Hari ini OT12 EXO sedang aman dari segala macam schedule yang sangat padat. Masing-masing merencanakan aktiviti sendiri dan mengisi masa dengan pulun rest habis-habisan.
Baekhyun duduk di hadapan cermin di biliknya, Dia sibuk merapikan diri dan mengoles berkali-kali eyeliner.
Chanyeol yang sebilik dengan Baekhyun ligat bermain dengan gitarnya menyusun lirik dan mencipta lagu.
Chen, Namja troll ini mengasah vokalnya. Beberapa high note kedengaran nyaring di lemparkan keluar balkoni. Mujur juga mereka tiada kawasan kejiranan yang berhampiran dorm.
D.O sedang rajin di dapur menyiapkan beberapa jenis biskut buatan air tangannya berpandukan resepi ciplak dari google.
Kai, Dancing Machine ini masih enak dibuai mimpi. Menarik selimut membungkus badan. Hanya aktiviti santai inilah yang paling berfaedah bagi dirinya.
Kris hanya berbaring di sofa ruang tamu utama sesekali dia ligat membalas pesanan teks ommanya di China.
Lay, Namja yang seorang ni dari tadi tidak jelas apa yang sedang dia lakukan. Jarinya berpusing-pusing sekejap kiri sekejap ke kanan. Garis-garis dahinya jelas mengerut kalut bagai memikirkan sesuatu. Lay sedang asik mengingati paswordnya kembali yang tiba-tiba saja menghilang entah ke mana di dalam benak mindanya.
Luhan dan Sehun hanya berminat dengan handphone masing-masing. Berselca dan mengupload di IG. Sehun menjadikan Luhan photograper tak berbayar untuk mengambil foto-foto aegyonya.
Tao juga ralik dengan IG dan weibonya.
Xiumin merupakan hyung mereka yang paling tua ini sedang sibuk menganggu ketenteraman D.O di dapur. Belum sempat biskut terhidang dia lebih dulu memasukkan biskut-biskut yang dibuat D.O ke rongga tekaknya.
Semua member EXO sedang menikmati masa mereka dengan padat dan aman sekali dan dalam beberapa detik keamanan mereka tiba-tiba digugat seorang namja.
Tang! Tang! Tang!
Bunyi sudu dan tudung periuk sengaja dilaga-lagakan semakin kencang di ketuk kuat oleh Suho yang baru saja di ambil dari dapur.
Ke sebelas member EXO tersentak. Disebabkan Suho. Chanyeol tersalah melaraskan ton gitarnya. Baekhyun tercalit eyelinernya sehingga ke pipi. Chen tersedak dan terus batuk. D.O yang terkejut terlepas biskutnya ke lantai. Kai juga jatuh tersadung di bawah katil. Kris tersalah sent mesej. Manakala Lay, akibat Suho akhirnya dia lancar mengingati semua akaun paswordnya. Xiumin hampir tersedak kunyahan biskut. Tao, Luhan dan Sehun terbantut mengedit foto-foto mereka.
Mereka semua keluar dengan wajah yang bengang. Seperti sedang bersiap untuk mengebom pemusnah yang menganggu ketenteraman mereka. SIAP KAU SUHO!
"Cepat-cepat tengok ni" Suho seakan melambai memangil dengan cepat member-membernya yang lain.
"BWo!"
"YarhHHh!"
"Hyung!"
"WAE?!"
"BERCUTI NAK? TArAAA! Ditaja sepenuhnya". Suho menunjukkan email dari ipad yang baru diterimanya.
"DITAJA?" kesebelas yang lain mengukir wajah terkejut dan membeliakkan mata.
"Wow! JOM"
Belum pun sempat Suho menghabiskan ayat-ayatnya kesebelas member sudah gerak ke bilik masing-masing mengemas pakaian mereka dengan perasaan teruja. Tidak jadi niat mereka memarahi leader yang satu ini.
Suho smirk. "Erkk tak habis cakap lagi.. Arghh call Hyera lah"
"Yeoboseyo Hyera-ah. Dapat Email? JOM bercuti penerbangan penginapan free. Lusa pukul 8 kat airport. OK?"
"He....llo...." Suho mengucapkan sekali lagi perkataan 'hello' kerana suara Hyera langsung tidak kedengaran di talian.
"Hyera tak nak pergi. Dia cakap dia ada hal. Korang je la pergi. Jangan call-call dah, tunggu sampai dia call semula! Arasso!"
Pangillan terus dimatikan.
"Hyera? Eh..Sape pulak yang bercakap? Tak macam suara Henry pun. Ke Hyera ada abang lain? Hmm.. Sedara mara dia la tu kot. Think positif SUHO!". Suho bermonolog dan masih tertanya-tanya suara namja tadi seperti sangat familiar didengarinya.