"WEI, kau orang tahu tak ... yang Hans itu sudah mula ramai peminat? Kakak senior pun menggedik sahaja dengan dia. Tapi, dia buat biasa sahaja."
Nur yang sedang membaca suratkhabar hanya pasang telinga. Ya. Hans itulah Fox Mulder Nur.
"Memanglah ramai peminat. Badan dah tinggi, tegap. Muka pun manis. Aku pun jatuh minat. Tapi, sebab dia sekelas dengan aku, aku kurang sikit hendak teruskan minat. Tapi, kau tahu tak ... dia itu, kalau mengaji sedap betul."
"Eh, bila masa pula kau dengar dia mengaji?"
"Hari itu, masa pensyarah lambat masuk ke kelas. Aku terdengar dia duduk seorang diri, menggumam entah apa. Aku pergilah dekat sikit. Ingatkan dia menyanyi, rupa-rupanya sedang membaca surah."
"Wella ... kalau macam ini memang naiklah saham dia."
Kedua-dua makhluk, Raisya dan Min ketawa.
"Nur. Kau dengar tak kita orang sedang bercerita tentang Hans, ini? Sibuk dengan suratkhabar. Sinilah, gossip-gossip. Kau minat pada Hans, tak?"
"Tak. Kau orang janganlah kacau aku. Aku ada assignment ni. Hendak cari keratan akhbar untuk kes-kes mahkamah." Nur cuba lari. Takut betul Nur kalau kedua-dua orang makhluk ini tahu apa yang ada di dalam hati dan fikiran Nur.
"Ya ke baca akhbar. Dari tadi aku tengok, asyik baca di muka surat yang sama sahaja. Aku rasalah kan, mustahil kalau Nur tidak suka budak yang macam spesis Hans ini. Nur ini kan rajin mengaji. Tentu pilihan hati yang ala-ala abang surau begitu. Betul, kan Nur?"
"Janganlah."
"Hahaha ... Nur malu." Raisya dan Min gelak guling-guling.
Nur marah dengan diri sendiri sebab tidak mampu hendak menyembunyikan wajah yang sudah merah.
YOU ARE READING
Hans & Nur (Completed)
Teen FictionHans dan Nur Cerita pendek buat mengisi ruang masa. Cerita yang bahasanya santai dan bersahaja. Berbeza. Kawan dengan perasaan yang tak ketahuan.