"Couldn't be like this, baby... You bawa diri macam ni, takkan selesaikan masalah. Agama you melarang you keluar dari rumah tanpa izin suami kan?"
Lisa sekadar mengangguk, kemudian tunduk mengucup pipi Noah yang sedang lena di dalam dakapannya. Kepenatan. Ketika di dalam penerbangan sebentar tadi, Noah agak cranky.
"I'm hurt... Sayang, Shah dah ada perempuan lain
"Are you sure, baby?"
Mengangguk lagi.
"Ada bukti?"
Menggeleng.
Throwback
Lisa dapat merasakan Shah mengangkat tubuhnya dan didukung ke katil. Matanya begitu berat untuk dibuka. Namun telinganya masih dapat mendengar dengan jelas bahawa Shah menghubungi Fikri dan memaklumkan bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan Hafiz kerana ingin menjaga dirinya yang tiba-tiba rebah.
Jika diikutkan rasa marah yang menguasai diri, saat itu juga dia mahu bangun dari pembaringan dan menampar muka Shah. Namun dia hanya bisa menyimpan di dalam hati. Semenjak perjanjian 'bodoh' mereka terbatal, Lisa sudah berazam untuk menjadi seorang isteri yang baik buat Shah. Tiada lagi bahasa dan tingkahlaku kasar, sebaliknya dia berusaha untuk melayani Shah selayaknya sebagai seorang suami.
Shah sedang solat zohor apabila telefonnya yang terletak di meja sisi katil berdering. Tertera nama Zureen di skrin. Lisa jadi tidak keruan. Ingin dijawab panggilan itu, namun tiada kekuatan. Dadanya tiba-tiba sahaja berdebar. Hatinya tertanya-tanya, siapa Zureen? Sudahnya dibiarkan sahaja panggilan tidak berjawab. Tidak lama kemudian, ada satu pesanan masuk melalui aplikasi whatsapp. Baru sahaja hendak mencapai telefon itu, terdengar Shah melafaz salam. Lisa cepat-cepat memejam mata serapat mungkin. Tilam sedikit tenggelam apabila Shah duduk di sisinya. Dapat dirasakan tangan Shah membelai-belai rambutnya. Mahu sahaja dia menepis, namun separuh dari hatinya mahu Shah terus membelai.
Telefon Shah berbunyi lagi. Dapat dirasakan tilam bergerak. Shah turun dari katil dan melangkah ke balkoni untuk menjawab panggilan.
"Yes, Zureen. Bila? Panas sangat ke? Okay, kejap lagi abang sampai "
Kemudian Shah menelefon Fikri
"Fik, kau tolong tengokkan Hafiz. Aku nak bawa Zureen ke klinik. Dia tak sihat."
Mendengar perbualan tersebut, Lisa segera pura-pura tersedar, bingkas dia bangun dari katil. Shah masih di balkoni, bercakap dengan Fikri. Suaranya sedikit perlahan menyebabkan Lisa tidak dapat mendengar butir perbualan mereka berdua. Dia melepaskan keluhan dan duduk bersandar di kepala katil.
Shah agak terkejut apabila melihat Lisa sudah pun sedar dari pengsan. Laju dia berjalan ke katil. Dia menjamah dahi Lisa dengan belakang tapak tangannya.
"Are you okay, honey?"
Diam.
"I owe you an explanation, honey. Let me tell you the truth.
Sebenarnya..."Lisa menggeleng kepala, kemudian memicit-micit kepala sambil mengerutkan dahi. Takut untuk mendengar pengakuan dari Shah. Ligat otaknya berfikir mencari alasan.
"Sakit kepala... "
Dia bersuara perlahan, mencapai tangan Shah agar memicit kepalanya. Shah naik ke atas katil, kemudian menarik Lisa agar rebah di atas ribanya. Tangan kanannya memicit-micit kepala Lisa, manakala tangan kirinya menari-nari di atas skrin telefon.
"Honey, abang keluar beli panadol actifast ye?
"Hmm... "
Mata dipejam rapat.
"Abang mandi jap... "
Turun dari katil, mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Sepantas kilat juga Lisa bangun dari pembaringan, mencapai telefon di meja sisi katil dan menghantar mesej kepada seseorang menerusi aplikasi whatsapp
"Tunggu abang balik, nanti abang explain semuanya... "
Shah mengucup dahi Lisa sebaik sahaja isterinya itu bersalam dan mencium tangannya.
Laila, pengasuh yang menjaga Noah tiba lima belas minit selepas kereta Shah keluar dari garaj. Lisa sudah siap menunggu di pintu rumah. Setelah menitipkan sedikit pesanan kepada Laila, dia masuk ke dalam keretanya dan mengesan lokasi Shah melalui aplikasi Life360.
Lisa memandu perlahan menuju ke arah Klinik Aishah, Bandar Sri Damansara yang terletak sekitar lima kilometer sahaja dari rumah mereka. Kereta diparkir selang lima buah dari kereta Shah yang diparkir betul-betul di hadapan Klinik Aishah.
Dia tidak berhasrat untuk masuk ke dalam klinik, sebaliknya lebih selesa menunggu di dalam kereta. Entah kenapa, jantungnya berdegup kencang. Ada rasa tidak enak sedang bertandang di hati.
Lagu 'Aku Takut' nyanyian Repvblik yang sedang berkumandang di radio pada saat ini seolah-olah mengerti akan perasaannya. Bait-bait lirik dihayati, dan airmatanya mengalir deras di pipi. Tiba-tiba dia berasa sangat takut. Takut kehilangan Shah. Sungguh, dia tak mampu untuk berdepan dengan realiti yang amat menyakitkan ini.
Airmatanya semakin deras mengalir apabila melihat Shah keluar dari pintu Klinik Aishah memimpin seorang gadis dalam lingkungan umur awal 20- an. Manis orangnya, berbaju kurung, dan bertudung bawal. Nampak tidak sihat. Ada sweater tersarung pada tubuh si gadis. Lisa memandu mengekori kereta Shah pada jarak tiga biji kenderaan. Haluan yang dituju ialah ke arah Bandar Baru Sri Damansara. Rumah Hafiz?
Sebaik sahaja sampai di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara, Lisa memberhentikan kereta dan sekadar memerhati dari jauh. Dia nampak kereta Shah membelok masuk ke Jalan Mahogani. Yakinlah dia bahawa Shah dan gadis tersebut sedang menuju ke rumah Hafiz. Lalu dia terus memandu pulang ke rumah dengan hati yang pecah berkecai.
End throwback.
Dan hari ini dia berada di sini, bumi Perth yang telah ditinggalkan bertahun lamanya. Hanya dengan Vee dia merasa tenang. Hanya Vee yang mampu merawat kelukaan di hatinya. Vee yang tak pernah melukakan. Vee yang sentiasa ada pada saat suka dan dukanya. Hanya Vee!
YOU ARE READING
SHAH & LISA (Partner In Crime)
Historia CortaSHAH & LISA PERNAH DISIARKAN PADA PENGHUJUNG TAHUN 2018, NAMUN CERITA INI TELAH DI'BANNED' OLEH PIHAK WATTPAD. MAYBE ADA YANG REPORT KERANA TIDAK SUKAKAN CERITA YANG BERUNSUR LGBT. PENULIS MEMPERJUDIKAN NASIB UNTUK REPUBLISH DENGAN HARAPAN TIADA YA...