MASA usia kandungan Nur dua bulan lebih, Nur terima jemputan perkahwinan daripada kawan satu batch. Kedua-dua mempelai tu, kawan Nur. Dan, tentulah kawan Hans juga. Nur datang dengan suami. Konvoi kereta dengan dua tiga orang lagi kawan yang sama batch dengan Nur.
Salah seorang kawan Nur yang konvoi dengan Nur tu, lelaki. Nama dia Ijam. Wife Ijam pun sedang pregnant lebih kurang dua bulan macam Nur juga.
Sementara tunggu majlis, budak-budak batch Nur lepak kat rumah kosong, sebelah rumah pengantin. Macam rumah tinggal, tapi masih bersih. Sumber air pun ada. Masing-masing duduk kat beranda luar. Ada kerusi kayu jenis lama yang di atasnya ada kusyen empat segi.
Masa tu ada satu je lagi tempat kosong kat kerusi tu. Jadi, Nur pilih untuk duduk sebelah suami, kat atas simen je sama macam geng lain yang tak dapat duduk atas kerusi. Ijam dan isteri dia pun duduk berhampiran dengan Nur. Bersimpuh atas simen.
"Nur ..." tiba-tiba Hans sebut nama Nur. Nur angkat kening.
Hans ni dah sampai sehari sebelum majlis. Dia temankan pengantin lelaki.
"Duduk atas."
Nur blur pada mulanya, tapi bila muncung Hans mengarah pada kerusi kosong yang satu tu, baru Nur faham.
"Eh, tak apa. Aku duduk sini pun ok." Nur menjawab.
"Tak eloklah orang mengandung duduk kat simen. Sejuk."
Nur pandang suami Nur. Suami Nur angguk. Dia pun setuju dengan Hans. Nur tarik muka. Dengan Hans dia boleh bantah, tapi bila suami dia dah suruh, Nur terpaksa ikut.
Nur jeling kat Hans yang tengah bersembang dengan suami Nur. 'Huh, sibuk je. Cerewet betul. Tu, isteri Ijam tu pun pregnant juga. Kenapa tak suruh duduk atas kerusi?' Nur merungut dalam hati. Bukan Hans tak tahu yang isteri Ijam tu pun pregnant.
Hans jeling pada Nur dengan muka selamba sebelum kembali berbual dengan suami Nur. Entah sembang apa.
Bila masuk waktu Zohor, Nur minta izin untuk masuk ke dalam rumah, untuk solat. Hans terus bangun, tunjukkan Nur bilik air dan arah kiblat.
Hans tanya Nur, "Isteri Ijam tak solat ke?"
Nur angkat kening dengan maksud, 'Dah apahal tanya aku? Kau nak tahu, kau tanyalah Ijam.'
Tapi Nur faham tentang keprihatinan Hans tu. Hans nak Nur tunaikan tanggungjawab sesama Muslim. Ajak sekali kawan tu solat.
Hans segan nak cakap dengan Ijam. Tak pasal Ijam salah sangka bila Hans tiba-tiba kisah pulak hal solat isteri dia.
Jadi, Hans berharap pada Nur.
"Jap, aku tanya." Tak nak menghampakan Hans, Nur keluar semula.
"Anis, nak join solat sekali tak?"
"Err ... tak ada telekung," balas isteri Ijam.
"Oh, kalau macam tu, Nur solat dulu. Lepas tu, Anis pakailah telekung Nur. Nur ada bawa."
"Ok. Terima kasih, Nur."
Nur tersenyum, lalu masuk semula.
"Dah." Nur cakap sepatah pada Hans.
Hans angguk, tersenyum sebelum melangkah keluar.
Nur menggeleng. Hans memang prihatin. Dan keprihatinan Hans, membuatkan Nur terbabit sama. Tak buat, rasa berdosa. Nur ingat nak buat tak tahu je pada mulanya, tapi bila Hans dah tegur macam tu ...
Lagipun, teguran Hans tu ada betulnya. Jangan nak lepaskan diri sendiri saja, tanggungjaeab mengingatkan sesama Muslim perlu ditunaikan juga.
Dengan Nur, Hans dah biasa. Hans tegur Nur, macam Nur isteri dia. Dan, Hans memang berani tegur Nur depan suami Nur.
Mungkin dia kenal suami Nur orangnya macam mana. Atau, mungkin yang sebenarnya, Hans kenal Nur dan pilihan Nur itu macam mana.
Bilik air di rumah itu ada dua. Sebelah-menyebelah. Sebab rumah ini, rumah tinggal, pintu bilik air tak berapa nak rapat. Selak pintu pun cuma guna tali raffia yang disangkut pada paku. Nur dah siap-siap berhadas sebelum sampai tadi, jadi Nur hanya perlu ambil wudhu'.
Nur cabut tudung. Tapi tak sepenuhnya. Nur masih tutup sebahagian kepala Nur. Hanya buka bahagian yang perlu dibasuh untuk berwudhu' sahaja. Masa Nur sedang ambil wudhu', Nur nampak kelibat orang lalu. Nur jeling pada pintu.
Nur ingat suami dia, tapi rupa-rupanya Hans yang lalu. Dia sempat menoleh pada bilik air Nur. Tapi bila dia perasan yang Nur nampak dia, cepat dia alihkan pandangan ke depan. Hans guna bilik air di sebelah.
Nur rasa tak sedap hati bila hanya dia berdua dengan Hans di bilik air. Nur sudahkan wudhu' lalu terus sarung tudung. Nur masuk ke ruang lapang di tengah rumah. Nur sarung telekung lalu bersolat. Masa Nur bagi salam akhir, Hans sudah pun mengangkat takbir, berdiri di sebelah kanan Nur.
Hati Nur rasa lain. Geram juga dengan Encik Suami. Kenapa tak nak solat sekali? Keadaan sekarang ini dah macam Hans dengan Nur yang solat bersama. Kalau Nur masih belum tahiyat akhir, dan dalam keadaan berdiri di sebelah rusuk kiri Hans, pasti kelihatan yang Hans itu sedang mengimamkan solat Nur.
Cepat Nur cabut telekung. Nur lipat elok-elok lalu, ditinggalkan di atas sejadah sebab Anis, isteri Ijam nak guna.
Nur bangun menuju ke arah cermin di dinding. Nur betulkan tudung.
Hans dah habis solat. Nur nampak Hans pandang Nur melalui biasan cermin. Nur jadi serba tak kena. Kenapa Hans pandang dia?
Dada Nur berdebar-debar. Hans pandang Nur, hanya seketika. Hans berpaling semula ke hadapan, menadah tangan, membaca doa.
Nur keluar dari ruang lapang itu menuju ke arah beranda. Nur cuit suami Nur suruh solat. Debaran di dada Nur masih kuat.
Sikap Hans terhadap Nur masih tak berubah. Dan, semua sikap itu membuatkan Nur sering keliru.
YOU ARE READING
Hans & Nur (Completed)
Roman pour AdolescentsHans dan Nur Cerita pendek buat mengisi ruang masa. Cerita yang bahasanya santai dan bersahaja. Berbeza. Kawan dengan perasaan yang tak ketahuan.