Aku menyelak sedikit pintu bilik gim setelah menyedari kelibat Haze tidak berlegar-legar di dalam apartmentnya. Kira-kira lima sentimeter bukaan pintu bilik gim, mataku sudah menangkap figura Haze sedang menumbuk-numbuk punch beg yang digantung di tengah-tengah bilik gim.
Hanya berbekalkan lampu spotlight dari balkoni, Haze masih galak menghentam punch beg dengan geram. Badannya separuh berbogel dan hanya mengenakan short sweat pants berwarna grey saja. Mataku tidak berkedip meneliti tatu tidak berwarna yang terukir pada badan Haze.
He's built more like a warrior than man, scars also visible on different parts of his body.
Buk! Buk! Buk! Buk! Haze masih menumbuk-numbuk punch beg. Ingatanku tiba-tiba menerjah ke arah apa yang telah berlaku semalam.Aku kemam bibir sendiri.
Urat-urat jantannya yang kekar menjelma di kening yang basah sementara buku limanya masih menumbuk-numbuk punch beg yang sedang berhayun-hayun bebas di udara.
Loco! (Gila)
Aku menumpang di dalam apartment Haze kerana aku tidak dapat menjelaskan sewa rumah kepada tuan rumah.
Ini semua sebab aku kekurangan duit lagi-lagi aku terpaksa menanggung hutang papa dan harus dijelaskan bunganya setiap bulan. Jadi, bulan ini aku terpaksa merempat di rumah sesiapa saja untuk menghabiskan sesi latihan industri semester yang terakhir selama enam bulan.
Haze berhenti dari membelasah punch beg setelah perasan aku akan tubuhku masih tercegat berdiri tegak di depan pintu gim. Seketika dia melirik ke arahku. Giginya masih terkacip erat.
Setelah itu, punch beg yang sedang melambung-lambung ke kiri-kanan ditangkap dengan menggunakan tangannya. Bapp!
"Hi. I ada bawa jus oren untuk you. Kalau you haus, you minumlah."Pelawaku. Gelas kaca yang dipenuhi dengan jus kordial tadi diletakkan di atas meja.
"Thanks."Jawabnya sepatah. Kelihatan dia ralit melangsaikan ikatan kain pada buku limanya.
Aku menggaru keningku yang gatal kerana sedang menyusun ayat-ayat yang hendak aku luahkan pada kepada jejaka itu. Tapi lidahku kelu. Dan interaksi kami hanya diakhiri dengan pandangan saja.
"Kau ada benda nak cakap dengan aku ke?"Haze mencetuskan soalan. Rokok dicucuh. Selepas itu, bayangan Haze hilang menapak ke balkoni. Belakang dia sandarkan pada palang balkoni.
"Tak ada."Balasku walaupun beribu-ribu patah perkataan sedang bermain di dalam benak fikiranku sekarang ini.
"Kau jangan nak tipu aku. Kau nampak resah."
Haze menjelingku dengan ekor matanya. Seperti dapat meneka ada sesuatu yang sedang meneka kegalauan diriku.
"Actually, I ada masalah dengan papa I. Dah banyak kali I tegur dia tapi papa tak pernah peduli apa kata-kata I. He won't listen to me. I-I lari dari rumah. Tak ada tempat tinggal. Tak ada duit nak bayar hostel apatah lagi nak sewa rumah macam previous semester."
Aku menundukkan kepalaku. Sebak di dada yang tiba-tiba menerpa. Dari kecil aku tidak pernah betul di mata papa.
"Malam tadi,I nekad lari dari rumah. Tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah. Kami bergaduh atas sebab yang remeh-temeh saja. I hanya nak kepastian saja tapi I tak sangka dia akan melenting sampai macam tu sekali. Papa I macam ada sesuatu yang dia sorokkan daripada I."
"Papa I tak sayangkan I. Tak pernah Haze..."
Mutiara jernih yang semakin galak bertakung di kelopak aku oles dengan tapak tanganku. Kepala diangkat sedikit. Batang tubuh Haze sudahpun berada di depanku. Jarak kami hanya beberapa inci saja.
YOU ARE READING
HAZE PUTERA
RomanceSecebis lagenda yang tidak pernah diceritakan.. H A Z E THE PROTECTOR, Kabus. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Hazel selalu tertanya-tanya sendiri. H A Z E L Seorang gadis piatu yang hanya hidup bersama dengan si ayah kaki arak dan kaki jud...