HIDUP ini terlalu singkat dari apa yang kita bayangkan. Lantas, jangan pendekkan lagi masa yang ada dengan sejuta rasa gelisah.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Berkorbanlah selagi kita terdaya. Kerana perit dari pengorbanan yang kita rasa, itulah sebenarnya bahagia.
"Dira... Bahagia atau tidak, kita yang pilih. Dan abang pilih Dira kerana abang tahu, bahagia abang ada pada Dira."
Aku senyum, tapi air jernih bergenang di tubir mata mendengar pengakuannya. Aku perempuan yang serba kekurangan tapi dia hulurkan kelebihannya menutup kekurangan itu.
"Terima kasih abang, sebab pilih Dira." Aku sentuh jemarinya dan aku sulam bersama jemariku.
Dia lelaki yang tidak pernah aku 'minta' lewat doa-doaku. Tapi hakikat sebuah kehidupan, selalunya apa yang tidak kita minta, itulah sebenarnya yang Tuhan ciptakan untuk kita.
"Janji dengan abang, Dira akan sentiasa letak abang di hati Dira sampai bila-bila?"
Tanpa perlu berfikir walau sesaat, aku angguk dan senyum manis aku hadiahkan untuknya.
Kata orang, alat penghantar bahagia paling berkesan pada seseorang ialah senyum. Senyum yang ikhlas dari hati kerana hanya hati yang faham bahasa hati
YOU ARE READING
ASALKAN DIA BAHAGIA 2019
RomanceDunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu...