PIC 10

8K 129 86
                                    

6.00 pagi.

Saat mata dibuka, Lisa tiada di sisi. Shah mengamati bunyi dari bilik air, senyap. Dengan perasaan malas, dia bangun. Menggeliatkan tubuh dan kemudian melompat turun dari katil. Tuala dicapai dan kemudian dia masuk ke dalam bilik air.

Hari ini dia solat seorang diri. Lisa entah ke mana. Namun dia beranggapan Lisa tidur di bilik Noah. Mungkin tengah malam tadi selepas menyusukan Noah, Lisa tertidur di sana.

Usai solat, dia membuka pintu yang menghubungkan bilik mereka dengan bilik Noah. Si kecil sedang lena tidur sambil memeluk teddy bear. Tiada kelibat Lisa di dalam bilik anak bujangnya ini.

Langkah diatur ke ruang tamu. Lisa sedang tidur berbantal lengannya di atas sofa. Tubuhnya mengerekot seolah menahan kesejukan. Shah mematikan penghawa dingin dan memasang lampu. Tubuh Lisa dihampiri.

"Honey, wake up. Kenapa tidur kat sini?" Dia menepuk pipi Lisa perlahan. Dia melihat Lisa membuka mata.

"Bangun, mandi, solat. Hari ni abang siapkan breakfast. Honey nak heavy or light breakfast? Light la ye. Kejap lagi kita qadha balik apa yang kita dah postponed last night. Sorry honey, I was really tired, last night."

Lisa bangun dan menonong menuju ke bilik. Shah menggaru kepala yang tidak gatal. Kaki dihalakan ke dapur. Empat keping wholemeal bread disapu planta dan kemudian dibakar. Dua cawan milo panas dibancuh dan kemudian dia meletakkan pinggan berisi roti bakar serta air milo ke dalam dulang. Berhati-hati dia membawa dulang tersebut ke bilik tidur.

Lisa baru usai solat subuh ketika Shah masuk ke dalam bilik. Telekung ditanggalkan dan disidai pada rak. Dulang yang Shah letakkan di meja sisi katil dipandang sekilas. Kemudian dia merebahkan tubuh ke tilam. Sebiji bantal diambil dan ditekup ke muka. Dia dapat merasakan katil bergerak sedikit. Shah duduk di sebelahnya.

"Honey, makan jom " Rambut
Lisa yang sedikit kerinting dielus perlahan. Dia senyum seketika apabila teringat peristiwa ketika mereka masih kecil. Rambut Lisa sering dijadikan bahan gurauan beberapa penghuni Raudhatus
Solehah. Pernah suatu ketika, Lisa sedang duduk bersantai di gazebo sambil membaca buku, Abu dan Mamat datang bersama sudu dan garpu di tangan. Kemudian mereka menggaul rambut Lisa dengan sudu dan garpu tersebut.

"Jom makan maggi!"

Lisa pula akan mengejar kedua
mereka sambil menjerit-jerit namanya memohon pertolongan agar dia turut sama mengejar Abu dan Mamat. Dan kebiasaannya, dialah orangnya yang akan muncul sebagai hero, mengejar Abu dan Mamat sehingga dapat, mengheret kepada Lisa dan membiarkan Lisa menjentik dahi mereka sehingga sahabat sejatinya itu puas hati. The good old days.

Dia rindu zaman kanak-kanak mereka.

"Honey "

"Nak tidur... Jangan kacau, pleaseeee "

Makan dulu, pleaseeee "

"Saya puasa "

"Eh, saya?"

Diam. Sudahnya Shah makan seorang diri. Dia membiarkan
Lisa tidur dengan selesa di atas katil. Mungkin Lisa penat kerana mengalami tidur yang kurang selesa malam tadi.

Jam 11.30 pagi, Lisa tersedar sebaik sahaja terdengar suara Noah yang sedang ketawa dari ruang tamu. Terkebil-kebil matanya merenung siling bilik. Dia bingkas turun dari katil, mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

Noah yang sudah pandai menapak segera menerpa ke arahnya sambil memegang carrot dan brocolli di kiri dan kanan tangannya. Mangkuk berisi nasi lembik dan sup ayam di tangan Shah diambil dan dia menyambung tugas memberi makan kepada Noah.

SHAH & LISA (Partner In Crime)Where stories live. Discover now