Semakin kuat Parish memacakkan taringnya ke dalam tengkukku yang terdedah semakin banyak rahsia masa lalu menerpa ingatanku. Kenyataan yang sukar aku telan dan hadam. Masakan Haze sebaik itu boleh menyinggahkan tangan serta kakinya ke seluruh kulit badanku?Enam tahun yang lalu, aku diculik. Aku diseksa. Aku didera. Tapi kenapa? Tapi kenapa Haze Putera? Aku nampak Haze terlalu membenciku pada masa itu. Pandangan Haze bengis, muka Haze merah padam menahan lava kemarahan, mata Haze berapi-api seperti dendam kesumat itu sedang membara setelah bertahun-tahun dia simpan.
Dadaku sesak. Tangan Parish aku cakar sekuat hatiku. Aku tidak dapat menahan kesakitan lagi.
6 tahun yang lalu...
"N'acapaksin,buyukanne?!"Suara garau Haze amat keras menjerkah Nenda Nare di depan para tetamu pada malam itu. ( Apa yang kau akan lakukan nenda?!)
Nenda Nare bangkit menapak perlahan-lahan ke arah aku dan Haze yang sedang berpegangan tangan. Meskipun sedang sakit, Nenda Nare seperti sedang ingin menegakkan sesuatu yang benar pada masa itu.
Majlis Nisan ( pertunangan) Hazal Puteri, kakak sulung Haze tiba-tiba sunyi sementelah suara Haze lebih gamat dari muzik tarian Kolbasti . Memetir besar di dalam dewan tersebut.
"Bosanma!" (Cerai!)
Nenda Nare menegas di dalam bahasa Turki. Lima saat setelah Nenda Nare menitipkan ayat itu, semua orang jadi tercengang. Bunyi bisikan tiba-tiba menyusup masuk ke dalam liang telinga.
Aku terdiam. Jari-jemariku basah. Lututku bergegar. Ya, aku juga mengharapkan satu penceraian daripada Haze. Haze mengahwiniku bukan kerana dia cintakan aku tapi ingin membalas dendam serta menuntut bela di atas kematian ibunya.
Haze tergelak sinis. Manakala aku hanya mampu terkebil-kebil sendiri menatap muka Haze yang sedang seperti kehilangan hormat pada Nenda Nare di depannya. Mencerlung mata jejaka itu memandang wajah Nenda Nare.
"Apa nenda cakap tadi? Cerai? Perempuan ni hanya satu-satunya darah daging si Huzair tu! Huzair, pembunuh ibu aku. Yang menembak ibu aku malam itu!"Haze enggan mengalah.
Aku meneleku ketakutan. Semua orang di dalam dewan masing-masing memaparkan muka terperanjat. Ada yang menekup bibir, ada yang mengurut dada dan ada juga yang membeliakkan biji mata besar-besar.
Dua minggu yang lepas, aku telah menjadi isteri sah kepada Haze walaupun perkahwinan kami hanya berlangsung di Thailand. Haze sengaja merahsiakan perkahwinan kami dari pengatahuan keluarganya.
"Ceraikan dia! Nenda nak kau ceraikan dia! Yang bersalah sekarang, ayah dia. Bukan dia! Kau berdua masih muda. Masih panjang perjalanan hidup!" Marah Nenda Nare.
Aku menikus sekali lagi. Perkahwinan aku dan Haze hanya disaksikan oleh Hazal dan sepupu Haze sahaja pada hari itu. Kami berkahwin pada umur kami baru menjangkau 17 tahun.
Meskipun baru berumur 17 tahun, pemikiran lelaki bengis yang sedang berdiri di depanku ini amat licik. Tapi tidak aku. Aku masih bodoh dan senang kali diperdayakan.
"Hayir!" (No)
Haze melawan. Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki dewasa dari pintu dewan. Melangkah ke arah kami. Aku angkat muka. Melopong mulutku saat mataku hinggap pada wajah seorang jejaka di sebelah lelaki dewasa itu.
YOU ARE READING
HAZE PUTERA
RomanceSecebis lagenda yang tidak pernah diceritakan.. H A Z E THE PROTECTOR, Kabus. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Hazel selalu tertanya-tanya sendiri. H A Z E L Seorang gadis piatu yang hanya hidup bersama dengan si ayah kaki arak dan kaki jud...