"Hazel, you are alive!"Suara Ruby saat nyaring seperti speaker perhimpunan sekolah setelah aku berjaya membuka kelopak mata. Perlahan-lahan aku menoleh ke arah Ruby yang sedang bersorak gembira sambil membawa sebuah patung unicorn dan sejambak bunga rose.
"Ruby—"
Tanganku dan tangan Ruby bergenggaman. Rindunya dengan Ruby. Hampir tiga bulan aku tidak bersapa dengan Ruby mahupun bertemu dengan kawanku yang senteng serta sundal murahan ini.
"Babe, I miss you. I miss you so much. You okay tak ni? Apa serigala jadian tu nak buat dengan kau? Kenapa kau jadi macam ni?"Soalan Ruby bertubi-tubi menghentam lubang telingaku.
Aku hanya mampu tersenyum mendengar soalan Ruby. Tidak tahu apa yang harus aku jawab sekarang ini. Kalau aku membuat pengakuan bahawa aku hampir mati digigit pontianak Ruby sudah semestinya akan tergelak besar nanti.
"Ruby, I nak minta satu benda dengan you boleh?"Aku hanya mampu berbisik. Tekakku amat perih ketika ini.
"Kenapa ni?"
Ruby menarik kerusi di tepi katil supaya datang mendekat lagi dengan diriku.
"I nak pergi dari sini. I nak pergi jauh. You boleh bawa I tak? I merayu dengan you. I nak pergi jauh tapi tak ada siapa nak tolong I sekarang ni."
Aku mengharapkan satu kefahaman dari Ruby. Aku mahu pergi dari hidup lelaki yang bernama Haze Putera itu. Selepas kemunculan Haze Putera entah kenapa hidup aku jadi kucar-kacir.
"Ala, you nak pergi mana? Kenapa you tiba-tiba nak lari pulak ni?"Ruby agak hairan.
Aku cuba mengangkat kepalaku supaya aku menyampaikan dengan lebih terperinci lagi apa yang tertambat di dalam hatiku sekarang ini.
"Ceritanya begini. I sebenarnya--"
"Beb, you kan masih sakit sekarang ni takkan nak lari pulak..."Potong Ruby dengan nada agak meleret-leret. Aish, hampeh gila babi betul lah si Ruby ni!
"Ruby, I tahu you perempuan murahan. You suka Haze kan? Apakata you tolong I larikan diri dari sini dan you boleh ambil Haze Putera HAHAHAHA! Boleh kan? Boleh kan?"Aku membuat-buat gelakan yang agak hambar sambil memegang tengkukku yang ngilu bagaikan hendak tercabut sekarang ini.
"Haze kan pakwe you."
Hish Ruby ni. Takkanlah dia lupa bahwa dia perampas paling handal tiba-tiba nak acah-acah baik pulak hari ini? Taik kucing dia.
"Kami ada rumah tumpangan tapi berhantu lah. Dalam rumah tu ada ceplos."Ruby akhirnya mengalah setelah melihat mukaku yang hilang bunga-bunga indah.
"Ah,ceplos pun ceploslah. Asalkan ada rumah. I tak nak balik kampung. Papa I dah halau I."
"You berani ke? I nak terus terang dengan you yang I tak akan ikut you tinggal sana. Hish, kenapa dengan you ni eh? Bangun dari koma tiba-tiba nak lari dari kenyataan. Atau you dah putus cinta dengan Haze? Kalau putus pun, tak payahlah nak lari-lari berkejaraan mak cik oi. Block saja whatsapp dan letak gambar profile warna hitam. Kira lari dari kenyataan lah tu."
Ruby membuat gaya geli-geliman di depanku.
"Bolehlah...Bolehlah...Bolehlah... You kan cantik."Aku tidak berputus asa memujuk Ruby.
"Yalah-Yalah. Esok I bagi kunci dengan you. You tak payah risau. Benda boleh settle buat apa nak stress-stress."Gumam Ruby.
Aku peluk tubuh Ruby dengan erat. Perbualan aku dan Ruby tiba-tiba tergendala sementara setelah dihalang dengan ketukan dan tombol pintu dipulas dari arah luar. Aku dan Ruby berpandangan sesama sendiri.
YOU ARE READING
HAZE PUTERA
RomanceSecebis lagenda yang tidak pernah diceritakan.. H A Z E THE PROTECTOR, Kabus. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Hazel selalu tertanya-tanya sendiri. H A Z E L Seorang gadis piatu yang hanya hidup bersama dengan si ayah kaki arak dan kaki jud...