Bab 3

3.4K 57 0
                                    

PERTEMUAN yang aku tak pernah terfikir akan berlaku dalam hidupku. Ya! pertemuan empat mata dengan lelaki yang bernama Haris Aryan.

Tak pernah terfikir dan tak pernah termimpi pun. Sebabnya, dia lelaki yang tak pernah ada dalam senarai hidupku.

Berpeluk tubuh, aku pandang dia yang duduk tenang di depanku dan tenangnya buat aku gelisah. Walau tanpa riak, auranya cukup kuat memanah hingga ke segenap ruang hatiku.

"Nak jumpa I ni kenapa?" Akhirnya, aku yang mulakan bicara.

Dia tidak terus menjawab sebaliknya badannya yang tegak sejak tadi dibawa bersandar ke belakang kerusi. Nampak sangat relaks.

"Tentang tarikh kahwin kita."

Badanku terus tegak. Aku salah dengar atau memang dia yang sudah hilang akal?

"Siapa cakap I nak kahwin dengan you?."

Dia senyum. Dan matanya terarah pada jemariku yang bersulam di atas meja. Spontan, aku ikut memandang jemari sendiri.

Cincin!

Ya! cincin yang mama sarungkan ke jari manisku masih melekat di situ. Cincin yang dihantar oleh Datin Maria. Katanya sebagai tanda dari Haris.

Aku genggam jemari sendiri, cuba sembunyikan dari pandangan mata walau aku tahu ianya sudah terlambat.

"Okey! I terlupa nak tanggalkan. Mama yang sarungkan tadi." Aku beri alasan yang betul. Bukan ciptaan semata-mata.

Dia senyum lagi.

"It's suit you." Komennya bersama senyuman. Tapi entah kenapa aku nampak senyumnya sangat sinis.

Sekali lagi aku pandang cincin di jari. Dan jemariku bermain-main dengan cincin tersebut sebelum menanggalkannya.

Aku letakkan cincin tersebut ke atas meja di depannya.

"I tak setuju!"

"Dah terlambat, Dira." Pertama kali dia sebut namaku, darah terasa menyerbu ke muka. Kami tak pernah berbicara empat mata begini. Sebab itu, aku tak pernah dengar dia sebut namaku.

"Terlambat?" Aku kerutkan kening memandang tepat ke wajahnya.

"I dah prepair. Borang semua dah ready."

"Hah?" Serius aku terkejut. Bukankah baru minggu lepas mama dan abah berbicara tentang ini?

Betul aku tak faham. Kenapa nak cepat dan tergesa-gesa?

"Sekarang ni I pelik. Kenapa you beria sangat nak kahwin dengan I? Mana pergi semua kekasih you?"

Pelik yang muncul bukan

"Apa motif you tiba-tiba nak kahwin dengan I ni?"

Dia diam lagi.

"Kenapa diam?"

"I have nothing to said." Muka tak bersalah, dia jawab soalanku.

Rahangku sudah bergerak kiri dan kanan menahan marah. Serius, aku tak pernah berdepan dengan situasi begini apatah lagi manusia sebegini. Tak pernah lagi aku rasa marah macam nak pijak muka orang.

"Dah tak ada apa nak cakap, baik I balik!" Aku bangkit berdiri.

"Dira!" Dia ikut bangkit dan buat seketika, mata kami bertentang tanpa kelip. Dia dengan muka tak ada perasaan dan aku dengan wajah penuh rasa geram.

Waktu itu aku tahu, banyak mata pelanggan yang berada di dalam restoran tersebut menuntas pandang ke arah kami.

Handbag di atas kerusi aku capai dan melangkah keluar tanpa mempedulikan dia yang cuba menghalang.

Ketika aku membuka pintu kereta, tiba-tiba ada telapak tangan menahan dan pintu tertutup kembali.

Tanpa berpaling pun aku tahu tangan siapa yang melakukan itu. Tangan yang nampak jelas urat-urat di lengannya itu pastilah milik Haris. Lelaki yang buat pertama kalinya mampu jadikan aku orang gila walau dengan hanya sekali pertemuan.

"You nak apa lagi ni?" Aku membentak sambil berpusing menghadapnya.

Dia sudah berdiri berpeluk tubuh.

"You tahu apa yang I nak."

"I tak tahu. Serius, I tak tahu apa yang you rancang sebenarnya?"

Tangannya yang berpeluk tubuh dibawa menyeluk poket seluar. Dengan T'shirt lengan pendek berkolar warna biru gelap dan jeans biru, dia nampak smart. Memang dia lelaki kacak pun. Pakailah apa saja, sejak dari zaman belajar dulu lagi, tak pernah sekali pun aku nampak dia selekeh.

"I sedang rancang untuk jadikan you isteri I. Simple."

"Simple you cakap?" Mencerlung aku memandangnya.

"Yang you nak jadikan isteri you tu adalah I. Perempuan yang ada hati dan perasaan. Bukan anak kerbau!" Aku sambung melepaskan amarah.

"Bercakap tu tolong guna otak sikit." Turun naik dadaku melepaskan apa yang terbuku di dada.

Tiba-tiba dia lekatkan telapak tangannya pada sisi bumbung keretaku dan tiba-tiba juga jarak kami menjadi dekat sehingga nafasnya hangat menampar mukaku.

Pantas saja aku berundur dan apabila belakang badan sudah melekat pada pintu kereta, aku seperti mahu menjerit agar dia jauhkan diri dariku.

Pun begitu, sinar matanya bagai memukau, memerangkap aku dalam sebuah daerah asing dan aku bagai tak tahu lagi untuk melangkah keluar dari daerah tersebut.

Ah! Haris, ilmu apa yang dia pakai sebenarnya?

"Get ready to be my wife." Dia berbisik perlahan sebelum berundur setapak.

Dan aku kaku di situ. Membisu tanpa kata sehinggalah dia pergi meninggalkan aku. Hanya mata yang mampu aku gerakkan melihat langkahnya masuk kembali ke dalam restoran secret recipe tempat pertemuan kami tadi.

Setelah dia hilang dari pandangan mata, aku bagaikan tersedar dari dipukau. Terus aku tepuk dada sendiri.

"Sabar, Dira.... sabar. Sekarang ni kena fikir jalan untuk keluar." Bercakap pada diri sendiri, aku masuk ke dalam kereta.

Walau enjin kereta sudah dihidupkan, aku masih tak mampu untuk menggerakkan dari kedudukan pada butang P.

Berterusan duduk di situ dan membiarkan lubang penghawa dingin menampar wajah. Suhu di dalam kereta semakin sejuk tetapi kenapa aku rasakan suhu di hatiku makin menghangat?

Lama begitu, aku dikejutkan oleh ketukan di tingkap. Sebaik menoleh, aku nampak dia memberi isyarat agar aku turunkan cermin kereta.

Bagai lembu dicucuk hidung, aku tekan butang di tepi pintu dan cermin turun perlahan.

Dia menunduk. Kedua-dua lengannya bersilang menongkat pada pintu.

"Tunggu I ke?" Cara dia tanya tu, macam antara kami tak ada apa-apa yang berlaku. Sangat annoying.

Tak menjawab soalannya, aku terus tekan butang untuk menutup kembali cermin sehingga dia terpaksa mengalihkan lengannya.

Dari ekor mata, aku nampak dia tersenyum. Terus aku tukar gear ke R dan mengundur keluar dari ruang parkir.

Belum apa-apa, dia sudah buat otak aku jadi tak betul. Macam mana aku nak hadap dia 24 jam nanti kalau betul aku terpaksa kahwin dengan dia?

ASALKAN DIA BAHAGIA 2019Where stories live. Discover now