Bab 44

4.5K 168 8
                                    

"Susahlah nak jumpa orang boleh sayang anak orang lain macam anak sendiri cinta..." kata Rafael dengan wajah berkerut. Drama yang mereka tonton itu buat dia mengkritik dari awal sehingga habis.

"Kalau tak ada, takkan jadi cerita abang?

"Abang tak pernah jumpa pun."

"Saya pernah jumpa."

"Iya? Cinta kenal? Siapa cinta?"

"Kenal sangat."

"Siapa? Kawan cinta?" Saja Rafael bertanya. Dia mahu Ainul buka mulut tentang keluarga angkatnya. Dia ingin Ainul sendiri yang bercerita pada dia. Dia mahu jadi telinga untuk mendengar luahan isterinya dan menjadi bahu untuk isterinya bersandar. Gituuwww😆

Semalam tu silap dia juga. Selamba badak aje ajak isterinya pergi jumpa pakar sakit jiwa. Manalah si isteri tak marah kan? Haiyaaa apa pun tak boleh lah Rafael...

Ainul pandang Rafael dengan senyuman hambar.

"Saya sendiri alami begitu."

"Ha? Cinta ada anak angkat ke?"

"Bukan."

"Cinta jadi anak angkat?"

"Yep."

"Can you share about it? Abang tak pernah ada keluarga angkat."

"Kenapa abang macam excited sangat ni?" Pelik Ainul dibuatnya. Cara tanya tu macam sesuatu sangat...

"Ya lah.. abang nak dengar cerita yang real daripada dalam tv. Tv banyak ditokok tambah."

"Ouh..." Ainul diam. Dia sendiri tak tahu macam mana nak mula.

"Mereka duduk mana cinta? Abang tak pernah tahu pula cinta berjumpa dengan mereka."

"Mereka dah meninggal dunia."

"Ha? Bila?"

"10 tahun lepas."

"Sorry for pushing you." Terus tubuh Ainul dibawa ke dalam dakapannya.

"Masa tu saya 16 tahun."

"Abah.."

"Eh Ainul. Buat apa datang dekat luar ni? Panas ni."

"Bosan lah abah. Mak tak ada."

"Tulah abah suruh ikut mak tadi tak nak. Nak ikut si Fiza tu duduk rumah. Dia tidur kamu yang bosan."

"Manalah tahu..." muncung terus Ainul dibuatnya.

"Dah jangan nak muncung-muncung. Kalau bosan ni tolong hantar pisang ni dekat rumah Tok Samat sana."

"Dia kenal ke saya ni?"

"Cakap aje nama abah. Wan Derus bin Wan Dali."

"Serius Ehh.."

"Dia tak nak dengar bagitahu abah. Abah lesing kepala dia."

RAFAINUL💘 [COMPLETED]Where stories live. Discover now