Bukkk!
Sebuah penumbuk yang dilayangkan ke wajahnya membuatkan Shah jatuh terperosok masuk semula ke dalam gym yang baru sahaja hendak ditutup. Bibirnya merasa perit seolah-olah telah pecah. Cairan merah menitis ke lantai.
Belum sempat dia bangun, belakang badannya disepak dan kemudian dia dapat merasakan tubuhnya dipijak dengan sebelah kaki. Berpinar matanya apabila kaki berkasut itu menenyeh-nenyeh belakang tubuhnya. Dia memejam mata apabila merasakan dengusan nafas seseorang di belakangnya. Haruman Eternity Aqua CK menyapa deria baunya.
Dia mengerang kesakitan apabila rambutnya ditarik kasar. Sekali lagi wajahnya menerima tumbukan bertubi-tubi dari Hafiz. Darah bersemburan di atas lantai. Dia tiada daya untuk melawan.
Kesakitan sedang menjalar ke seluruh bahagian tubuhya, hanya mampu menghela nafas berat apabila tubuhnya diseret ke ruang tengah gym.
"Dear "
"Shut up!" Hafiz mengilas tangannya ke belakang dan kemudian mengikat pergelangan tangan Shah dengan sehelai kain. Dia membalikkan tubuh Shah supaya mengadap dirinya.
“Dear, you buat apa ni?”
“How could you, Shah?”
Hafiz melutut di sisinya dan menangis.
“Hafiz…”
“You tipu I, Shah. You tipu!” Dia menumbuk dada Shah bertubi-tubi. Shah memejam mata, menahan kesakitan. Airmata turut mengalir laju di pipinya. Hatinya seolah-olah dihiris dengan sembilu tajam saat melihat airmata yang mengalir di pipi Hafiz.
“Why, Shah?” Hafiz mengelus pipinya perlahan.
“I’m sorry dear…I’m really sorry.”
“Six months, Shah. Six fucking months you tipu I hidup-hidup!”
Sakit hatinya apabila dia ternampak Lisa sedang berjalan bersama temannya di Midvalley Megamall. Pada awalnya dia sekadar melihat dari jauh. Namun apabila matanya tertancap pada bahagian perut Lisa, serta-merta darahnya naik ke kepala. Segera dia mengekori Lisa dan bertambah parah hatinya apabila melihat Lisa dan temannya melangkah masuk ke dalam sebuah premis menjual kelengkapan bayi. Dia mengepal penumbuk dan berlalu dari situ dengan seribu kelukaan yang parah di dalam hati.
Dan malam ini, dia di sini. Berhadapan dengan lelaki yang sudah mengkhianati dirinya. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Shah yang dicintai sepenuh hati sanggup mengkhianati cinta suci yang telah disemai sejak mereka berdua belajar di Utah State University, California lapan tahun yang lalu.
“Dear, listen.”
“Sudahlah Shah jangan menipu lagi. I dah tahu semuanya.” Tangan Hafiz menggigil menahan marah.
“Dear, look at me! Dengar dulu apa yang I nak cakap ni.”
Satu tumbukan lagi hinggap di muka Shah. Dia terdiam menahan sakit yang tidak terperi.
“Pandai you berlakon, Shah. You should be nominate as an actor of the year!”
“Hafiz, I can explain…”
“Nak cakap apa lagi? You cakap you tak akan sentuh betina tu tapi macam mana dia boleh mengandung?”
Shah terdiam.
“Jangan cakap you dah berubah hati!”
Suara Hafiz kian meninggi.
“Dear, I…”
YOU ARE READING
SHAH & LISA (Partner In Crime)
Storie breviSHAH & LISA PERNAH DISIARKAN PADA PENGHUJUNG TAHUN 2018, NAMUN CERITA INI TELAH DI'BANNED' OLEH PIHAK WATTPAD. MAYBE ADA YANG REPORT KERANA TIDAK SUKAKAN CERITA YANG BERUNSUR LGBT. PENULIS MEMPERJUDIKAN NASIB UNTUK REPUBLISH DENGAN HARAPAN TIADA YA...