HAZE 10 | ATTACKER

18.4K 629 117
                                    


        Kotak susu Dutchlady diletakkan semula di dalam peti sejuk seusai saja aku menuangkan ke dalam gelas kaca. Malam-malam tekak terasa haus sekali. Badan disandarkan pada bucu meja sambil menikmati pemandangan lampu neon yang sedang berkelipan di pelosok kota raya.

Rumah ini sunyi. Haze juga tiada di Malaysia kerana sedang melawat neneknya yang sedang sakit uzur di Turki. Kata Haze, dia sempat berpesan semalam bahawa akan ada dua sepupunya selalu bertandang ke rumahnya tapi masuk ke dua hari Haze tiada di tanah air aku tetap tidak nampak akan kelibat dua orang sepupunya itu.

"Kau gadis dalam cerita lagenda tu ke?"
Aku tergamam di dalam gelap kerana terperanjat dengan suara garau yang datang menyapa secara tiba-tiba.

Aku pusingkan tubuhku ke belakang. Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki sedang duduk di dalam gelap sambil berpeluk tubuh dengan selamba sekali. Bibirnya terukir dengan senyuman indah.

"Lagenda?"Aku kebingungan serta tidak faham akan maksud tersirat yang telah meluncur dari bibir Parish sebentar tadi.

"Kau cakap hari tu dengan aku nama kau ialah Hazel Hannah. Aku pernah dengar nama Hazel Hannah yang sering kali meniti pada cuping telinga puak kami. Kisah cinta tragis di antara seekor serigala jadian dan seorang gadis manusia. Manusia, musuh kami. Kata orang, hero dan heroin sangat mencintai di antara satu sama lain. Hubungan mendapat tentangan di antara kedua-dua belah pihak sehingga pada suatu malam hero ditembak mati. Heroin pula terjun ke dalam laut. Sehingga hari ini orang tak dapat jumpa dimana gadis tersebut. Tetapi nama hero dan heroin kekal menjadi satu lagenda di dalam puak kami."

Aku terkedu.

"I tak faham apa yang sampaikan masa ni. You cuba nak buktikan apa Parish?"
Parish bingkas bangun setelah itu. Menapak sedikit ke arahku.

"Haze tak pernah ceritakan masa silam pada kau? Ataupun pasal aku? Aku juga salah satu watak utama di dalam kisah lagenda kau dengan dia."Bisik Parish ke telingaku saat dirinya sudah semakin dekat denganku.

Belakangku akhirnya bertemu dengan peti sejuk. Gugup.

Mata kami bertatapan. Nafas Parish tenang.

"Haze pernah cerita pada I."Gumamku.

Parish tertawa sendiri.

"Dia cerita apa pada kau?"

"I-I ialah isteri Haze yang sah."Jawabku seraya menentang mata Parish yang tajam kemerahan di dalam kegelapan.

"Hazel,kau masih percaya dengan dongeng silam kau. Kisah kau dengan dia dah lama berlalu. Masa ini adalah kisah kau dengan aku. Aku nak kau berhati-hati dengan Haze. Aku nak kau ingat balik apa yang terjadi enam tahun yang lalu."

Parish menekan keningnya dengan keningku sehingga hidung kami bercantuman. Saat itu, aku mulai merasakan satu perasaan kian menjalar ke seluruh urat sarafku. Wajah Haze dan Parish juga mulai silih berganti bermain-main di dalam pita memori.

"Haze dah ceraikan kau malam itu. Kau bukan isteri dia. Kau bukan isteri dia Hazel.. kau cintakan aku. Kau tidak pernah cintakan Haze. Aku yang kenal kau dulu bukan Haze."

Parish menggenggam lembut tanganku manakala tangan kanannya melingkar di pinggangku.

"Lepaskan I Parish. I tak kenal siapa you. Samada Haze mahupun you. I tak kenal siapa you dengan Haze. Stop dragging me dengan kisah silam you dengan Haze!"Tegasku lantas merungkaikan tangan Parish yang masih melekat di pinggangku.

Haze dengan Parish sama saja. Sama lelaki balacak yang senang lenang dengan sesuka hati menyentuh tubuhku.

"Hazel, aku cintakan kau dari umur aku 12 tahun. Kau juga ada hati dengan aku. Tapi bila Haze hadir dalam hidup kau, kau mula lupakan aku!"

HAZE PUTERAWhere stories live. Discover now