HAZE 4 | THE PROTECTOR

26.5K 723 83
                                    


 

          Badan diiringkan ke kiri untuk mengembalikan semula keselesaan. Kesejukan dari penghawa dingin menggetarkan tulang sumsum. Mata digosok-gosok beberapa kali. Selepas itu, aku lepaskan nguap besar-besar kerana rasa mengantuk masih menggayut di kelopak mata.

Siling rumah putih bersih tanpa kotoran itu aku pandang dengan dahi berkerut. Seketika aku mencerna semula peristiwa semalam.

Kepala yang tidak gatal digaru-garu sementelah aku melihat ke arah diriku sendiri. Jam yang melekat elok pada dinding dikerling. Pukul 5 pagi.

"Baju siapa ni?"Desisku sendiri.

Baju kemeja warna putih malah ada sedikit tompokan darah merah itu aku pegang dengan rasa aneh. Kamar sederhana besar itu aku telaah dengan anak mata. Agak teratur, berkonsepkan moden dan elegan serta dicat dengan warna kelabu dan putih saja.

Kaki diturunkan perlahan ke lantai marmar. Terjengket-jengket aku menapak ke arah pintu kamar. Tombol pintu dipulas.

Di celah-celah lubang pintu aku mengintai seorang jejaka yang sedang membuat plank knee inst di ruang tamu. Tangan ditekankan ke lantai manakala kaki kiri digerakkan perlahan-lahan. Selepas itu, diikuti lagi dengan Spiderman push ups.

Up down, Up down. Up and down. Sekilas dia mengelap peluh jantan yang hendak menitik ke lantai. Pukul 5 pagi begini manusia normal selalunya masih diulit mimpi indah tapi lelaki ini subuh-subuh lagi sudah bersenam.

Krek....bam! Tiba-tiba pintu kamar tidur terhempas sendiri ditiup angin luar menyebabkan aku terkejut beruk sendiri. Aku terus berlari dengan pantas menuju katil. Sebuah bantal disambar untuk menekup muka sendiri. Aku pura-pura tidur setelah bunyi tombol pintu dibuka hinggap di gegendang telingaku.

Mataku dicelikkan sedikit. Kelihatan dia menyalin segelas air kosong ke dalam gelas kecil lalu menyandarkan belakangnya pada sebuah meja. Diteguk laju. Jauh dia melemparkan renungan ke luar. Ibarat sedang menikmati lampu-lampu neon kota yang masih menerangi bandar.

Separuh daripada badannya yang bogel itu aku teliti dari leher hingga ke punggung. Solid, kekar dan mempunyai garisan-garisan parut pada dada bidangnya.

Cacahan tatu Celtic Spiral yang terukir pada lehernya mengingatkan aku pada seseorang yang telah bertandang ke rumahku pada malam hujan lebat itu.

Dia memalingkan mukanya. Mata hazel yang sama. Renungan tajam yang sama. Mata kami bersabungan beberapa minit sebelum dia bingkas menapak ke arahku.

Tubuhnya dibaringkan di sebelahku.

"Aku tak dapat tidur."Suara serak basahnya bergema. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Aku mimpi buruk. Mimpikan mak aku."Luahnya.

Aku terdiam tidak berkutik. Hanya melihat bayangan mukanya yang samar-samar di dalam kegelapan. Ini baru pertama kali aku melihat mukanya yang sebenar. Muka yang tidak pernah ditayangkan kepada sesiapapun.

Mukanya bersih, alis matanya tebal, bibirnya indah terbentuk, dan yang paling aku suka ialah tulang rahangnya yang sempurna. Matanya merenung lagi mukaku.

"Hi cantik."Sapanya. Gemersik dan bersahaja.

"S-siapa you?"

Tersungging senyuman senget pada bibirnya selepas dia mendengar soalan yang tercetus dari bibirku. Kepala diarahkan kepadaku semula. Matanya yang seperti bak helang itu memanah setiap pelosok mukaku tanpa berkedip kini.

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now