"Rindunya katil aku ni. Seminggu kat China macam setahun tak balik." Hyera berguling sekejap di katil bercadar hot pink miliknya.
Hyera baru selesai berurusan di Beijing seusai menyelesaikan tugasnya dengan SM Town teams, dengan pakaian kasual yang masih tidak berganti Hyera lantas mencapai remote dan membuka TV.
"OMO! Roommates!" Hyera melaraskan volume sekuat telinganya saat melihat tayangan Roommates. Semenjak terserempak Park Min Woo di phone Chanyeol dia turut terpengaruh menjadi salah seorang jutaan fans. Tanpa sedar matanya menonong hanya berinci dari TV dan kira-kira hampir sejam dia terpukau dengan siaran dari saluran SBS itu.
"Fokusnya..."
Hyera langsung tidak mengendahkan suara yang telah lama memerhatikan gelagatnya. Pastinya suara tadi milik namja yang bergelar suaminya yang sudah dua hari kembali ke apartment.
"Puan.... Mrs Hyera.. Chagiaaaaa. AGIYA!"
"MWAH!" Pipi Hyera di cium Mir laju dan mir cepat-cepat membaringkan dirinya di katil Hyera.
"YargHH" Hyera terkejut terlepas remotenya dari tangan, namun dia kekal bersahaja tanpa mempedulikan Mir yang sengaja menganggu ketenteramannya.
"Hyera... Lama lagi ke? Aku nak cakap pasal kita. Pasal borang tu". Mir bangkit semula dari katil.
"DIAMM! Tak nak dengar Tak nak dengarrrr!"
"MWAHHHHHHHHH!" Mir dengan cekap memusingkan badan Hyera berhadapan dengannya dan melumat perlahan bibir merah Hyera dan lama mereka berkeadaan begitu sehingga Hyera juga terbawa ke dalam dakapan Mir namun Mir cepat-cepat melepaskan ciumannya sebelum terhanyut dengan naluri batinnya itu dan berlalu keluar dari bilik Hyera.
"Op...pa..."
"Wae? Nak lagi ke?" Mir melaung dari ruang dapur.
"Aniyo.. Nak tengok Park Min Woo!" Hyera menghempaskan dirinya, menekup lama mukanya ditilam dan meramas kuat comforternya, dia sedikit marah dan merengek saat Mir menganggunya tadi.
"Bwo? MIN Woo?" Mir berdiri di muka pintu mengeluarkan iphonenya meresearch wikipedia mengenai namja yang dirajukkan Hyera. Seketika mengoogle mengenai pelakon itu Mir kembali memasukkan semula phonenya ke dalam poket seluarnya. Mir smirk. Apa Hyera telah angau dengan namja bernama Min Woo sehingga cumbuannya yang tadi bagai tidak berjaya merasuk naluri yeojanya itu.
"Mianhae.. dah habis pun kan.. Jom laa makan".
"TAK NAK!"
"OK meh nak poppo lagi meh.."
"No!" Hyera pout terus membontoti Mir ke meja makan di ruang dapur.
Hyera duduk berhadapan Mir. Hanya diam melihat Mir menyudu beberapa lauk ke dalam pinggannya.
"Pasal borang tu.. Pasal borang kita tu.. Aa..."
"Wae?" Hyera mula memandang mata Mir.
"Dah koyak.."
"Wae? Mir. Kau! Erghhhhh!" Hyera terus bangun dan melepaskan sudu di tangan.
Mir sempat menahan Hyera lantas memeluknya dari belakang perlahan. Mir cuba menenangkan Hyera yang benar-benar beramarah kini.
"LEPASLAH!" Jerit Hyera meronta meminta Mir melepaskannya.
"Dengar ni.. Ya memang aku sayangkan kau. Aku cintakan kau Hyera. Memang aku koyak borang tu sebab aku tak nak kita bercerai! Dari saat kita menikah, hari ni dan selamanya aku nak kita selamanya bersama Hyera. Plsss chagiya.." Mir berkali-kali merayu saat merangkul erat tubuh Hyera. Hyera bagai dibuai, dia hanya diam dan mencerna dalam-dalam ayat-ayat yang keluar dari mulut Mir tanpa meronta dengan amarahnya lagi.
"Saranghae cha...."
"Baby don't cry tonight..."
Belum sempat Mir menghabiskan ayatnya Hyera berjaya memboloskan dirinya berlari ke biliknya semula mengangkat phone bimbitnya.
"YarghHHh Suho! Kau lagi. Kenapa mesti Suho yang ganggu Wae wae wae!" Mir kembali duduk di meja makan, dia kenal sangat dengan ringtone yang telah di setkan Hyera untuk Suho.
"Oppa.." Hyera melingkarkan tangannya ke leher Mir seusai dia ke kamar menjawab phonenya sebentar tadi.
"Nak keluar laa.. ada hal jap". Hyera terus mencapai handbagnya dan berlalu meninggalkan Mir tanpa mendengar sepatah jawapan dari Mir.
"ERGHhhHh! Aku gunting jugak Si Suho sama macam daging ni lepas tu aku panggang kau hidup-hidup atas pemanggang" Mir melepaskan geram ke atas daging-daging di hadapannya,
sudahlah Hyera tidak menjamah masakkannya malah terus pergi selepas sesaat mendapatkan panggilan dari Suho. Apa Hyera langsung kebal hatinya untuk Mir? Atau semangnya namja Suho lebih didambarkan Hyera? Mir buntu memikirkan Hyera saat ini. Sekejap yeoja itu terlihat manja sekali bersamanya, sekejap yeoja itu dingin dengannya. Apa lagi yang harus Mir lakukan terhadap gadis berdarah mix itu.