Mangkuk bubur yang telah kosong diletakkan ke atas meja sisi katil. Susu suam di dalam gelas yang Lisa letakkan di dalam dulang diteguk perlahan. Berkerut dahinya menahan rasa sakit pada bahagian kerongkongnya. Seminggu telahpun berlalu semenjak peristiwa hitam itu. Keseluruhan anggota tubuhnya masih mengalami kesakitan. Dari kepala hingga ke kaki, ada kesan lebam hasil tangan Hafiz.
Dia mengesat air mata yang tak semena-mena mengalir di pipi. Pedih rasa hati mengenangkan
hubungan antara dia dan Hafiz yang kini tidak diketahui apa statusnya. Menurut Fikri, Hafiz tidak dapat dihubungi langsung. Rumahnya juga tidak berpenghuni. Facebook, instagram, blued dan grindr seolah-olah sudah tidak aktif lagi.Keberadaan Hafiz langsung tidak dapat dikesan. Saban malam dia menangis di bahu Lisa menghamburkan segala rasa di dalam dada. Perasaannya bercampur baur.
Kesal kerana mengkhianati
Hafiz, marah kerana Hafiz telah memperlakukan dirinya sebegini teruk. Namun begitu, perasaan cinta masih lagi tersisa di hati. Lapan tahun menyemai cinta. Lapan tahun itu bukanlah satu tempoh yang sekejap.Biar apapun perbuatan Hafiz terhadapnya, dia masih belum mampu untuk membenci lelaki itu. Ke mana Hafiz pergi membawa diri? Dia tak punya jawapan. Hafiz sama seperti dirinya. Membesar di sebuah rumah anak yatim di negeri Pantai Timur. Tidak mempunyai keluarga yang lain.
"Fik, kalau kau dah dapat jumpa Hafiz, tolong sampaikan salam jari tengah aku pada dia dengan pesanan, jangan sampai aku terjumpa dia. Itu je "
Dia terdengar Lisa berpesan kepada Fikri yang baru sahaja meminta diri untuk pulang sebentar tadi. Berderau darahnya mendengar kata-kata Lisa. Mata dipejamkan dan dia sempat memanjatkan doa agar Hafiz tidak berjaya ditemui.
Kata-kata Lisa tidak boleh dibuat main. Lisa akan mengotakan setiap yang dikata. Dia yakin bahawa Hafiz akan menerima padah yang buruk jika Lisa berjaya menjejaki keberadaannya.
"Menangis lagi?"
Dia membuka mata. Lisa sudah tercegat di hadapannya dengan sebotol minyak aromaterapi. Dalam sehari, Lisa akan mengurut tubuhnya sebanyak dua kali iaitu pagi dan petang bagi mengurangkan rasa sakit dan lenguh yang menjalar pada keseluruhan tubuhnya dek penangan daripada Hafiz seminggu yang lalu.
"Lis, tak payah urut. Aku rasa dah kuat sikit "
Shah mengambil botol minyak aromaterapi dari tangan Lisa yang sudah duduk bersimpuh di sebelahnya. Tangannya mengusap si belon di sebalik baby T yang tersarung pada tubuh Lisa.
"Anak, kesian kat mak. Pagi petang urut bapak. Tak hiraukan langsung pinggang dia yang lenguh tu "
Shah mencapai tangan Lisa dan mengucup perlahan.
"Kau baring, kali ni biar aku urut kau "
"Aku okay je Shah. Tak payah susah-susah "
Lisa menahan tangan Shah yang mahu membaringkan tubuhnya ke tilam.
"Lis " Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Ada rasa sebak bertandang di hati. Sudah seminggu Lisa menjaganya. Dalam keadaan si belon yang semakin memboyot, Shah dapat melihat kadang-kadang pergerakan Lisa agak terbatas.Beberapa kali dia sempat mencuri dengar akan keluhan yang keluar dari bibir Lisa saat isterinya itu merebahkan tubuh di sebelahnya saban malam. Keluhan sakit. Dia tahu itu, kerana matanya sempat mencuri pandang akan tangan Lisa yang cuba mengurut pinggangnya yang mungkin sedikit lenguh kerana menampung berat pada bahagian perutnya.
"Shah, kita jumpa pshychiatrist
ye? Aku rasa kau trauma ni "Perlahan Lisa menutur ayat. Dia dapat merasakan keperitan yang ditanggung oleh Shah. Dia sendiri tidak sanggup mendengar mengenai apa yang telah Hafiz lakukan terhadap
Shah. Tidur malamnya sering terganggu dek suara Shah yang mengerang kesakitan seolah-olah sedang mengalami peristiwa hitam itu di dalam tidurnya."No, Lis. Aku okay. It's just that... "
Diam.
Lisa meraih tubuh Shah ke dalam pelukan, seperti seorang ibu memujuk anaknya yang sedang menangis. Ditepuk-tepuk belakang Shah dan kemudian dia mengusap perlahan.
"I miss him, Lis."
"Masih lagi nak rindu? Dia dah buat kau sampai trauma macam ni Shah "
Shah mengongoi di bahu Lisa.
Hatinya sarat menanggung rindu yang tiada penghujungnya."Shah, kita kena buat sesuatu untuk overcome trauma kau ni"
"Aku trauma ke?"
"Kau sedar tak, dah seminggu kau menangis teruk macam ni? Dah seminggu jugak kau meracau dalam tidur. Kalau bukan trauma, apa lagi?"
"Aku nak buat apa Lis?"
"You have to dominate me, Shah. Aku nak kau bayangkan aku ni Hafiz. Just do what everyou wanna do!"
"Crazy! Jangan merepek boleh tak? Tak padan dengan perut buncit, lenguh-lenguh pinggang"
"Itu je caranya Shah!"
Lisa mengerutkan dahi. Dadanya sedikit sesak, dan perutnya menegang. Seminggu dua ini dia kerap mengalami braxton hicks, satu keadaan di mana rahim mengecut dalam tempoh tidak sampai seminit. Dia segera sedar bahawa situasi kontraksi palsu ini sering terjadi apabila dia berada dalam keadaan stress. Seperti sekarang, dia agak tertekan dengan sikap Shah hingga menyebabkan dia meninggikan suara terhadap suaminya itu.
Shah menolak tubuh Lisa agar rebah ke tilam. Dua biji bantal diletakkan di bawah kepala
Lisa agar Lisa berbaring dalam keadaan yang selesa. Baby T Lisa diselak ke atas. Palmer's cocoa butter lotion dipicit ke atas tapak tangan dan disapu perlahan ke atas perut Lisa.Seketika kemudian dia menolak tubuh Lisa agar mengiring membelakangi dirinya. Bahagian pinggang Lisa diurut perlahan dan lama. Dari pinggang naik ke bahagian belakang tubuh Lisa. Baby T Lisa ditanggalkan terus. Urutannya menjalar ke bahu dan juga tengkuk Lisa.
"I don't need to dominate you, Lis "
Dia berbisik sambil mengucup tengkuk Lisa. Sang isteri mula mendesah.
"I need something else "
Bibirnya merayap pada bahagian bahu Lisa. Tubuh Lisa dibalikkan agar mengadap wajahnya. Mata mereka bertentangan. Lama. Lisa menggigit bibir dan melarikan matanya daripada menatap mata Shah.
Shah memegang kedua belah pipinya, mengusap perlahan. Ditemukan bibir mereka berdua. Nafas mula bersatu. Masing-masing saling berusaha untuk mendominasi pertarungan lidah, merebut gelaran juara. Lidah yang terpisah membuatkan kedua-duanya menghela nafas panjang.
Saat nafas kembali teratur, mereka bertatapan mata lagi. Suasana sungguh hening. Hanya deruan nafas yang kedengaran. Shah melarikan jari manisnya di bibir Lisa. Matanya tak lepas daripada menatap mata bening isterinya.
"I need something else, Lis "
Sekali lagi dia bersuara.
"What is it?"
"I'm sure it will overcome my traumatic "
Dia membiarkan jari manisnya dihisap dan digigit manja oleh Lisa.
'Spill out, Shah.
Diam. Tangan Shah bergerak meramas-ramas dua daging segar yang menggunung di dada Lisa. Sang isteri mendesah sambil menggesel-geselkan kakinya ke betis Shah yang terdedah. Tangan pula sudah merayap ke bahagian bawah tubuh Shah. Junior sedang menegang dengan jayanya. Lisa menggigit bibir.
"Tengah sakit pun, junior kau nakal kan?"
"Nak ke?"
"Let me know, how to overcome your traumatic?"
Shah meraih tubuh Lisa ke dalam pelukan. Dahi isteri dikucup lama. Dia menarik nafas, lama. Jari jemari Lisa yang sedang menari-nari di atas dadanya digenggam erat.
"Love me, Lis. Love me with all your heart, will you?"
YOU ARE READING
SHAH & LISA (Partner In Crime)
ContoSHAH & LISA PERNAH DISIARKAN PADA PENGHUJUNG TAHUN 2018, NAMUN CERITA INI TELAH DI'BANNED' OLEH PIHAK WATTPAD. MAYBE ADA YANG REPORT KERANA TIDAK SUKAKAN CERITA YANG BERUNSUR LGBT. PENULIS MEMPERJUDIKAN NASIB UNTUK REPUBLISH DENGAN HARAPAN TIADA YA...