Matahari sudah tegak meninggi. Jam tepat pukul 12.30 tengahari. Sebujur tubuh mengeliat keluar dari selimut. Mir [Bang Cheol Yong] lahir pada tahun 1991 merupakan korea rapper, dancer, actor, model, penulis lirik MBLAQ dan juga seorang pengacara merupakan anak didik Rain dan bernaung dibawah syarikat JTune Entertainment.
Mir memisat-misatkan matanya kerana cahaya matahari yang menyelinap masuk dari tingkap. Mir bergolek sekejap ke kiri sekejap ke kanan katil dan...
"Aduh..."
Mir jatuh bersama selimut yang masih membelit susuk badan sasanya yang tidak berbaju dan hanya mengenakan boxer singkat.
"Ko dah kenapa Mir?" Joon yang juga roomates Mir yang kebetulan melalui bilik mengerutkan dahi memandang Mir yang meniarap dibawah katil.
"Mimpi indah weh" Mir bangun dengan bantuan Joon.
"Cepatlah Mir Photoshoot pukul 3 nanti".
Mir menguap membuang sisa mengantuk yang masih berbekas.
"Photoshoot kita kat mana ek?" tanya Mir lagi.
"Ntah, ikut je.."
Mir terus memuncungkan bibir dan tangannya cepat-cepat menarik tuala yang tersangkut di birai katil dan terus masuk ke kamar mandi.