PIC 5

13.3K 96 158
                                    

"Kau kenapa, dua tiga kali masuk bilik air, tak dengar bunyi muntah pun?”

“Rasa nak muntah, tapi tak boleh. Kepala aku berat, rasa macam nak meletup.”

Lisa mengemaskan peralatan melukisnya. Lakaran-lakaran baju pengantin disimpan ke dalam briefcase. Dia bersila di atas sofa dan menepuk-nepuk pehanya.

“Sini aku picit kepala kau. Teruk betul kau ni. Aku yang pregnant, kau pula yang mabuk.”

Shah membaringkan kepalanya di atas peha Lisa, membiarkan jari-jemari halus Lisa memicit-micit kepalanya yang berdenyut sejak awal pagi tadi.

Tiga minggu yang lalu, sebaik sahaja mengetahui Lisa mengandung, dia mula muntah-muntah ketika waktu pagi selepas bangun dari tidur. Lembik tubuhnya setiap kali keluar dari bilik air. Manakala sejak semalam, dia sudah tidak muntah-muntah lagi, namun kali ini badannya seperti berangin. Ada rasa tidak selesa pada bahagian perut, dan kepalanya pula sakit berdenyut.

Mujur sahaja dia mengalami perkara ini pada waktu pagi sahaja. Menjelang tengahari membawa ke malam, dia akan kelihatan segar seperti biasa.

Sebaik sahaja terdengar dengkuran halus Shah, Lisa menghentikan kerja memicit kepala suaminya itu. Perlahan-lahan dia mengalihkan kepala Shah dari ribaannya. Dia mengetuk-ngetuk lutut bagi menghilangkan rasa kebas akibat menampung berat tubuh Shah sebentar tadi.

Susu segar farm fresh dituang ke dalam periuk kecil. Kemudian dia mengetuk halia muda dan mencampakkan ke dalam periuk. Api dibuka perlahan. Mungkin campuran susu dan halia ini akan dapat mengurangkan penderitaan Shah. Kasihan dia melihat suaminya itu menanggung derita morning sickness yang sepatutnya dialami olehnya. Lisa merasa bersyukur kerana tidak perlu merasai pengalaman itu.

Dia menyediakan sarapan ala kadar untuknya. Roti bakar disapu planta dan segelas susu segar. Untuk Shah, dia sediakan telur separuh masak dan juga nasi goreng. Walaupun Shah mengalami morning sickness, namun selera makannya masih ada. Malah, dia juga mengalami rasa mengidam untuk makan itu dan ini.

Usai sarapan, dia mandi dan bersiap-siap. Hari ini dia bakal ada temujanji dengan bakal mempelai yang mahu mencuba baju pengantin hasil rekaannya.

Shah masih tidur di sofa. Dia ke dapur, memanaskan semula susu halia di dalam periuk tadi. Kemudian menyeduk nasi goreng ke dalam pinggan. Telur separuh masak diletakkan ke dalam mangkuk kecil. Sedikit kicap dan lada sulah dituang ke atas telur. Berhati-hati dia menatang dulang ke ruang tamu.

“Shah, bangun sarapan.”

Dia menggoyang-goyangkan tubuh Shah.

“Kau nak ke mana ni?”

“Aku nak ke butik jumpa client jap. Lepas tu ke rumah Vee.”

“Lis, jangan hardcore sangat. Just go for vanilla sex. First trimester, masih fragile. Aku taknak jadi apa-apa pada baby.”

Lisa melepaskan keluhan. Sejak kali pertama melakukan dengan Shah, dia jadi ketagih untuk disakiti. Memandangkan Shah tidak melayan kehendaknya, dia meminta kepada Vee yang akan sentiasa memenuhi kehendaknya. Sama-sama memberi dan menerima. Sentiasa teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dan mengecap nikmat yang tiada taranya.

You know me, Shah.”

Perlahan sahaja suaranya.

“For the sake of our baby, please babe.”

“Got to go babe.”

Dia menyalami tangan Shah dan menciumnya. Cuba mengelak apabila Shah mahu mencium dahinya. Protes dalam diam.

SHAH & LISA (Partner In Crime)Where stories live. Discover now