Bab 7 saya kena bagi sikit jer .... Tak full.
.
.*****
Ketika dia hulurkan tangan, aku hanya melihat. Tiba-tiba saja jadi blur. Masa dalam bilik lepas solat tadi, tahu pula aku sambut tangannya. Masa acara batal air sembahyang pun sama.
Tapi bila berduaan dalam cahaya suram lampu laman rumah di lewat malam begini, rasa janggal tiba-tiba muncul.
"Tak nak bagi I balik ke?" Soalannya buat aku cepat-cepat sambut huluran tangannya.
Namun, belum sempat apa-apa, dia tarik kuat tanganku sehingga aku terdorong ke arahnya. Waktu yang sama, tangannya bertindak memaut tubuhku dan dibawa ke dalam pelukannya.
"Awakkk!!!" Terjerit kuat aku akibat terperanjat dengan tindakan yang tak terduga itu.
Bila aku meronta dan cuba menolak dadanya, dia makin eratkan pelukan.
"Syyyttt...." Orang tengah tengok kita." Dia berbisik di tepi telingaku buatkan rontaanku terhenti.
Terus aku diam di dalam pelukannya. Tapi dalam hati tetap menyumpah tindakannya yang mengambil kesempatan. Kalau betullah ada orang sedang memandang, ini memang sangat memalukan
"Dah halal, tak ada orang pun nak marah." Dia berbisik lagi.
Memang tak ada orang yang nak marah tapi aku yang sedang marah sekarang.
Perlahan, aku cuba renggangkan pelukan dan buat muka tak senang padanya sambil tayang jelingan maut.
"I balik dulu, Assalamualaikumm...." Dia senyum meleret.
Tanpa menunggu dia masuk ke dalam kereta, aku terus angkat dress yang aku pakai agar tidak meleret di atas tanah dan melangkah laju masuk ke dalam rumah tanpa menoleh kiri kanan. Tak singgah mana-mana, aku terus naik ke bilik.
Duduk bertenggek di katil, sambil meraup muka berkali-kali, aku hela nafas lega. Baru beberapa jam aku bergelar isterinya, dia sudah banyak kali uji ketahanan jantungku. Banyak kali degupan jantungku mendadak laju.
Baru mahu bangkit untuk menanggalkan make-up di muka, telefon bimbitku berdering. Nama 'Mamat Psiko' terteka di skrin. Mamat psiko a.k.a Haris. Aku savekan nama tersebut pada nombornya.
"Apa lagi yang dia nak?" Tercetus ayat tersebut dari bibirku sebelum menjawab panggilannya.
"I rasa macam tak nak balik."
Terus membulat mataku mendengar ayatnya sebaik talian bersambung. Gila!
Cepat-cepat aku berlari anak ke arah balconi dan nampak dia masih berdiri di tepi kereta depan laman rumah.
"Tak balik lagi?" Ayat itu yang terkeluar dari bibirku.
"Mmmm... sebab tak dapat good night kiss."
"Gila!" Kali ini memang betul-betul aku sebut perkataan tersebut.
"Mmm... come to my dream tonight, I will kiss you there. Boleh tahu I ni gila ke tak."
Aku sudah menggigil satu badan. Rasa macam tak percaya aku boleh kahwin dengan ni. Bukan saja psiko malah gila juga.
YOU ARE READING
ASALKAN DIA BAHAGIA 2019
Roman d'amourDunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu...