Bab 10

5.6K 83 10
                                    


SELESAI sarapan, aku bawa diri ke belakang laman rumah. Duduk sendirian sambil termenung. Esok kuliah sudah bermula. Cepatlah esok. Kurang-kurang aku ada alasan untuk keluar dari rumah dan tidak berdepan dengan Haris.

Sedang duduk-duduk itulah Haris muncul dan duduk di sebelahku.

Tanpa amaran, dia cuit pipiku. Tapi aku tepis tangannya.

"Kenapa ni? Macam tak ada mood jer."

Aku diam tak membalas.

"Okey! jom naik bilik." Dia sudah bertindak menarik tanganku tetapi aku cepat saja membantah.

"Boleh I tanya sesuatu tak?" Aku ajukan soalan sambil berpusing ke arahnya.

Dia terus angkat kening. Tanganku masih tidak mahu dilepaskan, masih digenggam oleh jemarinya.

"Siapa isteri you sebenarnya?"

"Youlah, siapa lagi?"

Aku kacip gigi. Geram bila dia main-mainkan soalanku sedangkan aku tengah serius.

"Maksud I..."

"Semua tu tak penting, Dira." Dia memintas sebelum habis ayatku untuk menjelaskan.

Maksudnya dia memang faham apa yang aku tanya. Saja buat-buat bodoh.

"Yang penting, I janji akan bahagiakan you." Dia bawa jemariku ke bibirnya dan dikucup lama.

"Kita.akan.bahagia." Satu satu perkataan tersebut keluar dari bibirnya.

Dan aku, sudah tidak mampu bersuara lagi. Sudah termakan dek ayat dan perlakuan manisnya.

Bahagia. Semua orang mahu. Tapi tahukah dia, janji bahagia itu seperti ubat luka yang memedihkan disapu pada luka yang dia calarkan. Dia mengaku sudah beristeri dan kemudian berjanji untuk memberiku bahagia. Dia fikir aku ini kanak-kanak kecil yang boleh disogok dengan gula-gula kapas?

"Ris! Kat sini rupanya." Tiba-tiba telingaku terdengar suara Afida.

Aku cuba tarik jemariku dari genggaman Haris namun dia tak benarkan.

"Kenapa?"

"Nak minta you hantar I balik."

Aku bagai tak percaya mendengar permintaan Afida. Habis tu dia datang ke sini naik apa? Jalan kaki ke?

"Semalam kan I datang dengan daddy." Dia seperti merengek manja, minta perhatian suamiku.

Tak malu sungguh!

Lagi pun, siapa yang gatal suruh tidur sini? Aku tak tahu dia tinggal di mana sekarang ni. Dulu memang keluarganya tinggal di Bangi ni juga. Sebab itulah kami satu sekolah.

"Lagi pun, daddy ada hal nak bincang dengan you. Urgent. Semalam kan you sibuk." Entah apa alasan lagi yang dia beri.

Dan yang membuatkan aku jadi marah, Haris pula mengangguk bagai lembu dicucuk hidung. Setuju mahu menghantar Afida.

Terus aku pandang dia bagai tak percaya. Dia sanggup tinggalkan aku semata-mata nak penuhi permintaan Afida?

Ah! Alasan boleh direka untuk mengaburi mataku. Tapi, aku bukannya bodoh untuk tidak mengerti apa sebenarnya yang sedang mereka sembunyikan

"Nak ikut I tak?" Haris tiba-tiba menyoalku. Tapi aku rasa dia macam ajak-ajak ayam.

Sepat-cepat aku menggeleng. Dalam hati, nak sangat Haris pujuk atau Haris tak jadi pergi bila aku tak mahu ikut.

Tapi... hampa. Haris tak pujuk pun. Dia terus cium pipilu sepintas lalu dan bangkit.

"I pergi sekejap jer." Itu pesan dia.

Dan saat melihat dia melangkah bersama Afida, aku tahan rasa hati. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa mahu menangis. Tak tahu kenapa, aku rasa Haris memang mengahwini aku hanya untuk menyakiti.

Tapi, yang aku tak faham hanya satu, apa salah aku pada dia? Kalau dendam, apa puncanya?

Sejak kecil, bila aku mula mengerti tentang hidup, aku sering tertanya sendiri kenapa aku dibuang keluarga. Aku sering berharap ini satu kesilapan, berharap suatu hari nanti ibu atau bapaku akan datang memohon maaf dan menuntut aku kembali. Tapi, harapan hanya tinggal harapan.

Bila aku mengerti tentang takdir, aku mula reda. Tak semua orang bernasib baik. Lebih malang, sudah tidak bernyawa sebelum mengenal dunia. Kiranya, aku dianggap beruntung kerana masih berpeluang hidup dan mengenal indahnya dunia.

Tatkala aku mengerti tentang erti kasih sayang, aku tidak mengharapkan apa-apa lagi. Cukuplah aku hanya ada mama dan abah serta Abang Ikmal.

Tapi, saat mereka 'menyerahkan' aku pada Haris, aku seperti 'dibuang' sekali lagi.

Adakah aku sekali lagi perlu reda dengan takdir? Sedang orang yang melafaz ijab dan kabul dengan nama Allah swt tidak pernah punya secebis kasih untuk dihulurkan padaku?

Tiba-tiba dadaku jadi sempit. Saat yang sama, aku teringatkan mama dan abah. Aku rindukan Abang Ikmal.

Perlahan aku bangkit dan bergerak masuk ke dalam mencari umi. Mahu meminta izin darinya untuk pulang ke rumahku sekejap.

"Umi, Dira nak balik rumah kejap. Nak ambil barang. Ada yang tertinggal." Terus saja aku buka mulut meminta izin sebaik ternampak umi.

Itu hanya alasan. Yang sebenarnya, aku memang rasa tak tenang duduk di sini memikirkan Haris pergi bersama Afida.

"Laaa... kenapa tadi tak ikut Ris aje? Boleh balik dengan dia lepas hantar Fida."

"Takpe lah umi, Dira boleh balik sendiri."

"Dah beritahu Ris ke belum?"

Aku teragak-agak tapi kepala mengangguk juga. Yang sebenarnya, aku tak beritahu pun. Buat apa nak beritahu, orang dah seronok, takkan nak peduli kita.

"Nanti umi minta Pak Jamal tolong hantar."

Aku angguk lagi. Memang aku tak ada kereta. Datang semalam bersama abah dan mama.

Setelah mendapat izin, aku terus naik ke atas bersiap ala kadar dan turun semula. Pak Jamal sudah menunggu di kereta.

Dalam perjalanan, kepala mula berdenyut memikirkan banyak perkara. Asalnya, aku mengahwini Haris atas dasar pengorbanan. Korbankan diri untuk kebahagiaan keluarga.

Asalnya, aku mahu menjadi isteri yang sempurna walau tanpa cinta. Tapi, nampak seperti aku tak diperlukan sebagai isteri di sisi seorang Haris Aryan.

Lantas, untuk apa aku terus menjadi orang bodoh, menunggu untuk disakiti. Biar tanpa cinta, sebagai isteri pastilah akan terluka bila suami melebihkan orang lain dari isteri sendiri.

Yang nyata, tak ada isteri yang tidak terluka bila suami mengaku sudah beristeri di malam pertama perkahwinan mereka. 

ASALKAN DIA BAHAGIA 2019Where stories live. Discover now