Ainul melangkah ke dalam rumah dengan langkah yang lemah. Penat seharian berkejar ke sana ke sini. Harini balik pun lepas maghrib.
"Pergi mana semalam?" Suara itu buat Ainul menoleh.
"Ofis."
"Tak reti nak beritahu Abang?"
"Handphone mati." Ainul kembali bersandar.
"Telefon ofis tu tak boleh call ke? Apa yang susah sangat nak beritahu awak kat mana?"
"Tak terfikir."
"Alasan."
Ainul mengeluh. Dia bangun dan bergerak naik ke bilik.
"Elok lah tu. Suami tengah bercakap dia buat bodoh aje berjalan."
"Cakap sikit merajuk. Ingat dengan alasan awak pregnant awak boleh nak mengada-ngada ke?"
Ainul diam. Ya Allah betapa terasanya hati dia sekarang. Inikah dugaan yang kau sedang uji aku Ya Allah? Air mata hampir menitis apabila ayat-ayat Rafael berputar di ingatannya.
Dalam bilik air itu Ainul menangis semahu-mahunya. Kenapa perangainya semakin lama semakin mencabar kesabarannya? Dia fikir dia tidak perlu risau jika Rafael sudah menerima mereka sebagai suami isteri. Tapi tidak! Sikapnya berubah! Tiada yang lembut lagi.
"Boleh cepat sikit tak? Duduk dalam bilik air lama-lama buat apa? Nak tidur dalam tu?"
Ainul cuba menahan tangisnya daripada kedengaran. Cuba bernafas normal. Wajahnya yang merah cuba dihilangkan.
"Woi. Cepatlah!" Pintu di ketuk kuat. Terkejut Ainul dibuatnya. Dia geleng kepala. Kenapa cepat sangat Abang berubah?
"Kejap."
Pintu dibuka.
"Lama-lama buat apa? Merajuk dalam tandas?" Ainul hanya diam. Dia berjalan melepasi Rafael. Tuala kecil itu dilapnya pada wajah. Rafael hanya memerhati Ainul.
"Dah makan belum?" Soal Rafael. Ainul geleng.
"Kenapa tak makan lagi? Awak tahu kan awak tu bawa lagi sorang dalam perut tu?" Ainul dah semakin penat layan bebelan Rafael. Tak boleh ke suami dia ni senyap kejap. Dia tak larat nak layan. Takut dia tertinggi suara aje ni.
"Kejap lagi saya makan."
"Dah cepat turun." Lengan Ainul dicapai dan ditariknya. Namun Ainul merentap lengannya dan dia berlari ke tandas.
"Haa ni sengaja nak buat Abang marah ke apa?"
Ainul memuntahkan segala yang ada dalam tubuhnya. Masalahnya dah tak ada apa. Tinggal air aje saja yang dia muntahkan.
Dia sakit hati betul dengar kata-kata Rafael itu. Dia muntah ni dahlah sebab Rafael. Bau perfume pada tubuh Rafael buat dia loya. Terus muntah.
Rafael guna minyak wangi baru. Bukan seperti biasa dia gunakan.
"Awak guna perfume lain ke?" Soal Ainul selepas keluar dari tandas.
"Apa kena mengena perfume?"
"Perfume awak tu buat saya nak muntah." Rafael terus mencium bajunya.
"Wangilah ni."
"Urgh busuk."
"Natalia suka bau ni." Ainul terus tertancap pada Rafael. Natalia? Wow sungguh hebat suami dia menyebut nama perempuan lain di hadapan isteri sendiri.
"Wow Natalia suka?" Ainul senyum sinis. Dia fed up!
"Err..."
Ainul terus naik katil. Selimut terus di tarik sampai kepala. Sakitnya hati hanya Allah saja yang tahu.

YOU ARE READING
RAFAINUL💘 [COMPLETED]
RomansaAinul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja.. Tapi lama-lama dia jadi selesa sendiri. Kadang terdetik dalam hati nak berteman tapi selalu dia tep...