"Omma, Anneyeong.." Mir bow tanda hormat kepada ibu Hyera.
"Omma sihat?"
"Sihat Mir.."
"Eh mari kita breakfast sekali. Pergi naik panggilkan Hyera. Tidur lagi laa tu."
Mir menurut kemahuan Puan Lau ommanya Hyera tanpa membantah. Mir mengetahui Hyera dirumah orang tuanya kerana dia sempat menghubungi Henry bertanyakan Hyera selepas gagal menghubungi Hyera semalam.
Dia terus naik menaiki tangga yang sedikit berselekoh. Di sudut tangga terlihat potret family. Kelihatan seorang lelaki pertengahan usia dan disebelahnya seorang wanita pastinya itu appa dan ommanya Hyera. Seorang gadis remaja yang berdiri di tengah-tengah antara omma dan appa ialah kakak kepada Henry dan Hyera. Seingat Mir dia tidak pernah lagi berjumpa dengan noona yang satu ini. Henry pastinya yang duduk disebelah ommanya kerana hanya dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini. Mir beralih pula kepada seorang gadis kecil yang duduk dipangkuan appa. Kanak-kanak berusia sekitar 12 tahun dengan memakai hanbok itu pastinya Hyera kerana Hyera merupakan anak bongsu dalam keluarga. Begitu juga dengan Mir. Dia juga anak bongsu dan mempunyai dua orang noona, Mir mengamati potret keluarga itu dalam-dalam dan lama sekali sebelum kakinya melangkah ke bilik Hyera.
Mir membuka pintu yang langsung tidak berkunci. Masuk dan terus menerbangkan badannya ke atas tilam Hyera.
"Bangun bangun!" Mir mengoyang-goyangkan badan Hyera dengan kuat. Pastinya tiada adengan romantik yang dirancang Mir untuk Hyera. Itu hanya mengundang Hyera lebih dingin dengannya.
“Mengantuklah.." sedikit rengekkan dari Hyera dengan malas tanpa membuka sedikitpun matanya.
“Ayolah chagi, Omma bising nanti.”
"Ani..." Hyera menarik bantal dan menutup mukanya.
Mir terus menarik bantal Hyera dengan kasar. "Pallli-palli!".
"BWO!" Hyera berteriak sambil memisat-misat matanya. Dia pasti dia tidak salah mendengar suara yang baru saja menerjahnya.
“Yargh! Sejak bila kau ada kat sini!" Hyera menunjukkan raut wajahnya yang sangat terkejut.
“Sejak kau tak reti kunci pintu bilik chagi.” Mir mendekatkan dirinya kepada Hyera bagai bayi yang merangkak di atas tilam.
“Hei! Oppa! Keluar la!” Hyera mula memerintah dan keluar dari selimutnya.
Semalam dia memang merancang terus tidur di rumah ommanya selepas Mir membuat kenyataan jujur dihadapannya. Hyera yang merasa takut dan sedikit gemuruh dengan kenyatan benar Mir menggunakan alasan Suho call supaya dia berjaya beredar dari apartmentnya tanpa perlu tertarik dan bersimpati pada namja itu.
“Morning kiss dulu.” Kata Mir dengan evil sMirk
“Shireo! Tunggu je la kat bawah!” Hyera mendorong tubuh Mir supaya bangun dari katilnya.
“Morning kiss.…” Kata Mir sambil beraegyo. Namja ini sememangnya tidak tahu mengalah dengan kelebihannya.
“TAk nak...” Hyera juga kekal tidak beralah meskipun disogok kelebihan aegyo si Mir .
"Ok takpelah..” Mir mula pelahan-lahan turun dari katil.
“Yela...yela...” Hyera yang serba salah melihat kemonyokkan Mir mula mengalah.
Mir yang seakan bijak merencana perbuatan nakalnya cepat-cepat melangkah balik mendekatkan pipinya menghala Hyera.
Hyera perlahan-lahan cuba menyentuh bibirnya ke pipi Mir, dia berkira-kira dan sedikit gugup namun Mir yang mengelat dengan cepat mengalihkan pula bibirnya dan...