Bab 14

5.8K 251 27
                                    

"Ain.."

"Erm.."

"Tak sangka awak dah jadi tunang saya.."

Ainul senyum. Tangan yang bercincin itu di pandang dengan senyuman. Tangan lagi sebelah memegang telefon di telinga.

"Saya pun.."

Rafael juga tersenyum mendengar balasan dari Ainul. Mereka sama-sama rasa tidak percaya. Baru berkenalan 3 bulan. Tak sangka mereka sudah mula melalui fasa pertunangan. Harap ikatan pertunangan ini dapat mereka hadapi segala cabaran dengan tabah. Kata orang ujian paling hebat dalam perhubungan adalah ketika bertunang.

Sebulan berlalu pantas untuk masa mereka mula berkenalan lebih dekat sebelum bergelar tunangan. Sebulan itu juga Ainul mula mengenali keluarga Rafael.

Keluarga yang sungguh gah dengan harta dan pendidikan. Kesemua ahli keluarga Rafael berpelajaran dalam sains. Abi Rafael, Dato' Dr Razman Raziz yang sangat terkenal dengan kepandaian beliau dalam perubatan.

Ilmu beliau sangat tinggi hingga banyak universiti dan kolej yang ingin menjemput beliau memberi taklimat tentang perubatan. Malah, di kaca TV juga sudah menjadi kebiasaan beliau untuk bersoal jawab tentang bidang perubatan.

Dato' Dr Razman juga mempunyai banyak hospital dan klinik. Malah, beliau juga wujudkan bidang sukarelawan untuk kakitangan perubatan yang sanggup meredah pedalaman di seluruh pelosok Malaysia. Termasuk Sabah dan Sarawak untuk memberi pertolongan perubatan.Sukarelawan untuk ke negara yang menghadapi musibah juga ditawarkan oleh beliau.

Isteri Dato' Dr Razman aka Mama Rafael, Datin Mariam juga merupakan Doktor Pakar Sakit Puan di salah satu hospital mereka. Adik beradiknya juga mengambil bidang Sains Perubatan kesemuanya.

"Raf.."

"Abang..cuba panggil abang.." Rafael membetulkan panggilan Ainul. Ainul sudah mula malu-malu sendiri.

"Perlu ke?"

"Ye la Love..lagi sebulan kita nak kahwin. Takkan nak panggil nama lagi? Biasakan lah diri panggil abang. Nanti dah kahwin kan senang.."

"Sengaja aje kan?" Ujar Ainul pura-pura merajuk. Rafael ketawa.

"Erm..saya cakap betul Ain..nanti saya tak nak dah kahwin lidah awak tergeliat pula nak panggil abang.."

"Ngada-ngada.."

"Haha..by the way Love..esok family saya ajak awak datang rumah.."

"Ha kenapa?"

"Saja. Dia orang nak kenal-kenal dengan awak."

"Erm..tak apa ke?" Ainul dah mula ramas-ramas tangan. Berdebar la pula..

"Laa..dia orang yang nak awak datang. Datang je la ye? Jangan takut..Abang ada.." Ainul dah senyum sampai telinga dengar Rafael membahasakan diri Abang. Macam manis aje bunyi nye. Eheks!😆

"Erm..nak saya datang pukul berapa?"

"Hurm..tengah hari? Boleh makan terus.."

"Ouh Okay.."

"Love.."

"Erm?"

"Tak sabar nak jumpa esok.."

"Ngada lah.. Macam tadi tak jumpa.." Ainul senyum. Teringat Rafael yang berkemeja warna hijau yang sedondon dengan baju tunangnya. Baju simple aje. Jubah ada labuci sikit-sikit. Itu aje yang sempat di kaut dalam masa sebulan persiapan.

RAFAINUL💘 [COMPLETED]Where stories live. Discover now