Basikal Fixie warna pink diletakkan di tempat yang telah dikhaskan oleh pihak kolej. Sejurus itu, aku meliarkan anak mataku.
Suasana pagi yang amat segar dan indah. Beberapa orang pelajar kelihatan bersembang sesama rakan mereka di taman kampus Dahlia New Castle, iaitu kampus kedua yang menempatkan pelajar-pelajar yang mengambil aliran seni dan perundangan.
Saat kakiku berjaya memijak anak tangga yang menuju ke kelas Healthcare Management batch ke-6, aku perasan mata-mata manusia mulai memerhatikanku. Ada yang tajam, meluat, dan ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri.
Tidak lain tidak bukan, berita aku mencium bibir Haze semalam sudahpun menular ke seluruh kampus.
Gross feeling.
"Hi, morning bunny."Selamat pagi diucapkan kepada Ruby yang sedang menekup pintu locker. Disangka Ruby hendak membalas sapaanku pagi ini tapi Ruby sedikit lain hari ini.
Pak!Ruby menghempas pintu locker dengan wajah masam mencuka. Rasa hairan mulai berbondong-bondong mendesup masuk pintu hatiku. Kenapa dengan Ruby? Wajah pun serupa pisang buruk saja pagi ini.
"Amboi, kalau marah pun janganlah main-main hempas locker. Kang you yang I hempas kat locker nanti." Aku bergurau walaupun tidak lawak sama sekali.
Ruby masih dingin. Gadis itu pergi meninggalkan aku dengan selamba. Nafas berat aku hela. Setelah meletakkan buku nota ke dalam beg, aku terus kejar langkah Ruby yang semakin jauh di depan mata.
"Ruby, what's wrong?"Tanyaku. Tidak faham dengan tingkah Ruby yang berubah. Tangan aku depa di depan Ruby yang sedang memalingkan tubuhnya padaku.
"Hazel, I'm done with you. Yes, I'm done!"Kata Ruby. Suaranya naik seoktaf. Jari telunjuk pula diutarakan pada mukaku.
Marah sekali muka Ruby seperti kesalahan yang aku lakukan itu benar-benar salah dan akan menjalani hukuman di bawah akta 302 Kanun Keseksaan.
"Sebab apa? I tak faham. I ada buat salah ke? Satu lagi, what happen to your phone? You tak balas chat I dari semalam lagi. Anything wrong?"Tanyaku.
Terlakar senyuman meluat pada bibir Ruby. Meluat yang amat sangat. Tersumbing-sumbing bibirnya macam watak antagonis dalam sinetron Indonesia.
"Yes. You ada buat salah. Hazel, you memang perempuan tak tahu malu. I memang tak percaya dengan apa yang you dah buat. Masa ni, I tak nak you tunjuk muka you depan I. Stop following me."Ujar Ruby. Pantas kakinya cuba mengelakkan diri daripadaku.
"I akan follow you selagi you tak jelaskan apa salah I dekat you. Kalau I ada buat salah, I minta maaf."Terangku. Kelihatan pelajar-pelajar lain memandang kami dengan pandangan semacam seperti sedang menyaksikan drama lesbian putus cinta saja.
"Ruby, you tak tahu atau you sedang buat-buat tak tahu? Apa hubungan you dengan Haze? You tahu kan I suka dekat Haze? You are my bestfriend. Sampai hati you buat I macam ni? You are plastic."Cemuh Ruby tanpa memandang mukaku.
Mendengar nama Haze, terus aku meledakkan ketawa. Kerana Haze aku digelar perempuan plastik?
Rest in piece to ma'self
"I tak ada hubungan dengan Haze Putera. I tak kenal dia. Dia juga tak kenal I. We don't know each other. Ciuman semalam tu sebab I nak selamatkan Zack saja."Ungkapku dengan penuh kejujuran.
"Hazel, you are so boring as shit. I tengok macam mana dia balas ciuman you. Ofcourse you dengan dia ada hubungan yang penuh dengan rahsia. I tak dapat terima gambar you cium Haze tu."Ruby bermadah dengan penuh nada kecewa.
YOU ARE READING
HAZE PUTERA
RomanceSecebis lagenda yang tidak pernah diceritakan.. H A Z E THE PROTECTOR, Kabus. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Hazel selalu tertanya-tanya sendiri. H A Z E L Seorang gadis piatu yang hanya hidup bersama dengan si ayah kaki arak dan kaki jud...