Bab 52

5.3K 206 8
                                    

"Ainul!" Punya teruja Rafael terjah masuk wad Ainul. Kemudian dia tercengang. Dia lihat ada seorang lelaki berdiri di sisi katil itu. Ainul pula baru saja menarik jemarinya dari genggaman lelaki itu.

"Abang." Ainul senyum tawar. Mesti macam-macam dia kena soal nanti.

"Siapa ni?" Rafael pandang atas bawah. Lelaki berjaket hitam itu memandangnya pelik. Bukan jacket aje, satu badan dari kepala sampai kaki hitam. Kulit aje putih.

Plastik di tangan diletakkan ke atas meja bergerak itu.

"Ini Zaim." Ujar Ainul. Zaim semakin pelik.

"Apa-apa aje lah nama pun. Tapi siapa pada awak?" Wajah Rafael sudah tegang. Cemburu dia jangan buat main. Panas aje hati tengok lelaki depan dia ni.

"Kawan."

"Kawan?" Sekali lagi dia pandang Zaim atas bawah. Muka ni macam pernah nampak. Tapi kat mana ya?

Tiba-tiba kepalanya seperti ditembak gelombang. Bayangan-bayangan lelaki dan perempuan tergambar di mindanya. Tapi kabur.

"Abang!" Ainul pantas mendapatkan Rafael. Zaim dah terkejut.

"Abang okay tak?"

"Argh sakit!" Suara Rafael keras. Dia memegang kepalanya kuat. Sakit sangat. Rasa macam baru kena pukul.

Bayangan Ainul berlari mendapatkannya berlayar di kepalanya. Dia hanya senyum mendapatkan Ainul. Ainul saja dia nampak. Suara Ainul yang menjerit itu dia tidak dengar perkataannya.

"Abang!"

BAM

Dia jatuh ke tanah.

"Ya Allah. Abang kenapa ni?" Rafael yang duduk di birai katil itu diusap wajahnya. Rafael masih pegang kepala.

"Sakit." Ainul terus mendakap Rafael. Kepala Rafael sudah tersembam ke perutnya. Belakang suaminya itu diusapnya lembut. Kepalanya diletakkan di atas ubun-ubun Rafael.

Zaim yang melihat hanya makan hati. Sakit hatinya melihat tingkah mesra suami isteri itu. Walaupun dia tahu si isteri itu mahu menenangkan si suami.

"Ifti. I balik dulu lah."

"Okay." Ainul hanya panggung kepala sekilas dan kembali mendakap erat tubuh Rafael. Zaim terus keluar dengan hati yang membara. Panas betul.

"Abang okay tak? Kenapa ni?"

"Tak tahu. Tiba-tiba Abang nampak bayangan. Kabur. Tapi Abang tahu bayangan tu awak." Terus pinggang Ainul dirangkulnya. Masih rasa sengal-sengal di kepalanya. Entah kenapa tiba-tiba dia sakit begitu. Selama keluar hospital ni, dia tak pernah rasa sakit macam tu.

"Abang fikir apa tadi?"

"Abang tengok muka laki tadilah. Abang macam pernah nampak. Abang fikir lah dekat mana. Tiba-tiba rasa kepala macam kena tembak. Sakit sangat." Gumam Rafael. Ainul hanya diam. Kepala Rafael diusapnya lembut.

"Dah jangan fikir sangat. Abang buat Ain risau tau."

"Sorry mummy. Baby terkejut tak? Ke risaukan daddy juga?" Telinganya di tekapkan ke perut Ainul. Ainul ketawa perlahan.

"Abang ni..."

"Sayang anak daddy." Perut Ainul dikucupnya sebelum didakap kembali pinggang Ainul.

"Anak aje?" Ainul dah cekak pinggang.

"Kalau tak sayang mummy takkan dapat anak kan?" Sekali lagi perut itu dikucupnya.

"Dah. Penat berdiri. Ain nak duduk." Ainul regangkan pelukan itu. Dia naik atas katil dan bersila.

RAFAINUL💘 [COMPLETED]Where stories live. Discover now