"Shh-Hey—"Haze cuba menenangkan aku yang masih di dalam ketakutan. Pipiku ditampar-tampar lembut. Erat tangan kasarnya memegang kedua-dua pipiku.
"Haze, lepaskan I. I takut Haze. Lepaskan I!"
Suaraku naik di depan Haze. Rangkulannya yang masih melekat pada pinggangku cuba aku lepaskan. Tapi kudratku tidak seperti kudrat lelaki Haze.
"Hazel, look at me. Hazel-"
"Tak nak. I tak nak!"
Wajah Haze tidak ku pandang. Aku tidak berani memalingkan muka kepada Haze kerana masih trauma akan apa yang berlaku tadi. Tubuhku menggeletar kegerunan. Apa tujuan Haze mengurung aku di dalam apartmennya ini? Adakah dia sedang merancang mahu membunuhku?
"Hazel...."
"Haze, you nak buat apa dengan I? I merayu jangan apa-apakan I. I tak ada dosa dengan you Haze. Please...please!"Aku masih meronta-ronta di dalam pelukan Haze.
Jantungku masih berdebar-debar laju. Pelbagai andaian buruk menyusup masuk ke dalam benak fikiranku.
Haze, the protector itu wujud. Haze manusia yang sangat pelik dan aneh. Baru tadi aku memerli siapa diri Haze dan aku kini sememangnya tidak dapat menerima apa yang aku telah lihat tadi. Haze pembunuh.
Ya, sah Haze ialah lelaki yang telah membunuh lelaki-lelaki di lorong gelap itu semalam.
"Hazel..."
Haze membenamkan wajahnya di belakang tengkukku. Erat tangan sasanya merangkul pinggangku. Bagaikan tidak mahu melepaskan aku pergi sehingga rontaan aku semakin lemah. Aku mengalah di dalam pelukan Haze.
"Hazel, tak ada apa. Anggap kau tak nampak siapa diri aku yang sebenarnya. Lupakan perkara tu. Jangan takut..."Bisik Haze di belakang.
Nafas Haze kedengaran termengah-mengah. Hangat menepis-nepis cuping telingaku. Masih erat tangannya menggengam jari-jemariku.
Aku masih tergigil-gigil sendiri. Peluh menitik ke dahi. Peristiwa dua belas tahun yang lalu kian terlayar di peta mindaku.
Malam itu, mama tewas kerana dibunuh oleh seorang lelaki seperti Haze. Seorang lelaki yang aneh tidak ubah serupa Haze. Malam berdarah itu walaupun sudah lama berlaku, tapi ia tetap segar di dalam ingatanku.
Aku kehilangan seorang ibu di pada umurku baru menjangkau lima tahun kerana seorang lelaki seperti...
Haze. Hidupku berubah seratus-peratus bermula pada malam itu. Segalanya telah bermula pada malam itu...
Haze mengucup-ngucup bebas belakang leherku. Mungkin masih cuba memberi keselesaan kepada badanku yang seperti hendak membeku.
Pelukan Haze yang kejap serta hangat itu membuai diriku seketika. Aku rasa selamat. Memori hitam yang bermain-main di kepalaku tadi juga lenyap entah ke mana. Pergi secara perlahan-lahan.
"Mama..."Aku meringis tangisan.
"Hazel..."
"Haze, mama I tinggalkan I. Mama I dianaya. Peristiwa malam tu sampai sekaang I tak dapat lupa. Mama I dah pergi. I tak ada siapa-siapa. Papa I tak pernah ambil kisah pasal I. Ada ayah pun tak ada guna. Papa I sibuk dengan judi, arak dan perempuan. Hutang juga keliling pinggang. Kadang-kadang I rasa nak lari. I nak bunuh diri..I.."
YOU ARE READING
HAZE PUTERA
RomanceSecebis lagenda yang tidak pernah diceritakan.. H A Z E THE PROTECTOR, Kabus. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Hazel selalu tertanya-tanya sendiri. H A Z E L Seorang gadis piatu yang hanya hidup bersama dengan si ayah kaki arak dan kaki jud...