Bab 37

4.3K 189 8
                                    

Hari ini genap seminggu selepas hari yang Rafael hubunginya. Bermaksud sudah tiga minggu dia dan Rafael berjauhan.

Tak dinafikan lagi, gangguan daripada Zaim yang semakin menjadi-jadi memeningkan kepala otak dia. Setiap hari mesti muncul dalam hidup dia. Semak betul! Sampai tak tahu nak cakap macam mana lagi yang dia ni tak selesa bila Zaim nak bermesra bagai. Urgh! Menyusahkan betul!

"Adik... Lunch jom?" Suara Affan itu buat Ainul terus mengangkat muka daripada menghadap kertas kerjanya.

Tangan yang memakai jam ditilik. Pukul satu dah. Tak perasan masa berlalu. Maklumlah sejak-sejak ini dia sibukkan diri sebab tak nak terfikirkan Rafael sangat. Rindu menggunung-gunung terhadap suaminya itu.

"Boleh juga..." Terus Ainul mengemas mejanya dan handbagnya dicapai.

"Sibuk sangat kau ni dik. Kalah aku." ujar Affan. Ainul hanya senyum.

"Terpaksa."

"Sebab?"

"Tak nak fikirkan Rafael sangat."

"Simpati aku dengan adik aku ni. Sabarlah dik. Suami kau bekerja selamatkan orang. Besar pahala dia dapat."

"Aku tahu. Disebabkan aku kena faham kerja dia, aku kena sibukkan diri. Aku tak nak terlampau mengikut perasaan."

"Baguslah macam tu..."

Mereka terus bergerak ke kereta Affan. Masuk saja kereta Ainul terus bersuara.

"Bang..."

"Hurm?"

"Tak apa lah.." Ainul ragu-ragu ingin berkata.

"Ni aku tak suka ni. Cakap aje lah. Ni sekerat-sekerat. Aku kerat mulut kau kang."

"Erm... pasal Zaim."

"Kenapa? Dia buat hal ke?"

"Sejak-sejak ni dia tak habis ganggu aku. Aku takutlah bang."

"Dia buat apa?" Terus Affan mengerling ke arah Ainul. Pemanduannya masih terkawal.

"Dia macam orang tak betul. Bila aku cakap aku isteri orang dia mengamuk. Dia kata aku bakal bini dia. Aku seriau bang." adu Ainul dalam nada ketakutan. Affan diam.

"Dia tahu Rafael tak ada. Dia buat perangai." ujar Affan. Ainul juga mengiyakan.

"Aku rasa dia split personality lah." tebak Ainul.

"Kenapa?"

"Sebab... perwatakan dia berbeza. Kadang dia jadi lelaki yang manja. Kadang jadi lelaki yang kekwat. Kadang jadi yang psiko dan menakutkan. Aku sendiri confuse bila dia bercakap dengan aku."

"Pula?" Garu kepala Affan dibuatnya.

"Yang aku tahu dia nak aku jadi isteri dia." sambung Ainul lagi. Dia mengeluh perlahan. Sampai bila dia nak hadap Zaim? Tak larat dia nak layan Zaim yang banyak kerenah tu.

"Buat masa ni, kau kena hati-hati dengan dia. Follow his flow. Aku tak nak dia cederakan kau. Zaim tu misteri. Dia boleh buat apa saja yang dia nak."

"Aku tahu. Sekarang pun aku rasa kurang selamat bila Rafael tak ada di sini." Bergenang terus air mata Ainul. Rindu sungguh kepada pelindungnya itu.

"Hurm... kau tak nak balik rumah umi dan ayah?"

""Umi dengan ayah ada ke? Hari tu aku pergi rumah kosong. Ada bibik je. Tu pun bibik nak balik kampung dah."

"Adui aku lupa pula umi dengan ayah tak ada di rumah. Dia orang pergi bercuti luar negara." Affan tepuk dahi sendiri. Biasalah bila dah berumur baru mereka berkelapangan untuk meluangkan masa bersama. Berpuluh tahun hidup bersama tapi usia senja inilah masa untuk mereka menikmati masa bersama.

"Tinggal rumah aku?"

"Tak nak lah.." Ainul menolak. Bukan apa, nanti kalau tengok Affan dan Iman bermesra dia yang sendu. Tak mahu lah. Elok dia duduk rumah walaupun kadang rasa diperhatikan. Tapi tak apa, doa suaminya sentiasa mengiringi harinya.

"Kau ni kata takut lah... tak selamat lah.. bila ajak tinggal dengan aku tak nak pula."

"Malas lah nak pindah sana sini. Next week Rafael dah balik. Tak apa aku mampu bertahan seminggu lagi."

"Ikut kau lah. Apa-apa call aku."

"Tahu lah. Nak call siapa lagi."

"Aku cakap menjawab."

"Ada mulut jawablah."

"Tengok tu." Ainul gelak. Kisah apa dia. Mulut dia. Hahahaa

💘💘💘💘💘

Malamnya, Ainul menghadap televisyen. Layan Korea la apa lagi kan. Tersenyum-senyum dia menonton drama korea itu. Haih... sweetnya.

Tengok Korea pun boleh sendu macam ni. Ingatkan sebelum kahwin je sendu. Selepas kahwin pun berlarutan. Hahaha. Tapi sementara tak ada Rafael je. Kalau ada Rafael tak sendu dah. Bahagia angat! Hahaha

Tiba-tiba dia berasa tidak senang. Rasa seperti diperhatikan. Ainul menoleh ke arah pintu sliding yang ditutupi langsir tebal itu. Air liur ditelan pahit. Setiap hari dia akan rasa perasaan ini. Perasaan diperhatikan seseorang. Tapi selalu dia abaikan. Jadi kali ini dia perlu abaikan lagi.

Ainul pejam mata. Cuba membuang segala prasangka negatif yang berlegar dalam mindanya. Diganti pula dengan angan-angan dia bersama Rafael. Ada anak. Bermain dengan anak. Rafael peluk dia. Cium dahi dia. Panggil dia cinta. Hurm... Saya rindu abang.

Sedang dia tersenyum-senyum berangan sendiri, dia terdengar bunyi tapak kasut. Mata yang tadinya tertutup terus terbuka. Terus dia menoleh ke arah pintu sliding itu sekali lagi. Terus dadanya berdegup laju. Perlahan dia bangun dan bergerak ke arah pintu kaca itu. Langsir tebal itu disentuhnya perlahan.

Nak tarik ke tak? Nak ke tak nak? Tangan dah menggigil pegang langsir.

"Bismillah..." pantas tangannya membuka langsir tebal itu. Kosong. Jantung yang tadinya laju mula kembali normal. Namun tak sempat nak normal dia dengar pintu rumah diketuk dengan kuat. Terus langsir tebal itu ditutup kembali.

Ainul telan liur. Kering tekak dia malam ni.

Perlahan kakinya melangkah ke arah pintu yang diketuk bertalu-talu itu. Macam nak roboh dah pintu itu diketuknya. Tangan kembali menggigil dan pucat.

Rasanya pintu pagar dah tutup. Macam mana boleh masuk. Ainul tertoleh ke arah meja sebelahnya. Padlock pagar. Bodoh! Dia lupa nak kunci pagar tadi. Rasa macam nak hempuk diri sendiri.

Perlahan Ainul memutarkan kunci pintu rumahnya itu. Dengan perlahan juga pintu itu ditarik. Namun orang diluar menolak pintu itu kuat sehingga Ainul terkebelakang.

Tidak sempat hendak menjerit terus mulutnya ditutup. Kerana rasa terkejut yang melampau Ainul terus pengsan. Terjelepok jatuh ke lantai.

"Shit!" terkeluar carutan daripada mulut manusia itu apabila lihat Ainul pengsan.

——————
Vote lah kalau rasa best 🤭
Komen kalau rase ade yg silap 😊

RAFAINUL💘 [COMPLETED]Where stories live. Discover now