Prolog I

19.6K 514 17
                                    

Ainul bergerak ke luar rumah bila dia sudah bantu hidang makanan pada tetamu. Rasa tak selesa duduk di dalam. Bukan kenal pun. Ainul duduk di pangkin. Termenung sendiri. Bosan. Umi Ayah kat Mekah. Abang menempel aje dengan bini. Boyfriend? Jauh sekali nak ada..nasib seorang loner..

Kan bagus ada putera kayangan timbul sekarang...

"Assalamualaikum.."

Ainul tersentak. Cepatnya doa dia makbul. Dia menoleh ke sisi. Dia lihat lelaki berbaju melayu biru dan berseluar jeans hitam tersenyum melihat dia. Allah.. indahnya ciptaan Tuhan. Terpukau sekejap dibuatnya bila tengok lesung pipit di pipi kiri lelaki itu

"Err..waalaikumusalam.."

"Sorang?"

"Ramai..penuh pangkin ni.." Jawab Ainul selamba. Lelaki itu ketawa. Dia terus duduk di sebelah Ainul. Berjarak okeh!

"Seronok raya sini?" Soal lelaki itu. Ainul sudah berkerut dahi. Tapi dia layan juga pertanyaan itu.

"Seronok..Tpi tak juga.."

"Kenapa?"

"Parents saya tak ada kat sini.."

"Mereka ke mana?"

"Mekah. Buat Umrah.."

"Ouh.."

"Awak buat apa kat sini? Pergi la naik.."

"Bosan la duduk atas. Tak ada kawan borak. Semua orang tua aje." Ainul tergelak.

"Awak tu muda sangat ke?"

"Mesti! Tak nmpak muka muda ni.." Lelaki itu tayang muka dia yang putih bersih tu. Ainul hanya senyum.

"Alah mana tahu umur dah 30 lebih tapi perasan muda remaja.."

"Saya baru 28 tau.." Ainul terus pandang lelaki itu. Sebaya Affan.

"Sebaya abang saya.."

"Ye? Abang awak yang mana?"

"Baju melayu biru tu. Yang berkepit aje dengan preggy lady tu.."

"Ooo ada.. Akak ipar awak Iman ye?"

"Ha'ah kenapa? Kenal ke?"

"Saya dengan dia dulu kawan. Kawan bergaduh! Saya dulu duduk kampung masa kecik. Iman tu antara kawan perempuan yang saya ada. Tapi dia tu gangster! Suka bergaduh! Tapi tak sangka sekarang dia dah lain! Ayu habis!"

Ainul tergelak. Haritu baru je Tok bongkar pasal Iman. Hari ni dia dengar lagi. Kelakar la..

"Ooo..ni la dia yang buat tingkap rumah orang pecah ni?"

"Eh mana tahu?" Terkejut reaksi si lelaki itu. Ainul gelak.

"Tok cerita haritu.."

"Ooo.." Lelaki itu angguk-angguk.

Ainul senyum dan diam. Tak ada cerita dah. Bila tengok baju dia baru dia perasan sama pula dengan lelaki tu. Biru laut. Adakah ini jodoh? Ape benda kau Ainul baju sama nak jodoh? Kalau baju kau sama dengan pak cik kedai runcit tu tak pula kau kata jodoh. Bingai!

"Awak tak ingat saya ke?" Soal lelaki itu. Senyumannya sudah berubah nakal. Ainul pelik.

"Siapa? Kita tak kenal kan?"

"Hari tu..masa balik kampung. Jammed tau..lepas tu masa jammed tu saya pandang kereta sebelah. Ada perempuan tu tengah sedap minum air masa bulan puasa. Lepas tu saya tengok dia tersembur.. saya tak tahu kenapa. Bila dia pandang sya..saya nampak muka dia merah tahan malu. Terus dia tunduk."

Ainul pandang lelaki itu pelik. Apa benda dia ni bukak cerita pasal minum air tengok perempuan semua ni? Ingat aku tak terasa ke? Aku pun pernah....

Terhenti kata hatinya dari bersuara. Ditenung wajah itu dalam-dalam dan dia terus menunduk. Baru dia ingat. Lelaki ni la yang senyum senget dengan dia tu. Cuma kali ni dia tak pakai kaca mata hitam.

"Dah ingat?"

"Err..saya naik dulu lah.. Abang saya panggil kot.." Ainul terus bangkit namun pergelangan tangannya dipegang erat.

"Saya Rafael..Rafa Mikael"

Ainul tersentak. Terus pegangan itu ditarik perlahan.

"Ainul..Ainul Iftitah.." Terus kaki dia melangkah laju ke dapur. Malunya!!!

Dia hanya senyum. Kini memang dia tahu dia sudah jatuh cinta.

--------
RAFAINUL 💘 dipublish kembali 😘
Mohon maaf kepada yang menanti🙏🏻

RAFAINUL akan di publish satu per satu bab..
Sbb saya nk betul kan typo2 yg ade..
Sbb IMANAFFAN dulu pun sye tak sempat nk edit lagi.. baik sye edit yg sikit dulu😂
So harap bersyabaa..😌🙂

Vote dan comment dialu2kan..😚😚
Sila2 lah follow..🤙🏽

RAFAINUL💘 [COMPLETED]Where stories live. Discover now