Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan, kesakitan di kepalanya masih lagi berdenyut. Pandangan menjadi samar.
"Aku dekat mana ni?" Jessy berdiri dalam keadaan mamai lalu terperasan sesosok tubuh wanita sedang memerhatikannya.
"Si-siapa kau?" Jessy melihat tag nama milik wanita itu. Jessy tersenyum sinis.
"Jadi kaulah Dendra, orang yang bertanggungjawab untuk semua ni!" Jessy menggapai pistolnya dan menyasarkan ke arah Dendra yang masih lagi berdiri tenang.
"Kau tak boleh nak salahkan aku! Aku terpaksa kalau tidak aku dan keluarga aku akan dibunuh!" Dendra terduduk lalu air matanya mengalir keluar.
Jessy terdiam seribu kata.
"Dibunuh oleh siapa?" Jessy mengerutkan dahinya. Dendra yang menunduk terus merenung Jessy.
"Oleh Infra s*al tu! Semua ni desakkan dari mereka, aku terpaksa!" Dendra menjerit sekuatnya.
Dendra bangun seraya mengesat air matanya. Dia memandang Jessy dengan pandangan kosong lalu mencampak ID CARD miliknya kepada Jessy.
"Keluar dari sini sebelum terlambat" Dendra mengeluarkan sebatang picagari yang mempunyai seekor parasit di dalamnya.
"Apa yang kau nak buat tu?" Terbuntang biji mata Jessy dibuatnya.
"Menghukum diri aku" Dengan senyuman kecil dia menyuntik parasit itu masuk melalui aliran nadinya hingga boleh nampak bonjolan parasit disebalik kulitnya. Matanya terbuntang lalu urat-uratnya mula timbul.
Tanpa berlengah, Jessy terus melarikan diri hingga ke pintu yang tertutup tadi. Dia meletakkan ID CARD tersebut kepada pengimbas lalu lampunya menjadi hijau, maka pintu itu terbuka.
Terbuka saja pintu itu Jessy melompat keluar dan dia dapati Ali dan Syamir sudah di situ.
"Korang selamat!" Jessy tersenyum lebar seraya memeluk mereka berdua. Lega rasa dihatinya.
*WAARGH!*
Mereka semua menjenguk ruangan makmal itu setelah terdengar bunyi ngauman yang nyaring.
"Kita kena keluar dari sini!" Jessy memandang kawan-kawannya. Mukanya resah.
"Aku jumpa radio ni dan dah minta bantuan dari pengkalan kita" Ali menunjukkan radio milik Pasukan Delta itu.
"Bantuan akan datang dalam 5 minit lagi" celah si Syamir.
"Mana inspektor Adam?" Jessy hairan kerana tidak nampak bayangnya langsung sejak dari tadi.
"Hello, kadet".
![](https://img.wattpad.com/cover/177173414-288-k260021.jpg)
YOU ARE READING
BIOINFRA (BM)
Fiksi Ilmiah[Winner in Sciene Fiction Stylish Cover GorgeousAwards2019] [Winner in Cover Choose GorgeousAwards2019] Semuanya bermula apabila satu pasukan pegawai polis Bandar Metro yang hilang secara misteri semasa menjalankan tugasan mereka di Rumah Agam Infra...