Sebaik sahaja melihat Vaneesa sedang duduk di sofa bilik pejabatnya, Lisa segera menutup dan mengunci pintu.
"Sayang, I miss you "
Berjalan mendekati Vee yang turut bangun menyambut kedatangannya. Keduanya berpelukan, saling berlaga pipi. Bibir Vee menyambar bibir merah Lisa. Mereka berkuluman lidah seketika sebelum Vee melepaskan bibir Lisa dan memegang kedua pipinya.
"You miss me, baby?"
Lisa mengangguk, tiga hari tidak bertemu, hatinya sentiasa tidak keruan. Dia mendekatkan bibirnya pada leher Vee dan menghidu seketika.
"How was your holiday sayang?"
How was your first night, baby?"
Serentak mereka bersuara, kemudian sama-sama ketawa.
"You dulu sayang "
"No, I lebih teruja nak dengar cerita malam pertama my baby"
Lisa menarik tangan Vee dan mengajaknya duduk di sofa.
"I'm still Virgin sayang"
Perlahan Lisa bersuara seraya melepaskan keluhan.
"What, mati pucuk ke si Shah tu?"
"No la sayang. Something happened that night "
Throwback
Lisa mengerling jam di dinding. Sudah pukul 10.00 malam. Lampu sudah dimatikan, lilin aromaterapi baru sahaja dinyalakan. Tubuh langsingnya sudahpun disarungkan dengan
nighty La Senza yang Shah pilih petang tadi. Suhu pada penghawa dingin diturunkan ke paras 16°C.Baru sahaja dia hendak menarik duvet untuk menyelimutkan tubuhnya yang kedinginan, pintu bilik dibuka dan lampu terus dinyalakan.
Terkejut dia melihat bibir Shah berdarah, disertakan dengan kesan lebam pada bahagian dagu. Tangan kiri Shah menekup lengan sebelah kanannya. Ada darah menitik ke lantai. Pantas Lisa bangun dan menerpa ke arah Shah yang sudahpun masuk ke bilik air, melalukan air pada bahagian lengan yang berdarah sambil mengaduh kesakitan.
"What happened?" Dia membuka drawer sinki dan mencapai peti kecemasan, kemudian mengekori Shah ke katil.
"Hafiz tu gila babe, kau tengok ni dia toreh tangan aku "
Pantas Lisa melakukan kerja-kerja merawat. Tidak dihiraukan Shah yang menjerit kesakitan apabila dia menuangkan iodin ke atas lengan Shah yang luka tersebut.
"Macam mana dia boleh tau kita nikah hari ni?" Balutan pada lengan Shah dikemaskan.
"Fikri la, upload kat instagram. Bila aku sound, dia cepat-cepat delete. Tapi Hafiz sempat tengok "
"Kau pun satu hal, patutnya kau terus terang dengan dia. Bukannya nikah sorok-sorok
macam ni "Lisa menutup peti kecemasan dan meletakkan di atas meja sisi katil.
"Memang tak la babe. Kalau aku inform awal-awal, tak merasa la kau jadi wife aku. Hafiz takkan setuju "
"Habis tu, tadi macam mana kau confront dia?"
"Aku tipu dia, cakap kena jadi bidan terjun sebab tunang kau lari sehari sebelum kau nikah "
"Apa kau buat ni setan?" Lisa menepuk dahi.
"Lis, kau tak kenal Hafiz. Dia takkan lepaskan aku just like that. Kalau aku cakap kita memang dah plan nak nikah, kau yang teruk kena dengan dia nanti "
YOU ARE READING
SHAH & LISA (Partner In Crime)
Cerita PendekSHAH & LISA PERNAH DISIARKAN PADA PENGHUJUNG TAHUN 2018, NAMUN CERITA INI TELAH DI'BANNED' OLEH PIHAK WATTPAD. MAYBE ADA YANG REPORT KERANA TIDAK SUKAKAN CERITA YANG BERUNSUR LGBT. PENULIS MEMPERJUDIKAN NASIB UNTUK REPUBLISH DENGAN HARAPAN TIADA YA...