Bab 8 - Internship

3.2K 291 12
                                    

SEMESTER lima memang gila. Masing-masing sibuk menguruskan tempat praktikal. Nur bersyukur sebab tempat praktikal dia hampir dengan stesen komuter. Jadi, mudah untuk dia berulang-alik menggunakan kenderaan awam tersebut.

Lagipun, Nur memang tidak punya kenderaan. Abah pun tak ada kereta. Hanya ada motorsikal. Abah Nur kerja arah bertentangan.  Abah di Klang. Nur punya tempat praktikal di Kuala Lumpur.

Sepanjang praktikal, Nur memang tak menghadapi apa-apa masalah. Dia dilayan baik oleh semua kakak-kakak dan abang-abang yang bekerja di situ. Malah, ada seorang abang ni memang ambil berat hal kebajikan Nur.

Nur ni buta IT. Email address Nur pun abang tu yang tolong buatkan. Tapi, hubungan baik Nur dengan abang ... emm ... oklah, Nur gelar dia sebagai abang Ai Zack. Hubungan Nur dengan abang Ai Zack ni macam sembunyi-sembunyi. Abang Ai Zack tak mahu ada yang salah sangka.

Nur okay je. Masa main bowling anjuran syarikat, abang Ai Zack macam buat tak tahu dengan Nur. Tapi, bila semua orang dah mula main, hanya tinggal Nur dengan dia, dia datang duduk sebelah Nur. Pura-pura ikat tali kasut, macam Nur.

"Nur okay?"

Nur senyum. Lucu pula bila tengok gelagat abang Ai Zack. Abang Ai Zack ni hensem, tapi mukanya jenis susah nak senyum. Perempuan pun takut nak dekat dengan dia. Tapi dia baik. Baik sangat dengan Nur. Tapi takut orang tahu! Lawaklah abang Ai Zack ni.

"Nur balik nanti naik apa?"

"Naik komuter, macam biasa."

"Dah malam. Tak takut ke?"

"Habis, nak buat macam mana. Itu je kenderaan yang ada."

Abang Ai Zack diam. Dia seperti memikir sesuatu.

"Saya nak hantar Nur pun, mesti Nur tak nak. Kalau saya hantar, saya naik motor."

Cepat Nur menggeleng. Ish, jangan cari pasal. Tak pernah seumur hidup Nur naik motor dengan lelaki yang bukan mahram.

"Eh, tak payah susah-susah bang. Tahulah Nur jaga diri. In-sha-Allah, tak ada apa-apa."

"Nur janji dengan saya, bila Nur dah sampai rumah, Nur telefon saya. Boleh?"

Nur senyum. Alahai abang Ai Zack ni. Kenapalah baik sangat. "In-sha-Allah, bang."

"Dahlah. Pergi main bowling. Nanti ada yang perasan bila nampak kita berbual."

Nur bangun meninggalkan abang Ai Zack. Nur tahu, abang Ai Zack masih tidak puas hati. Masih lagi memikirkan tentang perjalanan balik Nur.

Keluar dari pusat bowling, bos ajak semua orang makan-makan. Nur lihat abang Ai Zack macam tak puas hati. Dia datang rapat dengan Nur. Perlahan-lahan dia bisik supaya tak ketara di mata rakan-rakan sekerja yang lain.

"Nur baliklah. Nanti komuter tak ada, kan susah."

Nur angguk.

"Err ... saya balik dululah. Takut tertinggal train." Nur berbahasa.

"Eh, mana boleh. Nur kena makan dulu. Saya belanja." Encik Borhan menghalang.

"Yalah, Nur. Makan dulu. Tak apa. Kalau tertinggal train, saya boleh tolong hantar." Balan menawarkan diri. Nur tak dapat buat keputusan. Nur lihat abang Ai Zack menghela nafas. Akhirnya Nur terima tawaran Balan.

Selepas makan, jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Komuter terakhir adalah pada jam 11.00 malam. Balan teman Nur di stesen komuter. Abang Ai Zack senyum pada Nur sebelum dia berlalu ke tempat parkir motor. Sempat dia beri isyarat tangan agar Nur telefon dia bila dah sampai. Nur hanya mengangguk sikit. Takut jika komunikasinya dengan abang Ai Zack dikesan rakan sekerja yang lain.

Balan temankan Nur sehingga komuter tiba. Sambil itu Nur bertanya tentang keluarga Balan. Balan memang baik. Patutlah dia begitu prihatin dan sanggup nak teman Nur, rupa-rupanya dia juga ada adik perempuan sebaya Nur. Dia anggap Nur ni macam adik dia. Dia takut ada orang gila atau ada orang jahat buat apa-apa pada Nur.

Nur bersyukur sangat dapat kawan macam Balan walau berlainan bangsa dan agama.

Sampai rumah, Nur hampir terlupa nak telefon abang Ai Zack. Selepas mandi dan hampir nak terlelap baru Nur teringat.

Abang Ai Zack marah. Rasa panas telinga Nur dengar abang Ai Zack membebel. Tapi Nur sabarkan hati. Nur tahu, abang Ai Zack risaukan Nur. Bila dah puas membebel, baru nada suara abang Ai Zack mengendur.

"Lain kali, kalau saya suruh call ... jangan anggap perkara tu remeh. Saya tak boleh nak tidur."

"Maaf bang. In-sha-Allah, lepas ni tak buat lagi."

"Yalah. Lepas ni ada lagi ke? Nur dah nak habis praktikal kan?" Sayu pula Nur dengar suara abang Ai Zack.

Nur hanya diam.

"Terima kasih, bang. Ambil berat tentang Nur. In-sha-Allah, Nur tak lupakan abang."

"Dah. Pergi tidur. Tak boleh abang dengar suara Nur lama-lama kat telefon ni. Assalammualaikum."

Belum sempat Nur jawab salam, abang Ai Zack dah matikan talian. Nur hanya mampu menggeleng.

Hans & Nur (Completed)Where stories live. Discover now