Bab 28

5.2K 221 4
                                    

Hari ini dia pulang awal. Mikayla dapat menguruskan semua hal di klinik. Lagipun hatinya berasa tidak enak sepanjang hari ini.

Lagi-lagi apabila dia melihat telefonnya. Panggilan daripada Ainul yang dia tidak jawab. Bila ditelefon kembali, Ainul pula tidak mengangkat panggilannya.

Buka saja pintu rumah sudah terang benderang. Tidak seperti semalam. Langkah dilajukan ke dapur. Tudung saji berada di atas meja makan. Bermakna Ainul masak untuk makan malam. Terus bibirnya melakar senyuman manis.

Kakinya bergerak naik ke bilik. Buka saja pintu dia lihat Ainul sudah lena tidur di atas katil. Dia mendekati isterinya. Namun dahinya berkerut. Ainul tidur merengkot. Lututnya dipeluk sehingga ke dada. Buat dia rasa tidak sedap hati.

"Cinta.." Pipi Ainul diusapnya lembut.

"Abang?" Ainul cuba membuka matanya. Sakit apabila cahaya menerobos masuk ke dalam matanya.

"Are you okay? Mata Cinta kenapa sembab ni?" Soal Rafael sambil ibu jarinya mengusap mata Ainul lembut. Ada kesan air mata di pipi itu.

"I'm okay. Abang dah makan? Ainul ada masak tadi.."

"Abang belum makan..ni cinta Okay tak? Tidur mcm ulat dah.."

"Tak ada apa..senggugut aje.." Ainul senyum tawar. Sungguh la perut dia meragam bagai nak gila hari ni. Tapi digagahkan juga kaki untuk masak makan malam.

"Dah makan ubat?" Rambut Ainul yang berjuntai diselitkan ke telinga. Pipi Ainul diusapnya menggunakan ibu jari. Pucat bibir isterinya.

"Tak biasa makan ubat.."

"Dah makan malam ke?"

"Belum.." Jawab Ainul sambil geleng kepala.

"Laa kenapa tak makan?" Riak risau terpamer di wajah Rafael.

"Tadi lepas masak Ainul mandi. Lepas mandi terlelap tahan sakit.." ujar Ainul perlahan. Tanpa sedar dia mengadu pada Rafael.

"Ya Allah..kesian isteri abang.." Dahi Ainul dikucupnya lembut.  Kepala Ainul diusapnya lembut.

"Cinta nak makan tak? Kalau nak cinta makan dulu. Abang nak mandi. Berlengas badan abang ni.."

"Abang mandi la dulu..saya tunggu sini. Kita turun sama.Tak larat nak turun bawah."

"Okay..abang mandi kejap. Cinta rehat dulu.." Tubuh Ainul dibaringkannya kembali. Perlahan dan lembut sahaja perlakuannya melayani isteri. Ainul hanya senyum nipis. Syukur dapat suami yang memahami.

💘💘💘💘

"Serious la cinta masak semua ni?" Bulat mata Rafael melihat lauk yang terhidang. Ada sup sayur. Ayam goreng kunyit.Telur goreng.

"Iya..But Sorry..Ain masak sup je. Sebab teringin nak makan sup.." Jawab Ainul perlahan.

"Tak apa abang tak kisah. Yang abang kisah sekarang ni kenapa cinta masak banyak? Kan cinta sakit? Macam mana cinta masak sorang-sorang?" Rafael sudah mula membebel. Ainul hanya sengih.

"Tahan aje la sakit. Lagipun saya masak untuk suami saya juga kan?" Jawab Ainul lembut. Suara pun macam nak tak nak keluarnya. Kalau Rafael nampak macam mana dia sakit masa dia memasak tadi confirm tak jejak dapur  selama seminggu maybe sampai habis period. No way!

"Risau abang tau.." Bebel-bebel pun Rafael bergerak mengambil pinggan dan cawan. Nasi diletakkan ke dalam pinggan Ainul dan dirinya sendiri.

Mereka mula makan. Rafael dah memuji-muji masakan Ainul. Maklumlah First time merasa air tangan isteri. HAHAHA

RAFAINUL💘 [COMPLETED]Where stories live. Discover now