Prolog

14.4K 370 6
                                    

Ketukan di pintu bilik mengejutkan Daneen dari tidurnya. Daneen bergerak-gerak di bawah selimut. Mata masih tidak dibuka. Mengantuk lagi. Nak tidur. Hmmm. Baru nak lena balik, pintu diketuk lagi. Haish. Daneen gagahkan diri untuk bangun juga. Dia bergerak ke tepi katil, kaki dilunjurkan. Tergantung kakinya sebab katil dia tinggi. Dia mengesat mata sambil melompat turun dari katil.

" Kenapa ni, Kak Mar ? "

Tanya Daneen dengan suara serak basahnya. Baru bangun tidur suara macam nak taknak je keluar. Kak Mar aka Maryam Primrose. Kakak sulung Daneen. Berumur 24 tahun dan masih bujang. Silakan mengorat.

" Mama suruh kejut kau bangun. Katanya ada tetamu nak datang kejap lagi. "

Beritahu Maryam. Dia pon masih dengan dress tidurnya. Baru je bangun lepas dikejutkan oleh ibunya.

" Dah kenapa datang rumah orang pagi-pagi ni ? Halamak. "

Daneen mengeluh. Baru pukul 7 pagi kot. Yang nak datang rumah orang pagi-pagi ni dah kenapa ? Tak boleh tunggu tengah hari sikit ke. Haduh. Kepala digaru. Pening.

" Entah. Dah bersiap. Aku chaw dulu. "

Daneen menutup pintu biliknya sebaik Maryam berlalu pergi. Dia kembali ke katil gergasi miliknya. Em empuknya. Daneen pandang bantal busuk miliknya. Terasa memanggil-manggil. Hurmmm. Daneen perlahan-lahan mendekati. Tanpa sedar, dia kembali terlelap.










Ketukan bertalu-talu di pintu biliknya mengejutkan Daneen. Pantas dia bangun dan berlari ke pintu. Kecemasan ke ? Ketuk beria. Wajah masam mencuka Maryam terpampang.

" Apesal tak siap lagi ? "

Daneen menggumam. Kepala digaru. Matanya sepet memandang Maryam. Weh mengantuk lagi weh. Maryam menggeleng kepala. Kalau si Daneen ni memang payah nak bangun tidur.

" Eeyyy kau ni. Cepatlah siap. Bising dah mama dekat bawah tu. "

Maryam menolak Daneen ke bilik air. Daneen  merengek tak mahu. Sejuklah. Eeyyy. Maryam bersungguh tolak si genit depan dia ni.

" Kau mandi sekarang. Aku tahu kau siap dalam sejam. Don't be late. "

Ujar Maryam seraya menutup pintu bilik air. Daneen mengeluh kecil. Errr tak suka betullah. Dia menggumam kecil.

Daneen mencapai baju berwarna kuning dan skirt bewarna hitam. Selesai, Daneen beralih ke meja solek miliknya. Dia cuma memakai toner, moisturiser dan serum sahaja untuk mukanya. Not to forget, sunscreen !!! Dia memang tak bersolek sangat. Tak suka dan tak tahu actually. Nevermind. She's already beautiful just the way she are. Rambut wavy miliknya berwarna hitam dibiar lepas.

Selesai bersiap, Daneen menapak keluar. Sampai di hujung tangga dah boleh dengar keriuhan di dapur. What's going on ? Daneen menggaru kepala. Apehal riuh sangat harini ni ? Daneen menoleh ke ruang tamu. Papa ! Daneen menapak mendekati ayahnya.

" Pagi, papa. "

Daneen mencium kedua belah pipi dan dahi En. Izzat. En. Izzat tersenyum milihat anak bongsunya. Dicium dahi Daneen. Daneen menyelit di sebelah En. Izzat. Sebolehnya nak duduk bawah ketiak bapak dia tu. Ditarik tangan En. Izzat dan dililit di bahunya.

" Apesal kecoh sangat rumah ni, pa ? "

En. Izzat tergelak tengok muka cemberut Daneen.  Diusap kepala Daneen lembut dan dicium ubun ubun Daneen.

" Our bestfriends from Terengganu would like to come today. " 

Jelas En. Izzat lembut. Daneen berkerut. Which bestfriends ?

" Who ? "

" Uncle Rizqi. "

Daneen berkerut cuba mengingat. Hujung hujung dia tak tahu jugak siapa. Hahahahaha. Punya beria hidung berkerut.

" Uh tak ingatlah, pa. hehe. "

Daneen tersengih macam kerang busuk. En. Izzat ketawa melihat. Antara 2 puterinya, cuma ini seorang yang mirip arwah isterinya dulu. Manis je mukanya.

" It's okay. Kamu kecik lagi masa tu.
Memanglah tak ingat. Hahahahaha. "

Daneen menjuih bibir. Dia mengeratkan pelukan. Dah lama tak peluk papa. Rindunya. En. Izzat mengusap lembut bahu Daneen.








____________________




Daneen tercengang. Tercengang sebab tengok bidadara jatuh dari langit. Berdiri depan dia ni. Tak berkelip mata dia pandang. Air liur macam tersekat dekat kerongkong tu.

Aydan menggaru kening. Dekat 5 minit jugak dia berdiri depan pintu dengan budak kecik ni. Budak depan dia ni pulak dok tenung lain macam. Dah pehal pulak ni. Aydan mula rimas. Iyelah, baru balik dari meeting pagi tadi terus kesini. Dipaksa oleh ibunya. Terpaksalah dia. Masih dengan suit Armani kelabu miliknya.

" Ya Allah budak bertuah ni. "

Jerit Pn. Zaza dari dalam. Patutlah tak muncul muncul dekat dapur. Duduk berdiri tenung anak teruna orang. Aku suruh jemput orangya masuk bukan tercegat depan pintu tu.

Daneen tersengih tak bersalah. Wajahnya mula kemerah merahan. Malu hik. Dia berlari kecil ke dapur meninggalkan ibunya dan Aydan di pintu utama. Malu nok. Haish kau ni Daneen. Behave la sikit. Eeeyyyyy. Base gedik 🤣

Dia bingkas melabuh punggung di sebelah Maryam. Kepalanya menunduk dan bermain dengan jari runcingnya sendiri.

" Aydan ke yang datang ? "

Tanya Datin Aminah lembut. Daneen diam tak menjawab. Tak dengar. Tengah sibuk marahkan diri sendiri.

" Daneen. "

Maryam menyinggung lengan Daneen dengan sikunya. Daneen tersentak seraya memandang ke arah Maryam.

" Tu Auntie tanya. "

Daneen menggaru pipi. Rasa bersalah. Dia tersenyum.

" Aydan ke yang datang ? "

Tanya Datin Aminah sekali lagi. Daneen mengangguk. Aydan namanya. Hm handsome. Ishhh apa ni Daneen. Wajahnya automatik memerah. Hadui. Kebas muka. Datin Aminah tersenyum.

Cantik orangnya !

Pn. Zaza masuk ke dapur bersama Aydan di sisi. Aydan merenung Daneen sebaik masuk ke dapur. Daneen tersentak. Alah baru nak intai. Dia tenung pulak. Daneen cepat cepat menunduk kepala.

" Uncle. "

Aydan menyalam En. Izzat. En. Izzat tersenyum. Dia mengusap belakang Aydan. Besar dah budaknya. Handsome lagi. Baka baik katekon. Hahahahaha.

" Sihat, Aydan ? "

" Sihat Uncle. Macam nilah. "

Aydan menyalam kedua ibu bapanya dan melabuh di kerusi sebelah ayahnya. Berhadapan dengan Daneen. Lagi tak senang duduk Daneen dibuatnya.

Haduh cemana aku nak makan ni. Desis hati Daneen. Memang makan ala ala puteri la nampaknya. Halah tak puas. Daneen langsung tak pandang ke depan. Fokus je dengan makanan dia. Si Aydan pulak tak habis tenung si Daneen. Kepalanya beralih bila En. Izzat ataupun Pn. Zaza bertanya soalan.

Beautiful MessWhere stories live. Discover now