HAZE 1 | RAINY NIGHT

60.5K 924 58
                                    

T H E S U N,
T H E M O O N,
T H E T R U T H,

■ Cautions! ■

Rated -M18+
Ost : Heaven by Julia Michael
Shameless by Camila Cabello
No Time To Die by Billie Ellish
The Wolf By Lee Band


Ini kisah aku,
Kau percaya tentang kewujudan mereka ?

I means, lycanthrope?

Kau percaya mereka seperti kita?



[FEWS YEARS LATER]
KUALA LUMPUR, 10PM-

Malam semakin jauh tapi aku tidak dapat lagi melelapkan mata memandangkan esok ialah hari peperiksaan semester ketiga.

Kawasan perumahan juga semakin sunyi dan hanya kedengaran salakan anjing mengisi kepekatan malam.

Oleh kerana mata amat sukar sekali hendak dipejamkan, aku akhirnya mengambil langkah untuk duduk di birai katil.

"Hazel, i'm sorry for last night."

"Tak apa Zack. Itu semua bukan salah you seratus peratus. I really don't deserve you."

"But, I masih lagi sayangkan you. Papa dengan mama I tak sepatutnya masuk campur hubungan kita."

"Zack,I dengan you dah tak ada apa-apa hubungan since you declare you dengan Anora dah nak enggage. And, you terima cadangan papa dengan mama you masa party birthday you last week."

"I buat semua tu I tak nak lukakan hati papa dengan mama I."

Perbualan aku dengan Zack petang tadi terngiang-ngiang semula ke dalam pita memori. Jika Zack masih sayangkan aku kenapa Zack boleh menerima cadangan orang tuanya?

"I dengan you dah semakin jauh. I harap you tak tunjuk muka you lagi. Anora needs you."

Walaupun aku masih sayangkan Zack, aku memilih satu jalan yang akan membiarkan Zack dengan pilihannya sendiri. Luka itu akan sembuh. Aku harap Zack bahagia dengan Anora.

"Hazel.. "

Aku tersentak daripada lamunan seketika selepas terdengar akan bunyi namaku diseru.

Hazel.

Ya. Jelas sekali suara garau itu menyeru namaku tadi. Suis lampu cuba dipetik tetapi aku masih hampa selepas lampu tidak dapat dinyalakan.

"God."

Kemudiannya, aku menepuk dahiku sendiri. Aku hampir terlupa bahawa kawasan ini telah terputus bekalan elektrik kerana sebuah tiang elektrik tumbang petang tadi. Jadi, elektrik masih dalam penyelenggaraan pihak berkuasa.

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now