"Sehun dongak"
"Waeyo?" Sehun sedikit terkejut bila rahangnya didongak kasar oleh tangan Hyera.
"Ni mekap ni, pengaya mana? Touch up lagi la leher dengan muka, dah lain colour" Hyera mula serius bila melaksanakan tugasnya.
"Tao Chen Lay cepat! Tak siap lagi ke?"
"Xiumin Oppa tolong panggil yang lain photoshoot nak start ni. Masa itu EMAS Hokey! Palli Palli Palliwa EXO!" Hyera sudah mula membebel bila berdepan dengan member-member EXO. Sudahlah seramai 12 orang.
"Relaxlah Hyera, awak tu tak sihat"
"Ye Suho Oppa.. Huwaaa kenapa korang ramai sangat, sakit kepalo den nak handle"
"Chill je biar Oppa tengokkan dorang k" Suho menepuk-nepuk bahu Hyera.
"Oppa tengoklah tu. Apa benda lagi la si Chanyeol tu buat. Kerja nak menyakat je. CHANYEOL PALLI!!!" Hyera tiba-tiba menyergah dengan kuat dan semua ahli EXO terus tertolak-tolak sesama mereka dan memulakan photoshoot.
Tergelak besar Suho melihat kesebelas rakannya yang lain terkejut dengan pekikan Hyera.
"Kenapa dengan Hyera hyung?" tanya Tao kepada Suho.
"PMS" bisik Baekhyun.
"Apa PMS?"
"Google je lah panda!" Kris menepuk sedikit kepala Tao.
Hyera kembali tenang bila kesemua ahli EXO sedang menjalankan Photoshoot. Dia duduk di kerusi tinggi dan mencapai pula telefon bimbitnya.
"Hello Ri Neul cam mana dengan Red Velvet? Semua dah standby kan? Kereta Company on the way k. Jangan lambat ye. Thanks Ri Neul"
Hyera menghubungi Staf SM juga pembantunya
untuk mengingatkan Red Velvet group debut baru SM juga dibawah pengurusannya.
"Arghh lega" Hyera meletakkan phonenya. Dia mengurut sedikit perutnya yang jelas tidak enak sejak pagi tadi dek kerana penangan datang bulan dan sedikit moody apabila Pemenstrual Syndrome PMS menguasai dirinya.
.....
"Loh ada EXO" Lee Joon dan barisan MBLAQ tersenyum serta sempat bersalaman sesama mereka. EXO juga sempat bow tanda hormat mereka kepada MBLAQ selaku senior mereka.
"Sekarang kami photoshoot MBLAQ dan EXO rest 30 minit dulu ye" Kata pengarah Photograper.
.....
D.O menghulurkan sebungkus makanan kepada Hyera yang kelihatan lesu sedikit.
"Tak pe lah D.O, makanlah dulu" Hyera tersenyum melihat keperihatinan D.O salah seorang ahli yang tidak banyak kerenah.
"Minumlah sikit Hyera.. Makan skit ke. Lapar nanti, isilah perut tu" Luhan juga memujuk pengurusnya yang lebih muda darinya ini untuk makan.
"Nah nganga cepat! Makan. Banyak lagi kerja nak buat nanti" Suho terus menyuap Hyera.
Hyera yang sugul hanya membuka sedikit mulutnya dan mengunyah nasi yang disuap sesudu kecil oleh Suho.
EXO sememangnya mengambil berat akan Hyera. Umpama member ke 13 dalam EXO. Layaknya seperti adik beradik dan sejak mula debut mereka telah susah senang bersama.
"Makan cepat rakyat-rakyat ku sekalian, lepas ni salin baju sambung photoshoot semula ye.." Hyera tersenyum kelat dan sengaja membariskan giginya.
"BAIK BOS!" Serentak EXO menjawab sehingga mendapat tumpuan dan tersentak sekejap semua yang berada dalam studio.
"OMO! OPS! Kuat sangatlah. Korang 12 orang ok shhhh" Hyera yg berkata dalam nada berbisik comel menutup mulutnya. Dia nyaris ketawa besar.
Photoshoot yang tergangu seketika menyorot sepasang mata memandang ke arah sekumpulan EXO yang kini bergerak dalam kumpulan untuk menukar pakaian mereka.
Pastinya sepasang mata tadi milik Mir, dia tergamam melihat seraut wajah yang tidak jauh dari dirinya berdiri sekarang. Wajah yang amat dikenalinya, selepas memandang sekilas dia kembali meneruskan photoshoot yang tergendala.
.....
Hyera beralih duduk di sofa betul-betul ditepi tirai tadbir. Hyera hanya melayan perutnya yang makin menjadi-jadi dengan sengugut, sehingga peluh-peluh kecil mula menapak didahinya yang sedikit luas.
MBLAQ pula duduk menunggu sesi kedua di photoshoot dan kini EXO mengambil alih semetelah MBLAQ pula berehat.
"Baby psst" Mir terus mendapatkan Hyera bila dia terlebih dahulu memastikan tiada mata lain yang memandang.
"Bwo?" Hyera terperanjat sedikit bila pinggangnya dicucuk Mir. Namun Hyera cepat-cepat bereaksi bersahaja. Dia tidak senyum dan hanya memandang sekilas wajah namja itu.
"Bila pulak dia ni datang?" pikirnya..
Hyera terus berlalu keluar. Mir juga membontotinya.
"Kenapa ni?"
"Tak sihat" Hyera menjawab lemah. Mukanya mulai pucat.
"Dah jom g klinik" Mir terus menarik lembut tangan Hyera.
"Oppa aniya.." Menolak tangan Mir.
"Hyera ok ke?" Suho sedari tadi risaukan Hyera terus keluar dari studio mendapatkan Hyera.
"Nak balik la.. Tak larat dah ni"
"Oh ok jom la Oppa hantarkan kat kereta"
Hyera hanya diam, dia tidak membantah apa-apa lagi. Yang pastinya dia seperti menunggu rebah.
"Eh korang kan tengah photoshoot pergilah sambung, tak pe biar aku tolong hantarkan dia kat kereta" Mir tiba-tiba mencelah.
"Susahkan je, Hyera segan kot kan? Lagipun Hyera pengurus kami. Terima Kasih ye" Suho menjawab dengan sopan dan terus memimpin bahu Hyera pergi.
"Bini aku kot" Monolog Mir didalam hati dan matanya ligat tepat memandang Suho yang memimpin Hyera. Geram pula hatinya melihat Suho yang berada di sebelah Hyera dan bukannya dia.