Mana mungkin,
mahu aku duduk diam;
bilamana saudaraku
di Palestine dibedil meriam.Mana mungkin,
aku terus diam membisu,
tika saudaraku disana yang
tidak punya senjata,
dihujani peluru bertalu talu.Mana mungkin aku terus leka
Tatkala penjajah zionis israel masih bermaharajalela, sementara
masih ramai saudaraku di sini,
terus dibuai kesenangan dunia.Kerana negara kitakan aman kata mereka,
Buat apa ambil peduli tentangnya,
sedang di negara sendiri pun
kita masih belum utuh.
Aduhai hati ini meronta-ronta,
tidak merelakan kezaliman terhadap mereka.Ayuh, bangkitlah kita
dari kesenangan dunia,
sampai bila mahu butakan
mata melihat kesengsaraan mereka?Angkatlah senjatamu; Doa.
Tembaklah bertalu talu,
Biar zionis laknatullah tahu,
walau apa pun berlaku, Islam takkan lenyap di muka bumi ini walau ramai muslim syahid memperjuangkan hak mereka ini.Janji Allah itu pasti,
kemenangan akan berpihak pada yang satu,
yakni pastinya berpihak kepada Umat Islam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Monolog hati
PoesíaHIGHEST RANKING ; #17 IN POEM #3 in MalayVersion . . Ni luahan aku yang diluahkan dalam bentuk puisi, nak tahu lebih lanjut? Meh la baca ;) . . . Start : 29/10/17 End : 19/9/20