang tengah selerakan barang di dalam bilik yang berdekatan dengannya iaitu bilik di hujung sekali. Dia menghampiri pintu itu dengan penuh berjaga-jaga. Pistol di tangan erat digenggamnya seraya pintu dibuka sedikit. Keadaan bilik itu sangat gelap menyebabkan dia sukar untuk melihat apa-apa pun.
Pintu ditolak sehabisnya, di dalam gelap tiba-tiba ada sesosok tubuh seperti mayat hidup menerpa ke arahnya lalu mengenggam kedua tangan Jessy dengan kuat. Dia terus menendang perut mahluk itu hingga tersandar ke dinding tapi mahluk itu tidak mengalah dan terus mara ke depan. Jessy menendang kepalanya seraya mensasarkan pistol di dada mahluk itu. Beberapa das tembakan dilepaskan hingga mahluk itu rebah, Jessy mendekatinya dan terus menembak kepala mahluk itu hingga berkecai bersama cebisan otaknya.
"Apa yang dah berlaku dekat sini, ya?" Jessy membuka suis lampu dan meninjau ruangan bilik itu.
Jessy menemui sekeping gambar tugu batu yang sedang memegang dua tongkat. Dia teringat bahawa patung ini ada di ruangan tingkat bawah tapi satu tongkatnya telah tiada.
"Let's solve this puzzle" Jessy keluar dari bilik itu dan menuju ke ruangan di mana Ali sedang menanti.
"Tengok ni" Ali mencekak pinggang sambil memandangnya. Jessy menghampirinya untuk melihat apa yang Ali ingin tunjuk.
"Oh, tuhanku!" Jessy menekup mulutnya apabila melihat puluhan mayat yang terkulai di sudut ruangan ini.
Mayat mereka hancur, tubuhnya dihakis-hakis hingga terkoyak. Malah, darah mereka terpercik menjadi hiasan di dinding bersama cebisan-cebisan daging. Terdapat dua pegawai Pasukan Delta turut terkorban. Bilik itu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau busuk! Jessy tidak tahan dengan bau itu terus keluar dari bilik tersebut. Tercungap-cungap Jessy mengambil nafas.
"Dapat apa-apa maklumat?" Ali menepuk pelan bahu Jessy.
"Ya, ada sejenis mahluk yang memakan daging manusia di sini" Jelas Jessy setelah lega mengambil nafas.
"Oh, tidak hairanlah ada banyak mayat di sini" Ali mengerling semula ke arah mayat-mayat itu.
"Kita kena keluar dari sini dan minta bantu Unit Kop." Jessy turun semula ke ruangan bawah bersama Ali.
"Mana inspektor Adam dan Syamir?" Ali melihat sekeliling yang sunyi sepi.
"Kita berpecah untuk cari mereka, selepas 15 minit kita berkumpul semula disini" Ali terus ke ruangan kiri manakala Jessy ke ruangan kanan.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIOINFRA (BM)
Fiksi Ilmiah[Winner in Sciene Fiction Stylish Cover GorgeousAwards2019] [Winner in Cover Choose GorgeousAwards2019] Semuanya bermula apabila satu pasukan pegawai polis Bandar Metro yang hilang secara misteri semasa menjalankan tugasan mereka di Rumah Agam Infra...