Selepas menjelaskan tambang Grab kepada pemandu Grab, aku berjalan menuju ke arah satu lorong yang menuju ke rumah sewaku.
Keadaan amat sunyi sepi serta tidak berpenghuni. Walaupun sunyi, tetapi kawasan ini bersih dan selamat. Bebas daripada sarang penagih dadah dan pengemis.
"Hey."Satu suara garau menyapa. Serak basah.
Kakiku memberhentikan langkah. Kepala dipusingkan terus ke belakang.
Kelihatan seorang jejaka tinggi lampai sedang menghembus asap rokok di sebalik topeng Soldier World war 2 sambil menyandar belakangnya pada dinding bangunan dengan penuh santai sekali.
Aku mulai meramas tengkukku sendiri. Siapa dia? Kenapa dia bersendirian di lorong yang hening seperti ini? Suaranya begitu possesive sehingga badanku bertindak balas naik seram sejuk.
"H-Hei."Jawabku dengan nada sedikit tenggelam timbul.
Kemudian, aku lajukan kaki pergi dari situ selepas mengukir senyuman kepadanya. Kaki tetap dihayun cepat-cepat pergi dari situ.
"Tak ada kiss untuk aku lagi?"Dia membuka suara semula sehingga aku menghentikan kakiku yang berjalan laju tadi.
Aku terus tercegat tanpa kata kerana terperanjat teruk. Dada diurut-urut lembut.
"Ciuman?"Tanyaku selepas segalanya tenang seperti biasa.
Wajah hairan aku hamparkan kepadanya yang masih selamba menyandar sepi belakangnya pada sebuah dinding. Dia masih disitu. Masih terpacak di tempat yang sama.
Jeda.
"Hmm..."Balasnya dengan malas.
"I..I tak kenal you."
Aku menayangkan satu sengihan. Cringe. Sejak bila aku kiss lelaki ini? Apatah lagi mengenal hati budi dia? Memang nyata jauh sekali.
"Tapi aku kenal."
"HAHAHA. You're making me sick. Thank you."Ucapku lantas hendak berlalu meninggalkan tempat itu. Dada dirasakan seperti baru menamatkan permainan roller coaster.
"I'm cold."
Cold? Jadi, apa masalahnya dengan aku?
Kakiku terjeda lagi. Berdiri statik tidak bergerak setelah dia menapak sedikit ke arahku.
"You kena balik rumah. Jangan berdiri dekat lorong ni. Bahaya."Nasihatku dengan penuh prihatin.
Dia masih membisu. Hanya bunyi hembusan nafasnya yang kasar keluar dari topeng yang dikenakannya dapat didengari sekarang ini.
Mataku tiba-tiba tertancap ke arah tangannya yang ada sedikit mengalami kecederaan.
Darah pekat menitik-nitik mengalir keluar dari hujung lengan jaket kulitnya. Sesaat dua mengundur kakiku ke belakang.
Haze. Ya, ini Haze.
"Ha-ze? You buat apa dekat sini?"
"Tak ada buat apa-apa."
"Haze, you cede-"
"I want you so bad..."
Aku terpana di dalam gelap.
Silent.
And, still silent. Bunyi derap tapak kasutnya aku hitung satu persatu. Selamba, bersahaja, dan tenang.
Bau maskulin badannya semakin menusuk ke dalam rongga hidung menandakan dia semakin dekat dengan tubuhku. Tidak sampai lima saat tubuhku kian bertemu dengan dinding bangunan.
YOU ARE READING
HAZE PUTERA
RomanceSecebis lagenda yang tidak pernah diceritakan.. H A Z E THE PROTECTOR, Kabus. Seorang lelaki misteri yang membuatkan Hazel selalu tertanya-tanya sendiri. H A Z E L Seorang gadis piatu yang hanya hidup bersama dengan si ayah kaki arak dan kaki jud...