02

19 5 0
                                    

Tanpa melengahkan masa, mereka terus bersiap dengan uniform Pasukan Alfa dalam operasi mencari nanti. Syamir sempat mengerling ke arah Jessy yang kelihatan menawan dengan kulitnya yang putih kerana Jessy berdarah China-Amerika jadi tidak hairanlah dia kelihatan begitu jelita.

Syamir tiba-tiba bersiul "Super hot!" Syamir sengaja mengusik dengan senyuman nakalnya namun terdiam dan beralih arah apabila Jessy menoleh melihatnya dengan pandangan maut.

Selesai memakai uniform mereka terus berkumpul di pengkalan helikopter PolisMetro.

Di situ, mereka sudah berbaris dan berdiri tegak berhadapan dengan inspektor Adam.

"Baiklah kadet, kita bertolak sekarang." Katanya sambil masuk ke dalam helikopter diikuti oleh mereka.

Semasa perjalanan, Ali terperasan bahawa Jessy menjadi agak diam. Dia tidak pernah begini ketika menjalankan misi.

"Semuanya ok, Jessy?" Ali memandang Jessy yang terleka.

Jessy tersedar dari lamunannya seraya menggeleng-gelengkan kepala.

"Maaf, aku cuma tertanya-tanya saja" Balasnya secara bersahaja sambil merenung ke luar.

"Tertanya-tanya pasal apa?" Terangkat sebelah kening Syamir dibuatnya.

"Ini kali pertama kita ke rumah agam Infra jadi macam mana agaknya keadaan rumah tu, ya? Apa yang Infra buat dekat rumah tu?" Itulah pertanyaan yang sering bermain di dalam fikiran Jessy sejak dari tadi lagi.

"Di sana adalah tempat dimana Infra meletakkan model-model teknologi mereka dan dari sudut biasa ia hanya rumah agam tapi sebenarnya ada makmal rahsia di bawah tanah. Makmal itu hanya diketahui oleh orang Infra dan tiada siapa yang tahu cara untuk masuk ke sana" Celah inspektor Adam yang dari tadi membatu di tepi Ali.

Jessy hanya mengangguk tanda faham, kini tiada lagi pertanyaan yang bermain di fikirannya.

Matahari mula untuk terbenam, maka tirai malam akan dibuka tidak lama lagi dan akan dihiasi dengan gugusan bintang-bintang di angkasa.

"Kita sudah tiba di lokasi!" Pemandu helikopter itu memberitahu kepada mereka bahawa mereka akan mendarat di kawasan hutan. Namun tidak mendarat hingga ke tanah kerana terlalu banyak pokok yang akan merosakkan kipas helikopter, maka mereka hanya turun melalui tangga.

Jessy mengerling ke arah kiri dan kanan mereka hanya dikelilingi oleh pokok-pokok rendang dan cuaca semakin gelap. Mereka berpecah untuk meninjau kawasan itu.

Jessy terdengar bunyi dengusan seperti ada haiwan liar berdekatan dengan kawasannya. Pistol segera dikeluarkan sebagai langkah awal untuk berjaga-jaga.

"Well, safety first" Jessy berjalan mencari dari mana bunyi itu datang.

Ternyata, malang tidak berbau. Jessy terkejut melihat beberapa ekor harimau sedang melahap seseorang yang sudah mati. Badannya telah dirobek dan dicarik-carik hingga hancur, kepalanya telah pecah dan darah membasahi tubuhnya. Harimau itu kelihatan sedikit aneh dari yang biasa.

BIOINFRA (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang