PIC 1

17.9K 176 277
                                    

Keheningan subuh Ahad dicemari dengan bunyi tangisan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan pagar
Rumah Perlindungan dan Anak
Yatim Raudhatus Solehah. Tubuh kecil berbalut kain batik itu diletakkan di dalam sebuah kotak beserta dengan beg kecil berisi pakaian, botol susu, satu tin susu tepung dan juga beberapa keping lampin pakai buang. Sampul surat berisi surat beranak dan juga nota kecil turut diselit di tepi poket beg berwarna ungu muda. Aisyah pantas membuka telekung yang dipakai ketika solat berjemaah dengan penghuni Raudhatus Solehah sebentar tadi. Saat yang lain menadah tangan mengaminkan doa Ustaz Adib, Aisyah bergegas
keluar dari ruang solat dan membuka selak kunci pintu hadapan. Sebaik sahaja pintu terbuka, suara tangisan bayi yang didengari ketika solat subuh berjemaah tadi semakin jelas kedengaran. Sempat dia menyarungkan selipar sebelum berlari-lari anak ke arah kotak yang diletakkan betul-betul di hadapan pagar. Bayi yang sedang menangis itu segera diangkat dan dibawa ke dalam pelukan. Botol susu dipegang. Susunya masih suam. Segera disuapkan ke dalam mulut bayi itu. Terhenti terus tangisan si kecil sebaik sahaja meneguk susu dari botol yang dipegang oleh Aisyah.

Alisa Zafira, itulah nama yang tertera di dalam surat beranak. Pada bahagian nama ibu tertulis Rohana Binti Jaafar dan pada bahagian nama ayah dinyatakan 'Tidak Berkenaan'.
Fahamlah Aisyah bahawa bayi kecil ini merupakan anak tidak sah taraf. Segera dia membawa si kecil masuk ke dalam rumah dan menuju ke sebuah bilik pada bahagian sayap kiri rumah ini. Pintu diketuk perlahan. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia segera menerpa masuk.

"Ummi, Ai jumpa baby ni kat depan pagar " Belum sempat ummi Solehah bersuara, dia menyerahkan bayi itu dan meminta diri untuk mengambil kotak dan beg yang ditinggalkan di hadapan pagar.

"Lagi? Aduhai " Ummi Solehah mengeluh perlahan. Baru sahaja dua hari lepas dia terjumpa dengan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan pagar rumah ini. Hari ini peristiwa dua hari lepas berulang kembali. Ummi Solehah menatap wajah bayi kecil itu. Jari manisnya menyentuh pada bahagian pipi dan bibir si kecil. Bergerak-gerak bibir mungil itu seolah-olah mahu menghisap jari manisnya. Segera dia mencapai botol susu yang Aisyah letakkan di atas meja sisi katil sebentar tadi. Disuakan botol ke mulut si kecil dan seketika kemudian dia tersenyum sendirian melihat bayi itu mula menghisap susu yang diberikan. Seketika kemudian Aisyah tiba dengan sebuah kotak berisi beg berwarna ungu muda. Dia menyerahkan sekeping nota dan juga surat beranak milik si kecil.

Assalamualaikum, Saya tinggalkan anak ini di sini kerana saya tidak mampu menjaganya. Jagalah dia dengan penuh kasih sayang, didiklah dia agar menjadi anakyang solehah, cemerlang, gemilang, dan terbilang di dunia dan di akhirat. Buatmu anak, maafkan ibu kerana terpaksa melakukan ini semua. Percayalah, ada hikmah di sebalik semua ini. Terima kasih.

"Ummi, kalau tak keberatan boleh Ai susukan baby ni?"

Ada sendu di wajah Aisyah. Dia memegang buah dadanya yang membengkak. Seminggu yang lalu dia baru sahaja kehilangan bayinya yang berusia dua bulan kerana komplikasi jantung berlubang.

Ummi Solehah sekadar mengangguk dan menyerahkan bayi tersebut kepada Aisyah.
Pantas Aisyah memeluk dan mencium bayi itu. Hilang rasa sendu di hati. Dua hari yang lalu, dia agak terkilan apabila Ummi Solehah menyerahkan bayi lelaki bernama Shahrunizam kepada Aida untuk disusukan. Dia cemburu, namun terpaksa mengalah kerana kasihan kepada Aida yang terpaksa menyerahkan bayinya kepada pasangan suami isteri dari Brunei sejurus sahaja dia melahirkan anak tidak sah taraf itu.

Dia dan Aida punyai nasib yang sama. Mengandung tanpa nikah dan dihantar ke rumah perlindungan ini oleh keluarga masing-masing. Sebaik sahaja dihantar ke sini, putus sudah hubungan dia dengan mama dan papa. Aida sedikit bertuah kerana ibubapanya akan menerimanya semula dengan syarat Aida tidak membawa bayinya bersama.

Januari 2015

"Aku terima nikahnya Alisa
Zafira Abdullah dengan mas kahwinnya 222 ringgit tunai "
Usai lafaz akad, Lisa mengangkat wajah memandang ke arah Shah yang sedang mengusap seluruh wajah dengan tapak tangan.
Kemudian matanya tertumpu kepada lelaki di sebelah Shah.
Fikri sedang memandang skrin telefon bimbit dan kemudiannya berbisik sesuatu di telinga Shah. Berubah wajah si pengantin lelaki. Jelas terpancar keresahan pada wajahnya. Kelihatan dia berbisik sesuatu kepada Fikri dan sejurus selepas itu Fikri terus keluar dari ruang masjid, manakala Shah menoleh ke arahnya. Dari renungan mata itu, dia dapat membaca bahawa Shah mahu menyelesaikan semua urusan pernikahan ini secepat yang mungkin.

"Ingat janji kita " Lisa membisikkan kata-kata itu di telinga Shah sebaik sahaja Shah
mengucup ubun-ubunnya.

"Ye, aku tau. Senyum. Kau tak nampak ke semua orang tengah tengok kita?"

Segera dia mengukir senyuman manis, membuat riak wajah malumalu apabila jurukamera mengarahkan Shah memegang dagu dan kemudian mencium dahinya.

"Aku rasa macam tak balik rumah mak malam ni "

Mencerlung matanya memandang Shah.

"Kepala bana kau! Malam ni first night kot. Apa aku nak cakap dengan mak?"

"Dasar derhaka, belum sejam jadi bini, kau dah banakan aku.
Hafiz mengamuk tu. Aku kena settle dengan dia dulu. Cepat aku settle, cepat la aku balik. Tapi kau jangan tunggu "

"Takkan la Fikri tak boleh handle dia?"

Shah menunjukkan kiriman whatsapp dari Fikri kepadanya.
Dia membaca sepintas lalu dan kemudian mencebik bibir.

"Whatever... Aku taknak masuk campur. Yang aku tau, by hook or by crook, malam ni kau kena pecahkan dara aku. Aku tengah subur ni "

Perbualan terhenti di situ apabila terdengar suara puan Aisyah memanggil namanya dan Shah.

Shah memandu tenang keluar dari perkarangan masjid sambil mendengar nasihat dan pesanan mengenai alam rumahtangga daripada ustaz Adib. Lisa duduk dengan puan Aisyah di tempat duduk belakang. Sesekali dia dapat melihat Shah menggaru telinga sambil mengerling wajahnya menerusi cermin pandang hadapan.

Usai solat zohor, Shah menarik tangannya mendekati puan
Aisyah dan ustaz Adib yang berdiri di halaman rumah bersalaman dengan tetamu yang datang meraikan majlis pernikahan mereka berdua.

"Mak, abah... Kalau lepas asar ni
Shah bawa Lisa balik ke rumah
Shah, boleh ke?"
"Lisa dah iadi isteri kamu, bawalah dia ke mana pun. Abah izinkan " Ustaz Adib menjawab tenang.

Berkerut dahi Puan Aisyah. Dia memandang Lisa yang tunduk merenung lantai. Jari jemari si gadis sedang bertaut erat dalam genggaman si pengantin lelaki.

"Kenapa tergesa-gesa ni? Mak dah siapkan bilik pengantin cantik-cantik untuk kamu berdua "

Lisa mengangkat wajah, merenung wajah ibu susuan yang telah membesarkannya sedari kecil. Dia merungkaikan tangannya dari genggaman Shah. Tangan yang sudah berkedut itu dicapai.

"Shah ada hal mak. Staff dia tak boleh handle. Lis janji esok
Lis dengan Shah tidur kat sini "

Ditarik tangan puan Aisyah ke bibir dan dicium lama.

Jam lima petang, kedua mempelai sudah berada di rumah Shah. Lisa memunggah semua pakaian dan mula menyimpan ke dalam almari yang baru dibeli oleh Shah khas untuk menempatkan pakaian dan juga barangan peribadinya.

Shah keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Dia membuka almari pakaian yang diletakkan bersebelahan dengan almari yang baru dibelikan untuk Lisa.

"Wanginya... Calvin Klein
Euphoria Men ? " Tanya
Lisa mendekati tubuhnya, menjengketkan kaki dan menghidu tubuhnya sambil memejam mata.

"Turn on ke?" Dia menjentik dahi Lisa. Segera si gadis membuka mata.

"Kind of la "

Ketawa.

"Bagi aku settle dengan Hafiz dulu. Malam nanti aku balik, aku kerjakan kau sampai lunyai "

Dia menepuk punggung Lisa dan kemudian menyarungkan t-shirt polo hitam ke tubuh, dipadankan dengan seluar jeans
Puma berwarna biru. Haruman
CK One Shock disembur di kedua pergelangan tangan dan juga di leher.

"Lis, salam cepat. Aku nak gerak dah ni!" Tangan dihulurkan dan
Lisa menyambut.

"Cium tangan!" Dia mengarahkan. Lisa akur.

"Cium dahi aku " Giliran Lisa pula memberi arahan.
Akur.

"Babe, malam nanti kau nak aku pakai baju yang mana?" Lisa menahan tubuhnya dari beredar sambil mencapai dua helai baju tidur dari almari. La Senza!

"Merah babe. Got to go. Bye, mmuah!"

Dia melayangkan ciuman melalui angin dan Lisa menangkap lalu menekup tangan ke bibir.

SHAH & LISA (Partner In Crime)Where stories live. Discover now