ABANG IKMAL berterusan mendesakku agar berterus terang dengan mama dan abah tapi aku tak mahu. Sejak petang semalam, seboleh mungkin aku cuba mengelak dari bertembung dengan dia.
Bila aku buat tak layan panggilannya, dia ketuk pula pintu bilik.
"Dira..." suaranya sayu sebaik aku membuka pintu bilik.
"Abang... Dira tak boleh bagi abang masuk. Tak manis." Aku kecilkan bukaan pintu. Hanya muat-mat tubuh aku saja berdiri di tengah ruang yang terbuka itu.
"Turun bawah, atau kita keluar sekejap?"
Aku menggeleng laju.
"Dira, pleaseee..." Abang Ikmal mula merayu buatkan aku serba salah.
Benar, aku sayangkan dia. Tapi, untuk bersetuju dengan cadangan dia, aku tak sanggup. Aku lebih rela menghadap muka Haris setiap hari dari menghadap muka dia sebagai suami.
Sungguh...aku tak sanggup. Sebab dia sudah kuanggap sebagai abang sendiri.
Untuk mengubah semua rasa yang sudah sedia wujud itu sangatlah payah dari menanam benih cinta yang baru terhadap Haris. Jadinya, pilihan aku ialah Haris. Titik!
"Abang balik dari jauh, demi untuk Dira. Please...Kita bincang dulu?"
Akhirnya aku akur. Mengikut langkahnya turun ke bawah dan kali ini kami ke bahagian belakang banglo tersebut di mana terdapatnya gazebo kecil untuk keluarga beristirahat.
"Dira..." Abang Ikmal memulakan bicara sebaik kami duduk berdepan.
"Abang nak Dira tahu yang abang sayang Dira sangat-sangat."
"Tapi kenapa abang tak nak balik Malaysia? Abang nak tunggu Dira keluar dari rumah ni dulu baru nak balik kan?"
Dadaku tiba-tiba jadi sebak bila teringat kata-kata mama. Dengan cara mengahwinkanku, aku akan keluar dari rumah ini dan Abang Ikmal boleh balik tinggal di sini. Sadis sungguh cara aku dihalau.
"Dira dah salah faham. Mama pun sama."
"Tak! Dira memang faham sangat-sangat. Patutlah bila Dira tanya, abang selalu beralasan." Aku bagai membentak. Rasa yang menujah di dada buat aku hampir hilang kawalan.
Siapa yang tak sedih bila keluarga yang selama ini memberi sepenuh kasih sayang tiba-tiba berniat untuk 'menghalau' kita dari rumah tempat kita berteduh.
Benar... keluarga ini yang telah 'mengutip' aku dan memberi perlindungan di saat ibu dan bapaku sendiri sudah membuangku. Tapi, adakah kerana itu, aku layak diperlakukan begini? Dihalau dengan cara yang halus.
"Dira..." Abang Ikmal memanggil. Aku tidak memandangnya kerana saat itu air jernih sudah bergenang di kelopak mataku.
"Abang cintakan Dira sejak dulu. Sejak Dira masih remaja. Tapi, abang tak nak ganggu Dira sebab kita masih belajar."
Kali ini bicara Abang Ikmal berjaya menarik aku untuk mendongak memandang ke wajahnya. Nampak ketelusan di wajahnya.
Dan... kali ini aku rasa mahu menangis untuk rasa cinta yang dia luahkan. Sebabnya, aku sayangkan dia tapi aku tak mampu nak balas rasa itu.
"Lepas abang habis belajar, abang tak balik Malaysia sebab abang bimbang abang tak mampu kawal diri. Kita halal untuk berkahwin Dira. Tinggal sebumbung, abang bimbang nafsu menguasai fikiran."
YOU ARE READING
ASALKAN DIA BAHAGIA 2019
RomanceDunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu...