Prolog ii

4.8K 66 3
                                    


JEMARI yang menyentuh dahi aku tepis pantas.

"Hey! Ni abang la...." Suara Abang Ikmal buat mataku terbuka luas.

"Abang bukan abang Dira. Tak boleh sentuh Dira." Dari baring, aku bangkit duduk berpeluk lutut.

"Diraa..."

"Abang dah lama tahu kan?"

Abang Ikmal lepaskan nafas panjang. Duduk dilabuhkan di birai katil.

"Siapa pun Dira, abang tetap sayang Dira. Mama dan abah tetap sayang Dira. Kenapa Dira nak seksa diri hanya kerana Dira tahu yang Dira bukan lahir dari rahim mama?"

Aku pandang Abang Ikmal. Lama.

"Selama Dira dalam keluarga ni, pernahkah kasih sayang kami tak cukup untuk Dira?"

Tak pernah! Aku jawab dalam hati. Memang aku tak pernah ketandusan kasih sayang. Tapi aku rasa rendah diri sangat-sangat.

Selama ni aku bangga punya keluarga yang punya segalanya, yang penuh dengan kasih sayang. Rupanya, aku hanya menumpang kasih mereka. Aku anak yang tak tahu status keturunan sebab mereka pungut aku di tangga masjid.

"Jom makan. Jangan buat perangai macam ni. Esok lusa abang dah nak kembali ke UK. Jangan buat abang risau." Abang Ikmal cuba tarik tanganku tapi cepat saja aku melarikan.

Tiba-tiba aku rasa janggal. Patutlah bila aku sudah meningkat usia, abah tidak lagi mahu menyambut salamku.

Abang Ikmal pula akan marah bila aku duduk rapat-rapat dengan dia. Walhal sejak kecil, belakang dialah yang aku selalu panjat.

"Cepat!" Sekali lagi Abang Ikmal mengacah mahu menarik lenganku.

"Abang tak boleh sentuh Dira. Haram.."

"Kalau begitu, tunggu abang habis belajar, kita halalkan mana yang haram tu." Abang Ikmal memintas.

Tergamam! aku pandang dia tanpa kelip. Halalkan yang haram itu maksudnya apa? Aku cuba mencerna maksudnya.

Tapi.... jawapannya cuma satu dan aku tak sanggup untuk mendengar jawapan dari minda sendiri. Belum sempat aku bertanya, Abang Ikmal sudah berlalu pergi.

Dia yang selama ini aku anggap sebagai abang, tempat aku mengadu macam-macam, kenapa tiba-tiba saja boleh bercakap yang bukan-bukan begini? 

ASALKAN DIA BAHAGIA 2019Where stories live. Discover now