PART 1
Hyera melangkah lemah. Hari ni moodnya agak moody sedikit namun lega kerana dia 'Period'.
"Keluar juga period aku" getus hati Hyera sambil kakinya menonong ke tempat kebiasaannya menjalankan tugas.
Hyera masuk dan mengamati beberapa detik kesunyian dorm mewah. Dia duduk di sofa dan mula mengelamun sekejap.
"Maknanya dia tak apa-apakan aku" Hyera mula membayangkan raut wajah namja yang satu itu.
Hyera senang sekali bersandar di sofa empuk dan kini mata Hyera liar mencari sesuatu dan jelas dengan cekap dia menemuinya. Remote speaker dari home theater system itu dilaraskan sekuat mungkin dan lagu growl mula berkumandang dengan kuat. Hyera tanpa teragak terus menari comel walaupun tidak mengikut step yang betul.
"Yarghhhh Noona!" Teriak Sehun sambil mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal.
Hyera tidak mempedulikan Sehun, malah menambah kuat volume speaker.
Baekhyun juga tersedar, dia terus keluar dari bilik dan turut menari dan mengikut rentak Hyera.
Hyera menjegilkan matanya menyebabkan Baekhyun cepat-cepat masuk semula ke bilik dan keluar membawa Chanyeol. Kemudian D.O dan leader Suho juga turut sama keluar dengan melangkah malas.
"2.. 3.. 5.." Sorang lagi mana? Aigoo susah tau macam ni." Hyera menuju pula ke bilik satu-satunya Prince Of Tidur sedang lena beradu.
"Kai Kai KAIIIIIIIII KIM JONGIN!!!!" jerit Hyera sambil kakinya sudah mula melompat-lompat di atas katil juga maknae EXO ini.
"NOona...?" Kai memandang sekilas. Kai juga sudah biasa digerakkan oleh Noona yang satu ini.
Hyera merupakan staf juga pengurus [Manager] yang menguruskan beberapa artis baru di bawah SM Entertainment. Lahir pada tahun 1992, dia merupakan satu-satunya pengurus muda yang cun dan licik di SM. Segalanya dipantau penuh oleh Hyera Lau.
"Nah ni jadual, tengoklah apa patut. Sakit pulak perut ni" Hyera menghulurkan beberapa keping kertas yang telah dikepilkan sekali kepada Suho dan terus membaringkan dirinya ke atas sofa semula. Tangannya mengosok beberapa kali perutnya yang sedikit sugul.
"Ok ke?" Suho mengerutkan keningnya melihat keadaan Hyera.
Hyera hanya diam dan kekal memegang perutnya.
"Kita nak kemana Hyera, awal sangat ni?" tanya Chanyeol meminta kepastian.
"Pergi mana eh?" Hyera tiba-tiba kaku. Jem pulak otaknya time-time macam ni.
"Ntahlah Chanyeol.."
"Yarghh Noona!" Sehun yang mendengar jawapan Hyera terus membaringkan kepalanya bersandar di bahu Kai yang masih kekal memejamkan matanya.
D.O yang tiba-tiba muncul entah dari mana terus menghulurkan Hyera segelas air suam.